iklan2

Isnin, 19 Ogos 2013

Mengecas sistem penyaman udara @ mengisi gas air cond rumah.

Assalamua'laikum dan salam sejahtera..

Hari ini saya semak kat traffic blog saya ada 4 orang meng'google' dan 'search' tentang 'mengecas sistem penyaman udara'.

Jadi di sini saya ingin berkongsi sedikit  tentang cara mengecas bahan pendingin @ mengisi gas air cond khususnya air cond rumah.
 Ada beberapa cara atau kaedah untuk mengecas bahan pendingin untuk air cond rumah iaitu:

i.   kaedah berat - menggunakan timbang kg,
ii.  kaedah suhu - menggunakan thermometer untuk mengambil bacaan suhu,
iii. kaedah tekanan -menggunakan bacaan tekanan pada 'manifold gauge',
iv. kaedah arus - menggunakan meter kapit untuk mengambil bacaan ampere unit.

tetapi yang biasa dilakukan oleh pomen aircond @ technician aircond ialah kaedah tekanan seperti di dalam video youtube di bawah ini.




- Jadi kaedah yang digunakan oleh technician di dalam video ini ialah kaedah tekanan di mana ia menggunakan 'manifold gauge' untuk mendapatkan bacaan tekanan rendah pada kadar sekitar 70 - 80 psi (pound square per inch).

Mula-mula technician memasang 'manifold gauge' pada unit penyaman udara di mana hos biru disambungkan ke injap tekanan rendah manakala hos kuning disambungkan ke tangki bahan pendingin R22. Harus diingat, oleh kerana unit air cond ini berkapasiti 1 hp (horse power), jadi ia tiada injap tekanan tinggi yang mana sepatutnya hos merah dari 'manifold gauge' disambungkan.

Selepas hos kuning disambung ke tangki R22, dia melakukan satu proses yang dinamakan "purging" iaitu membuka sedikit hujung penutup hos kuning pada 'manifold gauge' supaya udara dan lembapan yang terdapat di dalam hos kuning akan disingkirkan.

Selepas itu dia membuka injap pada tangki R22 dan buka injap tangan pada 'manifold gauge' yang berwarna biru pada arah lawan jam, sedikit demi sedikit dan pada masa ini beban akan dimasukkan ke dalam sistem, perhatikan jarum penunjuk pada 'manifold gauge' biasanya ia akan menaik sehingga ke satu tahap ia akan berhenti atau perlahan.

Pada masa ini unit air cond akan dihidupkan supaya gas bahan pendingin akan masuk ke dalam sistem dengan lebih efisien dan pada masa inilah tekanan 70 -80 psi diambil setelah unit dihidupkan sekitar 5 minit ke atas.

Selepas bacaan tekanan sudah mencapai 70 -80 psi, maka bolehlah ditutup injap pada tangki R22 dan tutup injap tangan pada 'manifold gauge' ikut arah pusingan jam. Buka sambungan pada injap tekanan rendah di tepi air cond itu.

Harus diambil perhatian semasa melakukan kerja-kerja ini, sebaiknya memakai pelindung mata takut gas akan terpercik kena mata.

Apapun cara atau kaedah yang ditunjukkan di dalam video ini ialah kaedah yang 'simple'. Sebenarnya ada beberapa perkara lagi yang perlu diambil perhatian dan dilakukan untuk menyempurnakan lagi kerja-kerja mengecas bahan pendingin @ gas untuk air cond rumah ini. Antaranya ialah melakukan proses pengosongan @ vakum, menguji bocor dan ketika mengecas, gunakan 'thermometer' dan juga 'clamp meter'.

Ia juga mengambil kira peralatan yang ada untuk membuat kerja. Jika tiada, cukuplah tangki bahan pendingin R22 dan 'manifold gauge' sahaja..

Sekian coretan kali ini. ^_^



Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akbar..
190813..







135 ulasan :

Unknown berkata...

Assalamualaikum,, berapa tekanan "psi" untuk aircond 1.5hp jenis panasonic inverter,, bole tak kalo psi nyer 60-70psi mengunakan gas R410a

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam Khair.. untuk tekanan aircond jenis inverter berbeza dgn jenis biasa. Klu aircond biasa kita guna R22 dgn tekanan 70 - 80 psi. Tetapi untuk inverter, ia menggunakan gas R401a dengan tekanan rendah 95 - 100 psi.

Wai Bee berkata...

maaf bkn R401a tetapi R410a ;)

azrie berkata...

Salam tuan..nak tanya sikit apa masalah pada aircond 2hp kalau coper kecil tidak berair/berpeluh?bukan kah kedua2 coper mesti berair/berpeluh ketika aircond beroperasi..

Wai Bee berkata...

Salam tuan.. Tiada masalah juga klu paip kecil x berpeluh, sbb biasanya paip besar yg berpeluh dulu.. Apa yg penting aircond beroperasi dgn baik..

azrie berkata...

Salam tuan..nak tanya sikit apa masalah pada aircond 2hp kalau coper kecil tidak berair/berpeluh?bukan kah kedua2 coper mesti berair/berpeluh ketika aircond beroperasi..

jqafskfbk berkata...

berapa kos utk service ni?

Wai Bee berkata...

Klu utk cas @ tambah gas utk aircond biasa R22 lbh kurang rm60 saja, klu utk inverter @ R410a lbh krg rm100.. :)

Unknown berkata...

air cond 1hp psi dia 60 until 70 psi eh ?

Wai Bee berkata...

Iya.. Jgn melebihi 80 psi..

Unknown berkata...

Kuantiti gas untuk 1.5hp brpa psi

Unknown berkata...

Kuantiti gas untuk 1.5hp brpa psi

Wai Bee berkata...

sama juga akram 70 - 80 psi utk R22

Unknown berkata...

Assalamualaikum tuan.sy ada sedikit kemusykilan.aircond bilik sy 1hp jenama panasonic.dah lama sgt x guna aircond..ada la setahun lebih.last week sy servis / bersihkan indoor & outdoor unit sampai berkilat..hehe. yg menjadi tanda tanya sikit bila on system blower & kipas motor outdoor berfungsi dgn cemerlang tp aircond x sejuk,rs angin saja.apa yg sy perasan walaupun dah on aircond hampir sejam xde setitik pun air keluar pd drain pipe.adakah gas dah habis.yg ni sy x dpt nak confirm mcm mana nak tahu gas ada lagi ke tidak.harap ada sedikit hint.terima kasih

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. knpa aircond tu x digunakan setahun lbh? Klu ia x sejuk mmg xde air yg keluar ikut drain pipe.. ada dgr bunyi compresor dia on @ gegar tak? Sy rasa masalah aircond awak ni mgkin gas kurang @ xde gas dan mgkin juga tersumbat dlm sistem dia. Kena check guna manifold gauge baru dpt tahu lebih lanjut problem dia..

Unknown berkata...

Askm tuan,,,,sy ad msalh aircond sy slalu kuar lmpu time,,,pastu mati2

Unknown berkata...

Assalamualaikum tuan nk tye nie,,,,kenpa aircond sy kuar lampu time selalu mati,,,,jenis panasonic

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. kemumgkinan masalah pd sensor ataupun gasnya kurang..

Unknown berkata...

Nak tanya a/c jenis daikin 2hp gunakan gas r410, problemny comp pandai stop selepas lebih kurang 15min on.lampu kuning ada kelip2

Unknown berkata...

Nak tanya a/c jenis daikin 2hp gunakan gas r410, problemny comp pandai stop selepas lebih kurang 15min on.lampu kuning ada kelip2

Wai Bee berkata...

kemungkinan gas kurang ataupun problem pada boardnya.. sila contact pomen daikin utk tindakan selanjutnya..

Unknown berkata...

salam tuan...masalah saya gas air cond memanb xda...tp bila saya on aircond wayar utk komperasor xda api(current)so..soalan saya sebab gas xda atau suuis...tp kipas dan browser ada pusing dan bumyi...

Unknown berkata...

salam tuan...masalah saya gas air cond memanb xda...tp bila saya on aircond wayar utk komperasor xda api(current)so..soalan saya sebab gas xda atau suuis...tp kipas dan browser ada pusing dan bumyi...

Unknown berkata...

Salam tuan....gas aircond saya memang xda....tp bila saya on....wayar utk komperasor xda api(current)tp kipaa dan browser ada pusing dan bunyi...soalan saya sbb xaxa gas kah wayar current xmai api...tq tuan

Wai Bee berkata...

salam dr san.. compressor x dpt supply, cuba check board dulu, klu gas xde compressor masih boleh on klu yg guna R22.

Unknown berkata...

Tk tuan...sy cuma nk budget brp harga semua law bt...tp sy dah cek...cop jalan..mungkin suis kwsn board rosak kot...

Unknown berkata...

York 1hp,bila start on compressor jalan,time run comp pressure 60psi time stop pressure 100 and masa jalan tu dlm 30min pastu comp cut off and indoor keluar lampu time,dah try gosok2 sensor dekat cooper pun tak boleh,dah cuci indoor outdoor pun sama,masa compressor jalan amp dlm 6.5amp..tapi jalan 30minit pastu start kluar lampu timer,compressor cut off just blower indoor je jalan..agak2 apa problem dia eh..

Wai Bee berkata...

helme.. pertama amp dia tinggi drpd biasa.. perkara ini biasanya disebabkan kotor, cuci indoor dan outdoor jika perlu, jika timer lamp berkelip2 biasanya kerana gas kurang atau cooper sensor dkt board tu dh rosak.. tukar dgn yg baru. jarang ia baik jika hanya digosok saja.. jika tekanan 60psi, tambahkan lg sehingga 80psi..

Unknown berkata...

salam....nk tnye...berapa normal amp utk aircond 1hp,1.5hp,2hp,2.5hp jenis inverter yg pkai gas r410a ???

Wai Bee berkata...

salam.. kadaran amp ikut pengilang atau pengeluar.. semuanya ada tertera pada stiker d badan setiap unit aircond..

Unknown berkata...

salam tuan brpa tekanan gas utk ac non inverter pakai gas r410?

Unknown berkata...

salam tuan brpa tekanan gas utk ac non inverter pakai gas r410?

Wai Bee berkata...

Salam tuan, tekanan utk aircond inverter R410a ialah sekitar 110 - 150 psi

Unknown berkata...

assalammualaikum ,

boss nak tanya indoor 2hp nak pakai outdoor 1.5hp boleh ke ?

Unknown berkata...

assalammualaikum ,

boss nak tanya indoor 2hp nak pakai outdoor 1.5hp boleh ke ?

Unknown berkata...

waibee nak tanya cooper terlalu barair sehingga terkeluar dr insuflex dan merosakkan syiling. .bagaimana hendak diatasi ??bacaan gas 75psi insuflex da tukar baru tapi still sama jugak..minta tolong waibe

Unknown berkata...

x bole outdoor cepat rosak sebab terlampau kuat utk berkerja

Muhammad ferzwan berkata...

Assalamu'alaikum..nak tanya, boleh ke kalu aircond sedia ada guna gas R22, lepas tu nak tukar pada gas 410A?

Unknown berkata...

Salam..sy ingin bertanya, aircond di rumah sy kerap berlaku comp cut off dlm masa 10-15min selepas on pada waktu mlm. Ini menyebabkan sy terasa panas bile comp cut off terlalu kerap walaupon sy set suhu sehingga 18°c..apakah masalahnya. Tetapi bile waktu panas (waktu siang melainkan hujan), iye jarang berlaku (cut off). Terima kasih.

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam, saya x pasti.. blom pernah cuba 😅

Wai Bee berkata...

Sepatutnya ia tidak mengeluarkan air kerana insuflex menyerap air.. maaflah sy x pasti kenapa air jd banyak..

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. x boleh tukar terus, kena tukar minyak compresor, expansion valve sekali..

Wai Bee berkata...

Salam.. rasanya mcm sensor yg problem, cuba tukar room sensor, paling bagus tukar copper sensor sesekali

Khairul Sepang Murah berkata...

nizam ijam

Cuba cek sensor dekat cooling coil. Ada habuk atau tidak.

Macam Wai Bee bg tahu bayak kemungkinan perlu semak satu persatu.

kekadang puncanya banyak

Unknown berkata...

Nak tahu..saya nak pindahkan compresor aircon sharp 1.5hp ,jenis ini ada injap tak yg boleh tutup supaya gas tak kuar dan kita boleh buka kedua2 hos,pindah n pasang semula.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Wai Bee berkata...

Iya, semua aircond ada injap utk tutup supaya gasnya tidak keluar semasa proses membuka dan memindahkannya..

Unknown berkata...

tuan kalau tekana gas melebihi dari 70psi tapi 120psi R22 wsp aku 0138530232

Unknown berkata...

tuan kalau tekana gas melebihi dari 70psi tapi 120psi R22 wsp aku 0138530232

Unknown berkata...

Assalam tuan.. Sy br lepas tembak chemical kat outdoor 2.5 hp.. N topup gas smpi 75psi dari 50 psi.. Masalah nye sekarang,setelah on,compressor asyik on off je.. Off lama plak tu.. X sejuk.. Ape yg perlu sy ejas lg tuan..mohon pencerahan..

Unknown berkata...

Bos....
Kalau outdoor 1.5HP & indoor 1.0HP boleh guna tak?

Unknown berkata...

Assalam tuan, saya baru sahaja pasang 1.5hp jenama panasonic baru. Gas dah siap topup dan kenapa aircon bila dilaras suhu mcm sama sahaja dan sejuknya pon tak berapa sejuk. Mohon banti jelaskan...

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. sy kurang pasti, sepatutnya ok saja..mgkin masa topup tu awk tak buat proses purging menyebabkan sistem bercampur dgn oksigen.. sbb itu dia asyik on off saja..

Wai Bee berkata...

Rasanya ok lagi tu..boleh cuba tgk apa hasilnya..

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam..
Tuan boleh panggil semula pomen yg pasang aircond tu, mgkin ada prosedur yg kurang tepat sbb aircond baru x perlu topup gas, sepatutnya kita buang gas yg berlebihan sbb kilang mmg akan bg gas lebih utk memberi kelebihan kpd pengguna yg ingin memasang piping aircond yang lebih pjg tetapi x melebihi 15 meter jarak antara indoor dan outdoor..

Daus berkata...

Assalamualaikum...
Saya nk tanya aircond saya lambat sejuk... kemudian kalo pasang terlalu lama indoor akan deforst.. tgk indoor n penapis x kotor pon.. outdoor pon deforst pada paip kecil.. kenapa ya? Sbb kekurangan gas ke?.. air cond jenis york 1.5 r410a.. tahun 2016

Unknown berkata...

Askm..nak tanya..kalau guna manifold gauge R22 utk check Ac yg guna gas R410a boleh ke?

Unknown berkata...

Askm..nak tanya..kalau guna manifold gauge R22 utk check Ac yg guna gas R410a boleh ke?

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. Klu ikut pengalaman sy, biasanya manifold gauge r22 x boleh digunakan utk r410a ini kerana tekanan keduanya berbeza hampir separuh, ada manifold r22 bhgn low side nya hanya sampai 120 psi, jd klu nk pakai ke r410a utk low side saja dh hampir 140 psi.

Wai Bee berkata...

Kedua, biasanya valve manifold utk sambung ke valve outdoor tu x sama saiz utk r22 dan r410a, ini utk safety. Begitu juga valve pada tong gas r22 yg dan r410a kdg2 x sama saiz dia..
Harap membantu..

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. mgkin ada bocor kecil, baru lg tu thn 2016.. kena panggil pomen yg pakar utk check semula ye..

Unknown berkata...

Slmt malam. Nak tanya yer, berapa saiz cooper untuk aircond York 10Btu gas R410A yer. Tq.

Wai Bee berkata...

Slmt mlm.. 10btu tu maksudnya 10,000 btu ke 10 hp? Klu 10,000btu tu sama dgn 1hp jd saiz paip copper nya 1/4" utk discharge dan 3/8" utk suction, diameter sebaiknya pakai 0.71 mm

Tanpa Nama berkata...

nak tumpang tnye. aircon lepas refill gas smggu je trus xsejuk.. lpas check gas kurang.. nk isi balik bole.. tp xtau kt mne yg bocor. ad list x tempat2 yg sye perlu check untuk kebocorn gas

Wai Bee berkata...

Biasanya bocor kat tmpt flare nut..

Unknown berkata...

Salam tuan nk tanya kalau gas r22 bole ke guna dekat aircond inverter?

Wai Bee berkata...

Salam.. pertama awk kena paham, gas tu Refrigerant, inverter pulak adalah sistem elektrikal, kedua2 tidak ada kene mengena, r22 inverter, ada, r410a inverter pun ada, r22 non inverter ada, r410a non inverter pun ada..

Unknown berkata...

Bos nak tanya,Aircond York 1hp nOn inverter..berapa tekanan gas,dan berapa bacaan amphere dia yer. TQ.

Wai Bee berkata...

1hp Non inverter r22 - 70-80 psi, 4.2 ampere.
Non inverter r410a - 110-140 psi, 3.2 ampere.

Unknown berkata...

aircond 3hp.. berapa bacaaan gas. max

Unknown berkata...

aircond 3hp.. berapa bacaaan gas. max

Wai Bee berkata...

Sama juga 70-80 psi klu guna r22. Semua house power sama2 saja bacaan tekanan dia utk aircond rumah @ bangunan..

Unknown berkata...

Selamat mlm tuan,selepas kita vacuum r410a valve tekanan rendah ? Yg perlu buka dulu dengan elenki tq

Unknown berkata...

Masa kita cabut manifold dari servis valve,memang ade kluar minyak ? Atau sy salah proses

Wai Bee berkata...

Klu keluar myk sikit-sikit tu normal kdg2 gas bhn pendingin tu keluar dlm bentuk liquid dan bercampur dgn myk compresor sedikit

Unknown berkata...

Tq tuan

Unknown berkata...

Tuan wai bee, aircond 5 hp r22 klu x sejuk ape langkah awal nk pastikan masalah nya? Filter dryer klu lebih 5 thn kene tukar ? Tq tuan

Wai Bee berkata...

Klu 5hp, check dulu tekanan gas dgn ampere dia.. mgkin gas kurang sebab bocor, tp dia ada pressure switch utk protect compresor klu gas kurang atau gas lebih dia pasti cut off atau trip.. check kekotoran indoor dgn outdoor, check filter takut tersumbat..

Unknown berkata...

Xboleh

Unknown berkata...

Aslm...nk tanye gas refrigerant ape yg terbaru skrg ni?

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam, r32 utk aircond rumah

Unknown berkata...

Salam tuan tumpang tnye kalau aircond indoor bunyi berkocak tu mcm mana

Wai Bee berkata...

Salam.. mgkin sbb Kotor byk debu atau kipas dh nk rosak atau ada benda asing sprti cicak dlm tu..

Unknown berkata...

Sebab sy baru je beli aircond tu..x smpai pon sebulan

Wai Bee berkata...

Oo.. awk contact semula pomen yg pasang aircond tu.. suruh dia check semula apa yg tak kena dgn aircond tu ye..

Unknown berkata...

Terima kasih

Wai Bee berkata...

Sama2 tuan..

Unknown berkata...

Terima kasih

Unknown berkata...

Boleh ker top up gas r410 atau perlu kosong kan lepas tu isi semula.

Wai Bee berkata...

Ada beberapa pendapat, klu tekanan yg tinggal tu 100 psi ke atas, boleh topup perlahan2 guna liqiud, tp klu isi dia 100 ke bwh, kena buang semua baru isi semula..

Unknown berkata...

Terima kasih

Stan Ley berkata...

Petang tuan. nak tanya ada beza tak single gauge dengan double gauge. Untuk r410.

Wai Bee berkata...

Slmt ptg.. beza nya single hanya dpt membaca tekanan rendah pd unit r410a. Klu double gauge dot baca tekanan rendah dan tinggi, itupun utk aircond 2.5hp dan ke atas..

Unknown berkata...

Untuk inverter tekannya berbeza dengan aircon biasa. Contoh aircon r22 tekanannya sekitar 62-65psi. Untuk inverter tekananya lebih tinggi dri tekanan aircon bisa yg bukan inverter ianya sekitar 120-130psi

Unknown berkata...

Bos boleh ke outdoor pakai 1.5hp tp indoor 1.0hp je?

Unknown berkata...

Check setting remote dulu..mungkin setting da tertukar je dry mode atau fan mode..klo mode sejuk kemungkinan aircond anda ada masalah..

Unknown berkata...

Tumpang tanya kalau paiping lebih dari 20 kaki ,psi nya keNa berapa .?

Wai Bee berkata...

X pasti tp rasanya boleh

Wai Bee berkata...

70 - 80 psi utk r22 dan 140 psi utk r410a

mankecik berkata...

Salam, Tuan. Saya cuba service indoor unit saya sendiri. Tapi, kenapa selepas service tahap kesejukan kurang dari sebelum service. Kenapa yer? Adakah disebabkan jenama gas, atau gas yg di isi kurang, atau terlebih?

Wai Bee berkata...

Salam, apa yg awk buat masa servis tu? Cuba detailkan..

mankecik berkata...

Saya hanya cuci indoor unit sahaja. Saya sembur air pada cooling coil (tutup panel elektrik dgn plastik) dan blower. Sudah kering saya pasang semula indoor unit ke tempat asal dan ketatkan nut pada sambungan cooper pipe. Semasa nak isi gas saya buka semula valve yg terdapat pada Outdoor unit dimulakan dgn valve kecil dan kemudian valve besar. Saya sambungkan hose biru pada valve kecil dan hose kuning pada Tangki R22. Waktu nak isi gas, saya buka injap tabung R22, Saya buka valve manifold gauge (hose kuning) sikit-sikit sampai bacaan 70psi. Lepas tu saya tutup injap tabung R22. Saya biarkan Aircond ON selama 1/2 jam. Tapi saya tidak memeriksa berapa bacaan Amp sebab tiada clamp meter.

Unknown berkata...

salam. tumpanang tanya outdoor 2hp boleh ke digunakan untuk indoor 1hp

Wai Bee berkata...

Salam.. bahaya sbb compresor 2 hp tu tekanan dia kuat utk diberi pd indoor 1hp, mmg akan berlaku overheat atau overload pd indoor

Wai Bee berkata...

Man kecik, awk ada buat purging tak sblm isi gas?

Azri berkata...

Mcm mna klau unit inverter psi dia kurang dri 100psi. Perlu ka sedut gas n smpan dlm tangki. Smpai mter tnjuk 0. Bru msuk gas blik??
Mcm mna cara nak smpan gas yg baki tu dkt tangki kosong?

Azri berkata...

Ini hrga utk unit yg gas dia betul2 ksong ka?
@ harga topup gas?

Azhar Bin Mat Ali berkata...

Adakah psi aircond 1hp pada compressor on dan off adakah sana iaitu 70 hingga 80psi...

Azhar Bin Mat Ali berkata...

Masa compressor on dapat dlm 75psi apabila dapat suhu yg di kehendaki compressor stop dan bacaan 105psi...adakah normal?

Wai Bee berkata...

salam semua, maaf lambat reply..

mohd azri - awk teruskan topup sedikit demi sedikit x perlu buang gas yg lama, ttg harga agak subjektif utk dibincangkan.. boleh buka fb add geng air cond kat situ byk info ye

azhar - masa aircond on psi 70 - 80 psi, masa compressor off sy kurang pasti..

Unknown berkata...

Assalamualaikum tuan wai bee.
Saya pasang aircond daikin 2.5hp non inverter r32. 6 hari lpas tu gas habis dan indoor xsejuk. Adakah gas refill sama 70-80 psi? Or kena vakum dulu sblum isi gas.tq

Unknown berkata...

Dan. Jarak indoor and outdoor 11feet (cooper hose).tq. adakah perlu isi gas lebih sehingga 90psi?

Wai Bee berkata...

waalaikumsalam.. alamak.. saya minta maaf sbb saya sendiri pun belom jumpa system r32 ni, drpd apa yg saya tahu, tekanan dia lebih tinggi berbanding dgn system r22, macam r410a jugak tekanan rendahnya ialah sekitar 140 psi, sebaiknya semasa isi gas lihat sekali pada ampere dia..

Unknown berkata...

brapa amp utk inverter r410 2hp ?

Wai Bee berkata...

biasanya 8 amp, cuba tgk kat stiker pd body aircond tu..

Unknown berkata...

Apa punca hingga menyebabkn proses charging tidal boleh berlaku walaupon unit penyaman udara telah Di ON kan?

Unknown berkata...

Berapa bacaan bagi tekanan sempadan aircond 2hp? Camne nk kira?

Wai Bee berkata...

Biasanya disebabkan saluran dlm cappilary tube tersumbat..

Wai Bee berkata...

Minta maaf tuan, saya tak tahu 😁

Unknown berkata...

Assalamualaikum Tuan berapa harga nya untuk pemasangan unit 1hp dan harga service nya ?

Unknown berkata...

assalamualaikum boss wai bee.. nk no. wasap boleh tak. senang nk tanya tentang ac lepas ni.. wasap saya x pe... 01113131718

Unknown berkata...

Assalam tuan,nk tanya indoor sy rosak 1hp guna gas r22.klau sy gnti dgn indoor inverter 1hp 410a bleh tak tuan?

Unknown berkata...

assalam tuan saya nak tanya jika kedua2 paip berais apa sebabnya tuan

Unknown berkata...

Nak tanya kalau acond inverter kekurangan gas...boleh terus topup ke,kena buang semua gas..baru isi penuh semula..?
Sbb ada yg bg pendpt...gas inverter x blh main topup mcm acond yg biasa.

Unknown berkata...

hello Wai Bee.. mau tanya, klau aircond guna gas r410, saya tukar guna gas r22 boleh ka? sebab saya kesuntukan..

Unknown berkata...

ble top up tu

Unknown berkata...

Hai wai bee...nak tanya..kalau aircond 2hp sepatutnya guna copper saiz 1/4 dan 5/8 kan..apa terjadi pd ac unit kalau installer psg guna copper yg saiz kecil 1/4 dan 3/8??
Sy upah org psg..baru psg x smp sebulan 2 unit a/c acson, tetiba 1 unit lampu berkelip2 tapi x jalan dan 1 lagi jln dan sejuk tapi fan mcm slow. Mintak pencerahan.

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. Pemasangan standard indoor Dan outdoor x lbh 4 kaki dlm rm150 - rm180.

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. boleh.. tp kena modified sedikit wiring pcb board nya..

Wai Bee berkata...

Hani niza boleh topup perlahan2 jika teknan dia masih byk.. jika sikit lbh baik buang dulu atau recover kemudian baru isi semula..

Wai Bee berkata...

Hello boss.. Tak boleh tukar sesuka hati gas tu bos 😁

Wai Bee berkata...

Hai en rozinor.. knapa installer pasang paip x ikut spec? Jauh sangat beza 5/8 dgn 3/8. Saiz itu utk paip suction, sepatutnya kena guna saiz yg betul sbb kitaran penyejukan akan terganggu, bayangkan paip suction sepatutnya 5/8 dia guna 3/8 dgn kapasiti compressor yg kuat, daya sedutan dia akan besar dan kuat juga.. jika diubah kpd paip 3/8 yg lbh kecil maka proses sedutan bhn pendingin akan terganggu flow nya Dan akan memberi kesan kpd keseluruhan sistem termasuk paip luahan atau discharge.. nk cerita lbh detail sy x brapa mahir lagipun ini melibatkan sistem thermodynamics pd sesebuah aircond tersebut akan terganggu..

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. mgkin disebabkan indoor terlalu kotor, dan kurang gas dlm sistem.

Unknown berkata...

Assalamualaikum tuan..adakah tekanan gas untuk inverter r410 150psi masa outdoor sedang beroperasi

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. ya antara 110 psi - 140 psi