iklan2

Sabtu, 7 September 2013

Cuci 'cooling coil' aircond kereta..

Assalamua'laikum dan salam sejahtera..

Kali ni aku nak cerita sikit bagaimana mencuci penyejat atau 'cooling coil' pada aircond kereta. Kali terakhir aku cuci 'cooling coil' aircond kereta sendiri ialah pada 6/6/2010. huhuhu..
Sebaiknya jika kereta anda sudah mencecah penggunaannya 5 tahun dan ke atas, maka wajarlah anda melakukannya. Itupun jika terdapat tanda2 seperti aircond kurang sejuk, aircond berbau atau aircond langsung tak sejuk. Tetapi jika belum ada tanda2 seperti ini pun boleh juga kalau nak buat lah. hehehe..

Sebenarnya agak rumit jugak kalau nak buka aircond kereta ni berbanding aircond rumah. Ini kerana tempatnya yang sempit (bawah dashboard) tempat duduk penumpang di hadapan. Ia juga berisiko untuk membuatkan penutup dashboard terpatah atau terlonggar semasa kerja-kerja membuka dan memasang dilakukan. Begitu juga dengan klip-klipnya, pasti ada yang terhilang atau terlebih jika selesai kerja-kerja dilakukan (sama juga dgn kerja-kerja aircond rumah) hahaha...

Apapun kita kenalah berhati-hati semasa melakukan apa-apa saja kerja lebih2 lagi yang melibatkan kerja membuka dan memasang ni. huhuhu..

Oklah, mula2 sediakan kereta yang hendak di'kerjakan' itu dan juga peralatan2 yang secukupnya. Begitu juga dengan tenaga kerja yang secukupnya. hihihi..


- Okay, sebelum kerja-kerja membuka dan membawa keluar penyejat dari dalam kereta, pastikan gas aircond kereta sudah di'recovery' ataupun sudah dikeluarkan daripada sistem. Ini kerana dikhuatiri gasnya akan menyembur keluar pada bahagian penyejat yang dibuka. Takut terkena pada mata secara tiba-tiba. Utamakan keselamatan.


- Buka bahagian ini di 'dashboard '..


- Penyejat @ 'Cooling Coil' yang sudah dikeluarkan.. terdapat seekor lipas yang dewasa dari dalam kotak penyejat itu.


- Nampak sedikit berhabuk dan berdebu.. ini mungkin kerana saya sentiasa memastikan yang lapik kaki di bahagian pemandu dan penumpang berada dalam keadaan bersih daripada kekotoran.



- Masa untuk menyembur dengan 'aircond coil cleaner'.. iaitu sejenis 'chemical' khas untuk mencuci penyejat.


- Ini bertujuan untuk memastikan semua bahagian sirip dan lingkaran penyejat dapat dibersihkan daripada kekotoran yang melekat di situ. Sekaligus melancarkan proses penyerapan haba yang berlaku di penyejat.


-Biarkan ia dalam masa 5 - 10 minit atau sehingga ia tidak mengeluarkan buih lagi.


- Bebuih yang putih akan bertukar menjadi sedikit hitam.


- Untuk melihat videonya, bolehlah klik di sini,

     


- Kemudian, bilaskan dengan air paip sebelum ditembak dengan angin dari 'air compressor'.


- Setelah itu jemurkan untuk seketika..


- Pasangkan semula pada 'bracket'nya..


- Selain dari 'cooling coil' kipas 'blower'nya pun dikeluarkan dan dibersihkan daripada debu dan habuk..


-  Untuk bahagian 'condensor'nya pula, akibat sukar untuk menanggalkan penutup depan kereta, maka bahagian 'condensor'nya dicuci terus begini..





- Isi sedikit minyak pada 'compressor'nya.



- dan jangan lupa tukar ganti 'filter drier'nya..



- Setelah dipasang semula 'cooling coil' kipas 'blower' dan 'filter drier' itu, kereta sekarang akan divakum dan diisi dengan bahan pendingin @ gas R134a.

- Bacaan vakum ialah seperti biasa iaitu -30 in Hg (inci raksa) selama 10 -15 minit.



- Manakala bacaan tekanan semasa mengecas ialah di antara 30 -40 psi bagi tekanan rendah dan  tekanan tinggi di antara 150 - 180 psi.



- Terima kasih kepada pelatih-pelatih saya iaitu Nastain, Mohd. Faidth, Hermizi, Abd. Jalil dan kwn2 yang lain kerana tolong saya servis aircond kereta saya.. hehe..


- Apa pun mungkin cara saya ini sedikit berbeza dengan pomen yang lain, tetapi tujuannya tetap sama iaitu untuk memastikan unit penyaman udara kereta berfungsi dengan baik dan yang penting ianya dapat memberi udara yang sejuk, segar dan nyaman.. ^_^

Sekian untuk kali ini..





Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akbar..



237 ulasan :

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 237 daripada 237
Unknown berkata...

salam tuan..hmbo nok tnyo pendapat sikit..keto matrix hyudai air cond xsejuk gi kedai tuan kedai bagitaw yg motor kipas slow so dia tukar motor kipas n tmbah relay n dia ckp gas kurang so dia kasi full gas.2hari lps tuh pnas pulak gi kedai dia ckap byak pulak masalah..paip aircond berkeladak la semua..so salin semua..dlm rm850 dh..lps tuh xsmpai semnggu nih aircond pans semua..mohon pendapat..sbb bayar pn baru dlam rm550 klu kaki lindah darat memang sy xbayar lg balance dia tuh..trima kasih atas bntuan tuan kelak..

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam, maaf lmbt reply.. mula2 x perlu tambah relay klu kipas blower tu tukar baru. Kedua, masa isi gas yg kurang tu dpt brapa bacaan tekanan? Klu lps 2 hari panas balik, mgkin ada bocor Kat mana2 piping. Kereta tu dh brapa tahun tuan pakai? Pernah servis aircond x sblm ni.. byk perkara perlu dianalisa dahulu.. adakah kedai td isi gas ikut prosedur. Sbb step pertama dia tukar blower fan tu pun dh silap sbb tambah relay. Apa sebab dan alasan dia no tmbah relay pd blower fan yg baru? Jd kat situ sy dh boleh agak kedai ni mcmana prosedur dia buat kerja lbh2 lg melibatkan aircond kereta..harga yg dia caj pun agak Mahal dgn apa skop yg dia buat. Maafkan sy jika sy kata begitu.. mgkin lain kedai lain cara dia..

Ais kacang berkata...

Sekarang aircond viva saya masalah lagi mukin sumbat tekan minyak compressor boleh jalan lepas minyak kejap jalan kejap berhendi. Bagi tau. Macam mana nak buat adakah miyak compressor dah lebih atau sumbat masalah apa ka sistem mana satu nak repair atau pergi kedai tarik gas Dan minyak dalai? ???!!!

Ais kacang berkata...

Boleh tolong sifu

Wai Bee berkata...

Susah no terang disini, kena buat hands on baru boleh detect masalah dia, tgk dulu piping Ada basah kena myk ka, check tekanan low dan high brapa dpt, kereta ni klu masih baru mustahil Ada problem, kecuali yg sudah lama digunakan, Kita tidak tau owner dulu sudah buat apa sama aircond kereta Viva itu..

khairul DIY berkata...

Ais Kacang.

Tekan minyak, compressor jalan
Lepas minyak, compressor jalan tak jalan.

Kena cek, tak semestinya sumbat.

Unknown berkata...

salam tuan. kereta saya ada masalah tak sejuk dan ada bunyi dalam dashboard. saya ingat bunyi belting rupanya bukan. adakah masalah cooling coil saya?

Wai Bee berkata...

Salam. Klu bunyi dlm dashboard tu biasanya drpd blower fan di dalam tu..

Khairul Sepang Murah berkata...

Angin ada keluar? atau perlahan jika buka angin maksima?

Unknown berkata...

Selamat malam Boss... bagaimana cara untuk turunkan low pressure pada compressor,bacaan ketika di on kan compressor adalah 50 pada van yang saya gunakan...

Unknown berkata...

Selamat malam Boss... bagaimana cara untuk turunkan low pressure pada compressor,bacaan ketika di on kan compressor adalah 50 pada van yang saya gunakan...

IqLB berkata...

Salam..bos yg baik hati nak tny skit..boleh kah kereta yg menggunakan gas R12 di tukar kepada Gas R134a? Boleh terus tukar atau kena tukar minyak compresor

Unknown berkata...

Slm tuan..nak tnye kereta saya kenari..aircon da xde bila on butang aircon kipas kat depan tu xgerak langsung..agk2 kne tukar baranv ape bos n berape kos nye...

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. sebaiknya klu nk tukar gas r12 ke r134a Kita perlu tukar sekali myk compressor, expansion valve dan o ring, tetapi klu tkr myk compresor pun sudah memadai. Ada jugak yg hanya tukar gas sahaja pun jadi sejuk juga cuma takut nti sejuk tu x bertahan lama kerana molekul myk utk r12 dan r 134a mmg berlainan..

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam, klu kipas condenser Kat dpn tu x pusing, kena repair atau tukar baru, kemudian suruh pomen check tekanan low and high. Bacaan yg baik 30-35 psi utk low, 150-200psi utk high. Klu cooling coil lama x cuci sebaiknya cuci takut dh kotor.

Unknown berkata...

assalam..cikgu..boleh bagi pencerahan tak bagaimana nak melakukan kerja flushing aircond kereta kelisa..

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. flushing ni Kita blow sistem piping dia utk mengeluarkan benda asing sprti myk yg tertinggal atau kekotoran lain, jd buka dan cabut kedua piping di sebelah suction dan discharge, expansion valve pun kena tukar sekali kerana di situ risiko tersumbat lebih ketara.. utk flushing klu ada nitrogen lagi baik tp klu xada boleh guna gas r22 lps tu jgn lupa vakum sistem sebelum charging..

Unknown berkata...

bos knp aircond sye berjalan dye x sejuk...tpi kalo berhenti bru sejuj

Khairul Sepang Murah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Khairul Sepang Murah berkata...

Nizam Hussain.

Cuba tuan cek..begini

Buka hud depan. Perhatian berdekatan dengan kompressor.. perhatian berdekatan talinya..akan nampak satu benda akan berhenti berpusing semasa press minyak. kalo yaa.. Kemungkinan sistem aircond tuan telah cas gas berlebihan ATAU valve dan Filterdryer tersumbat.

ATAU

Semasa press minyak..

Perhatikan di cermin cerapan. Adakah nampak berbuih atau mengalir atau berhenti.

Kalo yaa ianya berhenti berkocak..

Kompen ada komponen tersumbat

anentha berkata...

Salam tuan, sy guna kereta proton wira special edition(auto). Sehingga skrg masalah air cond x dpt di selesaikn walaupun dh di periksa oleh expert2. Problemnya begini, bila kereta dlm keadaan idling air cond sejuk buat sementara je. Pastu compressor yg cut off x on sehingga la sy perlu tekan pedal minyak br compressor on & sejuk. Tetapi lain pula bila kereta bergerak air cond sejuk tiada masalah. Apa mungkin masalah ni tuan? Harap tuan dpt tlg serba sedikit utk selesaikn masalah ni. Terima kasih

Khairul Sepang Murah berkata...

Semak condition elektrik dari compressor adakah ada elektrik semasa idle?
Kalo tiada semak perkara berikut:-

1. Semak High Pressure Switch
2. Semak Aircond Amplifier
3. Semak Oil Pressure Switch.
nampak lawak.. akan tetapi dia ada kaitan juga.

anentha berkata...

Terima kasih utk response yg cepat! Akan periksa semua yg di sebut....

Wai Bee berkata...

Terima kasih pd en Khairul atas jwpn yg diberi.. satu lg kemungkinan dia ialah pd main pulley @ crank pulley sebab dia yg bersambung pd belt alternator dan belt compressor aircond.. pulley itu pun memainkan peranan dlm menjayakan pusigan belting pd compr aircond kereta..

Unknown berkata...

Assalamualaikum tuan nak tanya saya baru isi gas air cond hari jumaat lepas, kemudian pada sebelah malam sy on air cond ada bau yg kurang menyenangkan tp air cond masih sejuk. Lepas 3 hari air cond jadi panas semula adakah berlaku kebocoran di cooling coil sbb dh 2 tahun x servis.tq tuan

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. ye mmg ada berlaku kebocoran di mana2 piping aircond kereta awak.. sepatutnya sblm isi gas tu pomen boleh tau kat mana bocor atau sekurangnya bgtau sistem ada bocor, klu isi pun x guna sbb gas akan keluar jugak..

Unknown berkata...

Salam..saya baru topup gas untuk alza sbb ttbe keluar angin tp x sejuk so done tambah aircond plus tuka filter..suddenly tertgk video sebenarnnya xboleh topup gas semata tapi kena ltak minyak compressor juga..jadi macam risau takut akan ada apa2 kerosakan d masa depan..jadi apa sy perlu buat??

http://babe.topbuzz.com/article/i6484348504817795595?user_id=6490028736082084875&language=ms&region=my&app_id=1194&impr_id=6543409925672929548&gid=6484348507665727755&c=wa&language=ms

Wai Bee berkata...

Salam.. klu x topup myk compresor pun x ape.. yg penting sblm tukar filter dan isi gas tu, pomen dh kesan tmpt bocor dan settlekan masalah tu.. 😁

Asyraf berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Asyraf berkata...

Salam,
Soalan 1.minyak aircond ada jenis2 tertentu tak
Soalan 2.untuk isi minyak air cond,kena tambah 10ml dari jumlah yang sebelumnyakan, tapi jika minyak sebelumnya sudah terlalu sedikit, tak logik, atau leaking, macam mana nak sukat, ada anggaran tak

Asyraf berkata...

Salam,
Soalan 1.minyak aircond ada jenis2 tertentu tak
Soalan 2.untuk isi minyak air cond,kena tambah 10ml dari jumlah yang sebelumnyakan, tapi jika minyak sebelumnya sudah terlalu sedikit, tak logik, atau leaking, macam mana nak sukat, ada anggaran tak

Khairul Sepang Murah berkata...

1. Ada. Ikut jenis gas yang digunakan
2. Sukatan 10 ML tu adalah sukatan normal. Jika dilalukan servis biasa selepas pemakaian aircond dalam 100,ooo km. Kalo nak tepat kena pakai mesin recovery.

Unknown berkata...

Salam tuan, Saya guna persona 2010, mAsalah aircond kereta sy sekarang aircond kdg2 sejuk n kadang2 panas. tak kira cuaca tuan,,semasa drive bila rasa panas sy offkn aircond dlm 10 minit dan on balik aircond sejuk balik tp sekejap je la.. Saya cuci sendiri blower tapi still sama juga. penah tukar gas tahun 2017 tapi xde apa2 perubahan. apa masalah dia tuan?

Unknown berkata...

Salam tuan
Saya nak tanya, kereta kancil saya malam & hujan aircond sejuk. Kalau tengah hari & dalam jem kurang sejuk. Kipas depan dah tukar baru. Apa masalahnya ye?

Wai Bee berkata...

salam semua, minta maaf sbb lambat reply..

mohd faisal khan - tuan kena buat major servis cuci cooling coil baru ngam, klu tukar gas dan cuci blower saja tidak memadai.


unknown - masalah kurang gas atau kipas condenser dpn tu dh slow

Unknown berkata...

Assalam..temp aircond kete sy kne buh satu takuk dr maksimum br blh komprsr hidup..tu pn kdg2 hidup..kdg2 xhidup w/pn psg n dh jln 30km..klu suis tombol rosak sptotnye komprsr xhidup trus..ini ble ok..blh plk ejas 3,4 takuk lg temp ke minimum..mcm aircond detect sistem panas n xon komprsr..slalu jln lme br bnyi kompressor run..knpe ye tuan?

Khairul Sepang Murah berkata...

Walaikumusalam Ridzuan Sapudin

1. kena semak keadaan suis selector temp tu. Besar kemungkinan kerosakan pada tombol dimana ada contact "ïntermintent"

2. Kalo sensor rosak ada 3
a) Terlalu sejuk
b) Angin tak kuat
c) Panas terus

Simptom ini terjadi dimana pengguna selalu USIK tombol SUHU kerap kali. satu tabiat yg kurang elok.

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 237 daripada 237   Terbaru› Baru»