Beberapa tip untuk menjimatkan bil elektrik rumah melalui penggunaan unit penyaman udara.
Salam..
Adakah anda bercadang untuk memasang penyaman udara di rumah anda? Jadi sebelum itu anda mestilah mengetahui beberapa perkara bagi mengelakkan penggunaan tenaga elektrik meningkat secara mendadak dan sekali gus meminimakan bil elektrik bulanan anda. Beberapa tips ini anda boleh praktikkan..
1. Sesuaikan saiz penyaman udara dengan ruang bilik.
Sebelum membeli unit penyaman udara, buat sedikit kira-kira pada luas bilik yang akan dipasang. Ini kerana jika ruang besar dipasang dengan penyaman udara yang berkapaiti kecil, ia akan mengakibatkan penyaman udara itu akan bekerja kers untuk menyejukkan bilik yang besar itu tadi.
Panduan umum yang baik untuk anda membuat pilihan ialah seperti berikut :
Panduan rujukan kapasiti pendinginan.
Bilik Tidur :
Kawasan : Kapasiti Pendinginan yang diperlukan :
Meter persegi Kaki persegi Kw (Cooling) Btu/h HP
6 - 8 65 - 86 2.1 - 2.4 7,000 - 8,000 0.75
9 - 11 97 - 118 2.6 - 2.9 9,000 - 10,000 1.0
12 - 14 130 - 150 3.5 - 4.1 12,000 - 14,000 1.5
Ruang Tamu / Makan :
Kawasan : Kapasiti Pendinginan yang diperlukan :
Meter persegi Kaki persegi Kw (Cooling) Btu/h HP
10 - 19 108 -205 3.8 - 4.4 13,000 - 15,000 1.5
20 - 29 215 - 312 4.7 - 5.9 16,000 - 20,000 2.0
30 - 40 323 - 430 6.4 - 7.9 22,000 - 27,000 2.5
2. Bersihkan penapis udara.
Penapis udara yang kotor akan mengurangkan kecekapan, sekaligus menjadikan ia menggunakan lebih banyak tenaga dan kos lebih banyak wang untuk melakukan kerja yang sama jika mengupah technician dari luar. Jika bilik atau tempat itu selalu berhabuk, maka semakin keraplah penapis udara itu dibersihkan. Kebiasaannya sebulan sekali bagi tempat yang selalu berhabuk atau berdebu. Ini akan memastikan unit penyaman udara sentiasa beroperasi dalam kecekapan tenaga yang baik, memanjang jangka hayat unit dan dapat memberikan keselesaan juga memberikan kualiti udara yang segar kerana habuk dan debu telah ditapis daripada bilik / ruang tersebut.
3. Pastikan ruangan tertutup.
Ruang bilik atau ruang tamu yang dipasang dengan penyaman udara tadi sebaiknya hendaklah tertutup. Jika terpaksa membuka pintu untuk keluar masuk, sila pasang "air curtain" bagi mengelakkan udara panas daripada luar memasuki ruang yang disejukkan.
4. Pastikan unit luar @ "outdoor unit" terlindung daripada pancaran terus matahari.
Outdoor unit yang terlindung daripada pancaran terus matahari sama ada oleh awning @ atap bumbung rumah akan menjimatkan tenaga elektrik 10% berbanding outdoor unit yang terpancar terus oleh pancaran matahari. Jangan meletakkan terus di atas bumbung rumah atau di sebelah rumah yang mengadap timur dan barat kerana ia mungkin akan terkena pancaran matahari secara terus di waktu pagi dan juga di waktu petang.Cahaya matahari yang panas akan mengurangkan keupayaan pemeluwap untuk menukar haba. Teduhan bahagian luar penyaman udara berbaloi kerana unit akan beroperasi dengan lebih cekap apabila ia bertukar haba ke persekitaran yang teduh, redup dan sejuk.
Bersihkan pemeluwap yang ada di dalam outdoor unit tersebut sekurang-kurangnya setahun sekali.
5. Pastikan outdoor unit tidak terhalang hembusan kipasnya.
Fungsi pemeluwap yang ada di dalam outdoor ini ialah untuk menyingkirkan haba yang terhasil daripada proses kitaran penyaman udara. Jika terdapat halangan di hadapan pemeluwap ini, maka haba yang disingkirkan akan masuk semula ke dalam outdoor unit dan akan mengakibatkan sistem terganggu dari segi suhu kitarannya. Ini sekali gus akan memberi kesan kepada tahap kecekapan dan meninggikan tekanan di bahagian tinggi sistem. (huhuhu...)Pemampat memerlukan peredaran udara yang baik di sekitarnya untuk menukar haba dengan berkesan melalui udara di luar.
6. Cermin tingkap atau pintu sebaiknya di"tinted'kan.
Pastikan cermin tingkap atau cermin pintu di"tinted" untuk mengelakkan cahaya matahari memasuki terus ke ruangan yang ingin disejukkan. Sekaligus mengurangkan haba yang memasuki rumah.
7. Kurangkan penggunaan lampu.
Lampu menghasilkan haba yang banyak, yang mana haba ini akan diserap oleh unit penyaman udara sekaligus meningkatkan penggunaan tenaga elektrik. Jika di rumah anda menggunakan lampu mentol @ lampu pijar, cuba bertukar ke lampu pendafluor kerana ia mengeluarkan cahaya sebanyak 90% dan haba sebanyak 10%. Ia juga menggunakan tenaga kurang 75%. Lampu mentol atau pijar ini ia mengeluarkan cahaya sebanyak 10% dan haba sebanyak 90%.
Selain daripada haba yang terhasil oleh lampu, haba daripada aktiviti memasak juga perlu dikeluarkan oleh penyaman udara anda. Kurangkan haba memasak dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro. (Gelombang mikro adalah lebih murah untuk beroperasi daripada gas atau elektrik ketuhar) Tukar gas anda atau ketuhar elektrik yang berada di ruangan yang ada penyaman udara, jika boleh :).
8. Menggunakan penyaman udara jenis inverter.
Dengan perkembangan teknologi terkini, penyaman udara dari jenis inveter telah diperkenalkan oleh pengusaha unit penyaman udara. Ia membantu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik melalui operasi pemampat @ compressor yang ada di dalam outdoor unit. Ia menggunakan sebuah papan litar @ circuit board yang akan mengakibatkan arus permulaan atau daya kilas permulaan pemampat menjadi lebih lancar berbanding daripada unit penyaman udara biasa "conventional". Ia sekali gus mempengaruhi turun dan naik suhu bilik atau ruang yang kita sejukkan.
Walaupun sistem penyaman udara jenis inverter ini lebih jimat tenaga, pengunaan dan jangka hayat pemampatnya lebih baik, namun disebaliknya ia mempunyai banyak perbezaan berbanding daripada sistem biasa @ conventional seperti bahan pendingin, tekanan tinggi dan tekanan rendah sistem dan saiz paip kuprumnya. Jadi terpulang pada pengguna sendiri untuk memilih kerana pilihan adalah di tangan anda. :)
Sekian..
..Mei 2013..
..Alhamdulillah..
Tiada ulasan :
Catat Ulasan