cuma semalam aku dan sorang budak ikbn bm Peter pegi repair sebuah peti sejuk 2 pintu jenama samsung...
Puncanya suis utama (MCB) di rumah tu trip / turun. Jadi selepas di periksa, didapati ia berpunca drpd peti sejuk 2 pintu ini... Wlupun unit lama dah off, tapi suhu panas pd body compressor / pemampat dia terlalu panas... jadi Peter kata, minyak compressor dah takde, ia disebabkan semasa pengangkutan iaitu semasa mengangkat unit tersebut secara baring 180 darjah... selepas sampai di destinasi, unit itu terus di Onkan... Jadi minyak compressor belum sempat turun sepenuhnya ke dalam compressor, menyebabkan ia dikitar sekali bersama-sama dengan bahan pendingin (gas).... huhuhu...
gambar akan menyusul....
Antara peralatan-peralatan yang diperlukan untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih peti sejuk. (R22 tu sebenarnya sebagai ganti Nitrogen untuk kerja "flushing" dan membersih sistem paip peti sejuk daripada sebarang kesumbatan dan kekotoran).
Persediaan sebelum mengisi minyak yang baru ke dalam pemampat.
Selepas diisi minyak, check terminal pemampat dengan menggunakan multimeter.
Vakum dahulu unit sebelum diisi gas bahan pendingin.
Alhamdulillah... selepas di test run, unit dalam keadaan yang memuaskan...