Apa khabar anda semua? Semoga kita semua sentiasa diberi kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan seharian di atas muka bumi Nya ini. InshaAllah..
Okay, kali ini saya ingin berkongsi tentang cara menghasilkan "home made air conditioner" atau aircond buatan sendiri, hehe..
Di sebabkan cuaca yang agak panas sekarang, ia telah mendorong saya dibantu oleh adik saya untuk menghasilkan kipas ber 'air cond'. Tujuannya tidak lain ialah untuk mendapatkan hembusan angin sejuk seolah olah dihembus oleh angin yang datang dari kipas air cond.
Lagi pun idea ini telah banyak dihasilkan oleh kebanyakan masyarakat di merata tempat di luar negara. Cuba google atau layari youtube dan taip "home made air conditioner".
Cara kerjanya mudah saja iaitu apabila kita onkan pam akuarium, ia akan mengepam air dari dalam bekas ke 'clear hose pipe' dan seterusnya ke tiub kuprum sebelum air itu akan kembali semula ke dalam bekas air. Apabila ais diletakkan di dalam bekas, maka air yang mengalir akan menjadi sejuk seterusnya menyejukkan tiub kuprum. Apabila kipas angin dionkan, ia akan menghembuskan angin sejuk melalui tiub kuprum yang dillingkarkan di depan penutup kipas itu tadi.
Mula-mula kita sediakan bahan2 yang diperlukan, antaranya ialah :
- Kipas angin berdiri (senang nak bawa ke sana ke mari),
- Copper tube @ tiub kuprum saiz 1/4" (untuk kerja2 air cond dan peti sejuk),
- Clear hose pipe,
- Cable tie,
- Bekas (untuk letak air + ais),
- pam akuarium,
- alat tangan seperti playar, cutter dsb.
- Copper tube @ tiub kuprum,
- Clear hose pipe,
- Cable ties,
- pam akuarium,
- Okay, langkah pertama kita lilitkan tiub kuprum tadi mengikut saiz penutup kipas yang akan dipasang nanti.
- Kemudian, letakkan 'cable ties' untuk mengikat tiub kuprum ke penutup kipas.
- Sambungkan 'clear hose pipe' pada ke dua hujung tiub kuprum tadi. Satu untuk air masuk dan satu lagi untuk air keluar.
- Sambungkan 'clear hose pipe' tadi ke pam akuarium dan masukkan air ke dalam bekas.
- Seterusnya masukkan ketulan ais bagi membantu menyejukkan air di dalam bekas yang mana air sejuk ini akan mengalir ke dalam tiub kuprum lalu tiub kuprum yang sejuk tadi akan ditiup oleh kipas angin.
- Sedia untuk diuji.
- Oleh kerana apabila sejuk, tiub kuprum ini akan berpeluh maka air akan menitik ke bawah, jadi plastik terpaksa digunakan untuk melapik punatekan kipas.
- Nah sekarang, anda boleh merasai hembusan angin sejuk daripada kipas ini. :)
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..
wai bee, Ogos 2013, Keratong 7, Muadzam Shah..
9 ulasan :
salam bro copper tube nak beli dekat mana ye?
salam.. copper tube boleh dibeli kat kedai yg menjual sparepart aircond..
Salam .saya nak tanya ,kalau guna compressor kereta untuk buat room air cond possible ke?
Salam..
Emm.. boleh jika saiz ruang bilik tu lbh kurang sama besar saiz dlm kereta..
Jika saiz bilik terlalu besar, ia tidak akan dpt menyejukkan keseluruhan bilik. Terpaksa duduk depan blower je lah nk dptkan sejuk :)
Salam,
Berapa panjang copper tube?
Dan bagaimana anda sambung clear tube di copper tube dan di water pump?
Adakah anda ambil hose di water pump yg kecik atau yg besar?
Jika yg kecik 1 tu perlukah dua air di water pump ditutup?
Salam..
Sy baru perasan komen awk.. pjg copper tube bergantung kpd permukaan kipas tu @lbh kurang 1 meter lbh.. pam tu utk kekuarkan oksigen yg mana kita gunakan utk air lalu melalui clear hose dan copper kemudian ia berkitar semula..
Terima kasih atas info yang amat membantu... Lagi 1 pertanyaan kalau saya buat copper tube tu double layer belah dalam jaring kipas n belah luar okay x?
Berapa harga copper tu segelung?
Berapa harga copper tu segelung?
Catat Ulasan