iklan2

Sabtu, 21 Julai 2012

Ramadhan 1433H...
















 Assalamualaikum...
Alhamdulillah, kita sempat dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh berkat dan keampunan ini iaitulah bulan Ramadhan.. kali ini 1433H bersamaan dengan 21.Julai.2012 masihi...
semoga ramadhan kali ini akan menjadikan kita umat Islam yang lagi baik daripada sebelumnya.. InsyaAllah...

Khamis, 19 Julai 2012

Basic Cycle For Refrigeration @ Kitaran Asas Sistem Penyejukbekuan...

Salam buat pembaca blog yang budiman..
Di sini saya ingin menunjukkan tentang 4 komponen asas yang membentuk satu kitaran lengkap yang terdapat di dalam peti sejuk di rumah kita.

4 komponen ini akan berkitar mengikut arah anak panah yang bermula daripada komponen yang bernombor 1 kemudian ke komponen bernombor 2 seterusnya ke komponen bernombor 3 dan akhir sekali ke komponen yang bernombor 4 sebelum ia berkitar semula.

Warna merah pada sebelah kanan gambarajah menunjukkan bahagian tekanan tinggi yang bersuhu tinggi.
Seterusnya bahagian yang berwarna biru menunjukkan bahagian yang bertekanan rendah dan bersuhu rendah.

Sekarang, gambarajah keseluruhannya...
1. HIGH SIDE = Bahagian yang bertekanan tinggi dalam sistem kitaran asas.

2. DISCHARGE LINE = Saluran luahan di mana bahan pendingin berada dalam bentuk wap 
                                       bertekanan tinggi dan bersuhu tinggi.

3. LIQUID LINE = Saluran cecair di mana bahan pendingin berada dalam bentuk cecair yang 
                               bertekanan tinggi dan bersuhu tinggi.

4. LOW SIDE = Bahagian yang bertekanan rendah. Bahan pendingin yang keluar selepas
                            "metering device" ke "evaporator" berada dalam bentuk cecair yang
                            bertekanan rendah dan  bersuhu rendah.

5. SUCTION LINE = Saluran sedutan di mana bahan pendingin berada dalam bentuk wap yang 
                                  bertekanan rendah dan bersuhu rendah.

- Melalui gambarajah di atas, kita dapat perhatikan bahawa kitar penyejukan terbahagi kepada dua bahagian tekanan, iaitu bahagian tekanan tinggi dan bahagian tekanan rendah. Keadaan ini disebabkan oleh peranan komponen di dalam kitar ini.

- Pemampat @ Compressor, berperanan untuk mengekalkan perbezaan tekanan dengan cara menyedut bahan pendingin daripada penyejat @ evaporator dan memampatkannya. Bahan pendingin daripada penyejat yang berbentuk wap bersuhu dan bertekanan rendah dimampatkan menjadi wap bertekanan tinggi oleh pemampat.

- Wap bertekanan tinggi yang telah dimampatkan akan mengalir ke pemeluwap @ condensor dan semua haba daripadanya disingkirkan ke ruang luar. Proses penyingkiran haba ini menyebabkan bahan pendingin memeluwap dan bertukar kepada bentuk cecair bertekanan tinggi. Seterusnya bahan pendingin mengalir  keluar daripada pemeluwap dan melalui saluran cecair ke peranti permeteran @ metering device. Di peranti permeteran, bahan pendingin akan dikawal kadar pengalirannya sebelum ianya memasuki penyejat.

- Bahan pendingin dalam bentuk cecair bertekanan rendah memasuki penyejat dan seterusnya menyerap haba dari ruang yang disejukkan. Proses penyerapan haba akan menyebabkan bahan pendingin tersejat dan bertukar kepada bentuk wap bertekanan rendah. Dari penyejat, bahan pendingin ini disedut oleh pemampat dan kitaran ini akan berulang semula.

Sekian terima kasih.. ^_^

Ahad, 15 Julai 2012

Pemampat peti sejuk domestik..

Salam...
di sini saya ingin berkongsi tentang pemampat yang digunapakai pada kebanyakan peti sejuk domestik di Malaysia.
Seperti gambarajah di atas, pemampat ini dikenali sebagai pemampat jenis salingan atau dalam bahasa englishnya "hermetic compressor". Mampatannya dilakukan dengan pergerakan omboh di dalam silindernya.

Berikut adalah anggaran kuasa pemampat bagi setiap peti sejuk di mana ianya dipasangkan :

   Bil.                  Watt                            Btu                          Kuasa kuda
   1.                       74.6                            900                              1/10
   2.                       93                             1125                              1/8
   3.                     124                             1500                              1/6
   4.                     186                             2250                              1/4
   5.                     373                             4500                              1/2
   6.                     560                             6750                              3/4
   7.                     746                             9000                                1
   8.                    1119                           12000                              1 1/2
   9.                    1492                           18000                               2
  10.                   1865                           24000                               2 1/2
  11.                   2238                           30000                               3

Sebagai contoh, lihat ketiga-tiga pemampat ini :


Specification :
The NS range of LG compressors are made for small sized refrigeration and freezer systems.
- Low Back Pressure
- R134a Gas
- 38 - 95 Watts
- 151 - 1125 BTU
- 220-240 / 50 Hz / 1 PH
- Scotch - Yoke Design.   Made in Korea.

Specification :
The NR range of LG compressors are made for medium sized refrigeration and freezer systems.
- Low Back Pressure
- R134a Gas
- 103 - 155 Watts
- 1130 - 1800 BTU
- 220-240 / 50 Hz / 1 PH
- Con-Rod Design. Made in Korea.


Specification :
The LX range of LG compressors are made for large sized refrigeration and freezer systems come with starting capacitor.
- Low Back Pressure
- R134a Gas
- 180 - 615 Watts
- 2250 - 7500 BTU
- 220-240 / 50 Hz / 1 PH
- Con-Rod Design.
Made in Korea.

Ada pemampat mempunyai label kadaran kuasa kuda dan nilai Watt sekali :
   

Isnin, 2 Julai 2012

Teori Membaiki Kerosakan Pada Komponen Peti Sejuk..

- Bermula daripada sistem elektrik peti sejuk.
Banyak kes kerosakan pada peti sejuk berlaku pada sistem elektriknya.
Pertama, jika peti sejuk tidak beroperasi ketika suis dionkan, periksa sistem elektrik yang bermula pada bahagian soketnya/plug 3 pin.

Elektrik tidak akan mengalir jika berlakunya keadaan seperti ini : -
i) Tiada bekalan elektrik daripada pusat (TNB).
ii) Fius utama terputus/trip.
iii) Wayar dalam plug tercabut atau terlepas/longgar.

Jika tidak berlaku kerosakan pada sistem elektrik, tetapi peti sejuk tetap bermasalah, lakukan pemeriksaan pada komponen-komponen peti sejuk yang lainnya seperti : -

a. Penyejat;                    g.Pelindung Beban Lampau;
b. Pemeluwap;               h. Geganti;
c. Pemampat;                 i. Kapasitor;
d. Penyaring;                 j. Kipas;
e. Pelaras suhu;             k. Pemanas;
f. Pengawal masa;

A. PENYEJAT (EVAPORATOR).

Penyejat boleh mengalami kebocoran seperti disebabkan oleh geseran atau tertusuk benda tajam seperti pisau, garpu, pemutar skru atau benda lain ketika mencungkil bongkah ais batu.

Antara jenis-jenis penyejat ialah :-




1. Gelung bersirip @ Modern Evaporator Concealed.





2. “Serpentine Plate” @ Chill-Tube Evaporator.       






3. Kelompang @ Chill Plate Freezer Box.



- Penyejat jenis gelung bersirip.













- Penyejat jenis plat lingkaran @ 'serpentine plate'.

- Penyejat jenis kelompang.

Antara tanda jika penyejat ini bocor ialah ia akan kelihatan berlubang.

Tetapi jika terlalu kecil tempat bocornya, kita boleh raba dan tempat yang bocor akan terasa licin dan berminyak. Ini kerana minyak pemampat akan terbawa oleh bahan pendingin.

Membaiki kebocoran penyejat boleh dilakukan dengan cara berikut :-
1. Menampal dengan pelekat logam pada bahagian bocor. Kelemahan cara ini tampalan tidak bertahan lama. Selain itu ia boleh mengakibatkan saluran penyejat tidak steril kerana kemungkinan air akan ikut meresap ke dalam saluran sistem penyejukan.
2. Menampal bahagian yang bocor dengan memateri menggunakan rod “heat-seal stik”.
3. Menggantikan jalur aliran bahan pendingin dengan memasang paip tembaga yang dililit mengelilingi permukaan penyejat.
4. Menggantikan dengan penyejat yang baru.


B. PEMELUWAP (CONDENSER).
Pemeluwap boleh mengalami kebocoran akibat keadaan paip yang haus kerana berkarat atau kerana penyambungan yang kurang sempurna.
Jenis pemeluwap di belakang peti sejuk.


Ketika peti sejuk dalam keadaan ON, apabila disentuh pemeluwap itu ia terasa sejuk.


Terdapat minyak atau terasa licin ditelapak tangan ketika disentuh.
Mula-mula perhatikan keadaan paip dan penyambungannya. Jika kurang baik, lakukan kimpalan pada penyambungan antara paip.


Untuk memudahkan lagi, sapukan seluruh permukaan paip pemeluwap dengan buih sabun kemudian hidupkan unit.

Perhati dan tandakan kedudukan hembusan udara yang keluar dari paip. Hembusan udara tersebut menandakan terdapat kebocoran pada paip.

Gantikan dengan pemeluwap yang baru jika terdapat banyak lubang termasuk bahagian yang banyak karat.

Jenis pemeluwap di dalam badan peti sejuk.

Sukar sebenarnya untuk melakukan pemeriksaan kebocoran pada pemeluwap jenis ini kerana sebahagian besar paip / tiubnya tersimpan dalam badan peti sejuk.


Biasanya paip / tiub yang kelihatan sahaja yang akan dibaiki sekiranya berlaku sebarang masalah.

Jika pemeluwap yang terletak di dalam badan peti sejuk mengalami simptom yang sama seperti pemeluwap di luar badan peti sejuk, ia boleh dilakukan dengan menggantikan dengan pemeluwap yang baru.


Pemeluwap ini dipasang di bahagian belakang peti sejuk dan biarkan saja pemeluwap yang lama (di dalam peti sejuk).





- Tiub pemeluwap yang berada di dalam badan peti sejuk ini tadi ada kalanya ia dilingkarkan di bawah dulang tadahan air bertujuan untuk menyejat air yang bertakung di dalam dulang akibat daripada haba panas daripada gelungan pemeluwap ini.

 
 
 
 
 



  - Pemeluwap jenis gegelung bersirip yang terdapat pada "display chiller".
 

 
 
 
 
 






C. PEMAMPAT (COMPRESSOR).
- Pemampat memainkan peranan yang amat penting dalam sistem peti sejuk. Untuk mengetahui keupayaan pemampat bekerja sekaligus mengetahui keupayaan unit sama ada dalam keadaan baik ataupun kurang, kita boleh menyukat kadaran arus elektrik yang mengalir pada salah satu wayar di pemampat.

- Kehilangan tenaga (loss power) pada pemampat boleh dikesan dengan melakukan pembaikan seperti berikut :-

1. Keluarkan pemampat daripada sistem dengan mencabut/memotong paip penyedut dan paip luahan pada pemampat.

2. Hidupkan pemampat dan tutup paip pemampat pada 2 paip yang besar saiznya daripada 3 paip (sedutan) dengan jari. Rasakan sedutan pada jari. Jika ianya menyedut dengan kuat, maka injap pemampat berada dalam keadaan baik.


3. Kemudian tutup paip pemampat pada paip yang paling kecil (luahan) dengan jari. Rasakan tekanan pada jari.
4. Jika pemampat baik, ketika jari yang menutup paip tadi dilepaskan, akan berbunyi letusan akibat tekanan yang kuat.
5. Jika hembusan lemah keluar dari paip luahan tadi, ini bermakna injap pada pemampat sudah rosak atau pun kurang keupayaan untuk bekerja.

- Jika ini berlaku, kita boleh menukar injap dengan membelah pemampat kemudian mematerinya semula. Harus diingat, ianya amat berisiko (takut berlaku bocor, body contact atau kerosakan semakin serius). Selain itu, penggantian injap tidak menjamin pemampat akan bertahan dengan lebih lama.
- Jadi, sebaiknya tukarlah pemampat yang lama dengan pemampat yang baru.
 Selain daripada membuat ujian mekanikal ke atas pemampat, ujian elektrikal juga amat penting iaitu :
a. ujian intangan penebatan ( insulation resistance ) dengan menggunakan Megger Ohm meter.
b. ujian pembumian (earth leaking test) dengan menggunakan Multimeter.

D. PENYARING (STRAINER).Penyaring bekerja dengan menapis kotoran yang terhasil daripada hakisan bahan pendingin di dalam sistem peti sejuk. Serpihan dan kotoran paip seboleh mungkin tidak masuk ke dalam pemampat dan ianya disaring oleh penyaring ini.

Ciri-ciri penyaring yang bermasalah adalah seperti berikut :-

- Ketika peti sejuk hidup (ON), penyaring terasa sejuk semasa disentuh. Penyaring yang baik akan terasa  suam panas semasa disentuh.
- Timbulnya frost (ais) di luar penyaring. Keadaan ini menunjukkan keadaan yang sangat kritikal bagi penyaring kerana bahan pendingin berkumpul di kawasan penyaring.
- Penyaring yang rosak tidak dapat dibaiki. Ia hendaklah digantikan dengan yang baru.

E. PELARAS SUHU (THERMOSTAT).
- Termostat merupakan alat pengawal suhu peti sejuk sekali gus mengawal kerja pemampat.
- Termostat yang bermasalah biasanya mempunyai dua gejala seperti berikut :-
   i) Pemampat bekerja tanpa henti.
   ii) Pemampat tidak berputar.

i) Pemampat bekerja tanpa henti.Dalam kes ini, kerosakan dipastikan terletak pada termostat. Lazimnya kerosakan ini berlaku pada bahagian pengawal suhu termostat menyebabkan termostat kurang bertindak balas pada perubahan suhu penyejat. Akibatnya termostat gagal menghentikan operasi pemampat apabila suhu di dalam peti sejuk sudah mencapai ke tahap yang maksima. Ia akan bermula dengan timbunan frost pada penyejat. Pada ketika ini termostat perlulah ditukar dengan yang baru.


 ii) Pemampat tidak berputar.Dalam kes ini, perhatian diberikan pada sistem elektrik terlebih dahulu.
Apabila tiada masalah pada sistem elektrik, lakukan pemeriksaan pada termostat dengan cara :-
- Tanggalkan termostat dari unit, kemudian hubungkan terminal-terminal elektrik pada ‘rumah’ termostat tadi secara terus (jumper). Jika pemampat hidup bermakna termostat rosak. - Jika sebaliknya, periksa bahagian yang lain seperti, ‘relay’, ‘overload protector’ dan ‘timer’.

F. PELARAS MASA (TIMER).

Pengawal masa berfungsi untuk mengawal arus masuk dari termostat ke kipas, pemampat dan pemanas. Apabila timer tidak berfungsi, komponen yang berhubung dengannya akan bermasalah. Ciri - ciri timer yang rosak :-
- Lilitan terbakar (gelendung tembaga) atau tercium bau hangit.
- Tuas gigi roda dan batang timer rosak.
Untuk membaikinya mungkin rumit, jadi sebaiknya timer yang rosak tadi digantikan dengan yang baru.

G. PELINDUNG BEBAN LAMPAU (OVERLOAD PROTECTOR).
Overload Protector atau Pelindung Beban Lampau merupakan komponen keselamatan untuk pemampat. Jika arus pada pemampat melebihi dari arus yang sepatutnya, overload akan memutuskan bekalan yang masuk ke pemampat.


H. GEGANTI (RELAY).

Geganti @ relay merupakan suis automatik untuk menggerakkan motor pemampat.
Ia bekerja dengan menyesuaikan putaran magnet yang dibangkitkan sehingga dapat menghubungkan atau memutuskan semula arus elektrik secara automatik.


I. KAPASITOR (CAPASITOR). 
Kapasitor pada pemampat berfungsi untuk mempercepatkan putaran pemampat. Jika ianya rosak ia akan melambatkan putaran pemampat. Begitu juga dengan kapasitor yang dipasang pada kipas. Kapasitor yang rosak akan kelihatan mengelembung atau terbakar. Ianya mesti ditukar dengan yang baru sesuai dengan nilainya yang asal.






J. KIPAS (FAN).
- Kipas berfungsi untuk mengedarkan udara dari penyejat ke bahagian lain dalam peti sejuk.
- Apabila kipas tidak berfungsi, suhu bahagian bawah peti sejuk akan merosot.
Ciri-ciri kipas yang mungkin rosak :
- Ketika membuka pintu peti sejuk, tiada hembusan udara sejuk yang keluar.
-Suhu ruang di bawah peti sejuk, tidak sejuk ataupun seperti suhu normal.
Kipas yang rosak disebabkan :
- Daun kipas diselaputi frost (ais).
- Gegelung kipas terbakar.
- Tiada bekalan elektrik daripada timer.

K. PEMANAS (HEATER).
- Pemanas @ heater bekerja secara bergantian dengan pemampat yang dikendali oleh timer.
Ciri-ciri pemanas yang mengalami kerosakan seperti berikut :
- Terdapat penimbunan frost di penyejat;
- Pemanas patah (diperbuat drpd kaca);
- Pemanas putus.
- Pemanas tidak boleh dibaiki. Jika rosak, ianya mestilah diganti dengan yang baru.







- SELAMAT MAJU JAYA ^_^