iklan2

Sabtu, 7 September 2013

Blinking Indicator light @ lampu petunjuk berkelip


Assalamua'laikum dan salam sejahtera..

Pernahkah anda mengalami situasi sebegini? Apabila 'aircond' dihidupkan, ia boleh beroperasi dalam masa beberapa jam dan menghembuskan angin sejuk daripada kipas 'blower'nya. Kemudian lampu petunjuknya berkelip-kelip sekaligus rasa sejuk tadi pun berkurangan dan akhirnya ruang bilik menjadi panas. Jika diperhatikan di hadapan 'indoor' memang kelihatan kipas 'blower'nya berpusing tetapi tiada angin sejuk yang dikeluarkan.



Jika penyaman udara di rumah anda ada simptom2 seperti di atas, ada beberapa kemungkinan yang berlaku pada 'aircond' anda. Melalui pengalaman, lampu berkelip2 ini mungkin disebabkan gasnya sudah berkurang, sensor indoornya bermasalah ataupun 'printed circuit board'nya bermasalah. Boleh jadi juga sensor 'outdoor'nya bermasalah. huhuhu..

Apapun, mula-mula cuba periksa tekanannya dengan menggunakan 'tolok pancarongga' atau 'manifold gauge'. Bagi yang belum mengenal alat ini, sila lihat di sini http://www.slideshare.net/Wai_Bee/tolok-tekanan-atau-manifold-gauge . Bagi 'aircond' jenis split berkapasiti 1hp, 1.5hp dan 2hp, bacaan pada tekanan rendahnya ialah sekitar 60 - 70 psi. Ianya bergantung pada bacaan 'ampere' pada setiap unit tersebut.

Jadi, jika didapati bacaannya kurang daripada 60 - 70 psi, sila tambahkan @ top up gasnya. Sebaiknya cari masalah kenapa gasnya boleh berkurangan. Biasanya di bahagian penyambungan atau bahagian injapnya kerap berlaku bocor halus atau bocor kecil. Untuk menambah gas, sila lihat di entri sebelum ini http://www.sejukpeti.blogspot.com/2013/08/mengecas-sistem-penyaman-udara-mengisi.html

Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi ^_^



Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akbar..

Tiada ulasan :