Ketiadaan mesin basuh untuk mencuci pakaian atau pun mesin basuh yang rosak, sememangnya amat merunsingkan suri rumah lebih-lebih lagi bagi yang bekerja dan yang mempunyai ramai anak. Kesibukan masa untuk bekerja dan mengurus anak-anak dan suami akan menyebabkan pakaian yang banyak itu dihantar ke kedai dobi untuk dicuci.
Perkara ini berlaku kepada rakan sekerja yang mana mesin basuh automatik di rumahnya tidak berfungsi dengan sempurna sebaik sahaja balik daripada bercuti sempena hari raya aidilfitri yang lalu.
Masalah mesin basuh ini ialah ia tidak mengeluarkan air daripada saluran paip yang disambungkan kepadanya. Pada skrin di panel hadapannya terpampang kod "E4".
Jadi, apabila masalah air tidak masuk ke dalam tab mesin, perkara pertama yang perlu dipastikan ialah adakah paip utama sudah dibuka pili paipnya. Setelah diteliti memang sudah dibuka pilinya. Sepatutnya apabila kita masukkan pakaian dan setelah menutup penutupnya kita akan tekan butang ON dan butang START, maka mesin akan bekerja secara automatik.
Melihat mesin itu tidak dapat mengeluarkan air daripada salurannya, saya bertanya kawan untuk memastikan komponen apakah yang bermasalah. Setelah diketahui, komponen yang mengawal air masuk ke dalam tab itu ialah "water inlet valve". Ianya seperti "solenoid valve" yang akan membuka dan menutup saluran apabila ada arus elektrik dialirkan melalui gegelungnya.
Ini gambarnya..
Jika diperhatikan, saluran tempat air keluar ke tab mesin ada dua. Satu untuk air masuk terus melalui saluran masukan di atas dan satu lagi untuk saluran yang menempatkan sabun atau bahan cuci sebelum ia masuk ke dalam tab mesin basuh. Dua saluran ini menempatkan dua gegelung dan dua aci untuk menutup dan membuka saluran air. Gegelung ini menggunakan voltan 240 volt.
Bagi memastikan gegelungnya dalam keadaan baik, kita boleh uji dengan menggunakan multimeter dan menyambungkan secara terus ke bekalan elektrik seperti gambar di bawah ini.
Setelah diuji dengan multimeter dan bekalan 240v, ternyata gegelungnya masih baik, jadi apalah masalah mesin basuh ini? huhuhu..
"Water inlet valve" ini dipasang semula dan mesin basuh di"test" lagi, mana tahu, kot - kot air boleh masuk seperti biasa. Ternyata mesin basuh masih memaparkan kod "E4" dan air masih lagi tidak mahu masuk ke dalam tab mesin basuh. Apabila di"test" dengan "test pen" pada tempat penyambungan wayar di "water inlet valve", ternyata tiada bekalan elektrik yg masuk. Saya pun selongkar mesin basuh itu untuk mencari punca datangnya wayar yang menyambung ke "water inlet valve". Selepas dibuka panel hadapan, akhirnya punca masalah tadi saya ketemu jua di sini.
Elektrik tidak sampai ke "water inlet valve" disebabkan wayarnya terputus di sini. Tikus telah menggigit wayar dan memakannya. Saya periksa di setiap tempat dalam mesin basuh itu untuk memastikan di tempat lain tiada wayar lain yang digigit. Jadi kerja-kerja menyambung semula wayar itu pun bermula.
Alhamdulillah.. mesin basuh boleh berfungsi seperti biasa.
Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akbar..
Tiada ulasan :
Catat Ulasan