Assalamualaikum, salam aidilfitri dan salam sejahtera..
Hari ini hari raya ke 3, saya pasti masih ramai yang berkunjung ke rumah saudara mara dan kawan-kawan untuk mengeratkan tali silaturrahim.. Alhamdulillah..
Okay, untuk kali ini saya akan berkongsi tentang, bagaimana jika kipas di rumah kita tidak mahu berpusing atau dengan kata lain, bilahnya menjadi keras atau kaku. (Walaupun pada awalnya kita menyangka yang 'kapasitor'nya rosak).
Istilah lain yang biasa kita sebut juga ialah 'jammed' @ jem. Jadi kita terpaksa membuka dan membongkar apa-apa yang ada di dalam kipas itu termasuk motornya sekali. Lihat pada gambar-gambar di bawah.
1. Pandangan belakang kipas, yang mana ia menyedut debu dan habuk lalu ia melekat di celah-celah lubang kipas dan juga bilah kipas.
2. Buka penutup di belakang kipas itu dan anda akan dapati debu dan habuk yang melekat di situ.
3. Bersihkan debu dan habuk dengan menggunakan berus dan juga kain lembab.
4. Gambar selepas ia dibersihkan.
5. Buka juga 'cover' depan dan bersihkan bilah kipas itu.
6. Seterusnya ia akan kelihatan begini..
7. Seterusnya buka penutup motor itu dan keluarkan 'rotor' di dalamnya.
8. Keluarkan 'rotor' nya dan servis dengan menggunakan kain lembab, berus dan letakkan sedikit minyak gris di bahagian 'shaft' nya.
Ini bertujuan untuk melincirkan pergerakan 'rotor' yang disambungkan kepada 'shaft' dan seterusnya bercantum di dalam 'stator'. Pusing-pusingkan dengan tangan supaya ia menjadi lebih lancar dan licin pusingannya. Jangan lupa letakkan sedikit minyak gris di bahagian 'gigi gear' tempat kipas berpusing di belakang kipas itu.
Akhir sekali, tutup semula penutup motor dan semua sekali bahagian-bahagian kipas yang telah dibuka tadi. Ketatkan semua skrunya. Selepas itu cuba onkan dan anda pasti tersenyum kerana kipas anda yang 'jammed' tadi sudah boleh berpusing seperti biasa.
P/S : Jika kipas anda masih tidak mahu berpusing juga, cuba periksa 'coil' motor' nya dengan menggunakan 'multimeter'. Jika coil tiada bacaan pd multimeter, check 'thermal fuse' nya kemungkinan putus ataupun coil nya sudah rosak. Sekian untuk coretan kali ini. Sehingga jumpa lagi, InshaAllah..
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar..
Ogos 2013, Keratong 7, Muadzam Shah.
..sekadar berkongsi maklumat dan bertukar pendapat tentang permasalahan penyaman udara, peti sejuk rumah dan beberapa peralatan elektrik rumah.. sebagai rujukan sendiri di masa lain andai terlupa.. semoga dapat manfaat untuk bersama.. saya beri yang hak dan saya ambil yang hak saja, yang lain-lain jika ada saya pulangkan.. ^_^
iklan2
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan