iklan2

Rabu, 26 November 2014

Mesin basuh semi auto tidak mahu spin

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ini adalah mesin basuh semi automatik. Ia mempunyai dua tempat iaitu sebelah kiri untuk 'wash' dan sebelah kanan untuk 'spin'. 



Kali ini mesin basuh semi auto ini tidak dapat memutar @ spin, tetapi wash dia dapat. Setelah diperiksa, kerosakan berpunca daripada motor spin itu sendiri. Jadi, terpaksa tukar sebiji motor spin. Sebelum menukar motor spin, mesin basuh kena dibaringkan untuk memudahkan kerja-kerja dilakukan.


Buka penutup belakang, dan cabut tali yang digunakan untuk memberhentikan putaran motor ketika penutupnya dibuka (child safety) dan buka juga tali untuk drain seperti yang dibulatkan dalam gambar di bawah.


Buka skru-skru yang ada di tepi mesin basuh tersebut. Beginilah rupa motor spin tersebut.


Kemudian buka motor spin dengan menggunakan spannar.


 Setelah dibuka skru yang menyambungkan motor dengan body mesin basuh melalui shaft, maka kita akan dapat memisahkan body bahagian bawah dan bahagian atas mesin basuh.


Cabut dan bawa keluar motor spin tersebut. Kelihatan gegelungnya memang sudah berkarat kerana terkena percikan air bilasan. Ini disebabkan getah o ring dari bahagian atas motor yang bersambung dengan shaft telah terkoyak. 



Sekarang masa untuk menggantikan motor yang lama yang telah rosak dengan yang baru.


 Selepas motor dipasang semula, getah o ring yang hitam pun akan diganti, untuk memasukkannya kenalah buka daripada atas.


Akhir sekali, kapasitor untuk wash dan spin pun ditukar kerana yang lama sudah berkurangan casnya.
Untuk wash 10uf dan untuk spin 4uf.


Kemudian mesin basuh ditest prestasinya.. Alhamdulillah semunya ok :)




Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..


Khamis, 24 Julai 2014

Awasi lubang kecil pada kotak suis dan rumah lampu..

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..
Kali ini aku nak coretkan sedikit info tentang lubang-lubang kecil yang biasa terdapat pada rumah lampu kalimantang dan juga pada kotak suis dan juga soket.


Gambar di atas ialah sebuah lampu kalimantang jenis panjang yang berkadaran 36 watt @ 40 watt. Sering dijumpai masalah yang berlaku pada lampu jenis ini ialah pada lampunya, starter @ pemulanya dan juga coknya. Jika sedikit masa dahulu, ia juga mengandungi kapasitor berwarna putih sebagai penyimpan cas elektrik. Masalah yang paling ketara sehingga menyebabkan trip @ litar pintas ialah "choke"nya. Saya cerita melalui pengalaman sendiri. Mungkin rakan-rakan ada pengalaman yang lain. Selain daripada cicak yang suka sangat bertelur dan bertapa di dalam rumah lampu kalimantang ini dan juga di dalam kotak suis lampu. Cuba lihat gambar di bawah ini.



Jadi, pastikan lubang-lubang kecil yang ada pada kotak suis dan juga rumah lampu kalimantang ditutup dengan sloytape @ pvc tape bagi mengelakkan daripada cicak masuk ke dalamnya. Badan cicak ini nanti akan meyebabkan litar pintas sama ada di dalam rumah lampu ataupun di dalam kotak suis dan juga soket. 

Sempena Aidilfitri yang bakal tiba tak lama lagi, pastikan kemeriahannya tidak terganggu oleh cicak yang masuk ke dalam lubang kecil sama ada di rumah lampu atau di kotak suis di rumah anda.. hehe..



Sekian untuk kali ini. Salam Ramadhan al-Mubarak..



Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..





Isnin, 21 Julai 2014

Mesin basuh automatik tidak keluar air..

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah, Ramadhan bulan yang mulia datang lagi. Jangan kita jadikan puasa sebagai alasan untuk kita mengurangkan produktiviti kerja.
Ok, di sini aku nak coretkan sedikit berkenaan dengan mesin basuh automatik jenama samsung model WA88B5, 6.8kg.


Ownernya mengadu yang air tidak masuk ke dalam tiub mesin selepas dionkan walhal setting pada 'PCB' @ Printed Circuit Board nya boleh dilakukan. Jadi komponen yang mengawal kemasukan air ini ialah "Water Inlet Valve". Lihat gambarajah 'B' di bawah ini.

 
Selepas diuji water inlet valve ini didapati ianya dalam keadaan yang baik.


Water inlet valve itu sekali lagi dipasang pada tempatnya dan diuji samaada power supply dari PCB sampai kepadanya atau tidak. Selepas diuji, bermakna tiada power supply ke valve tersebut dan selepas diperiksa fius dan sambungan wayarnya, maka kita sudah mengagak yang problemnya datang dari PCB tersebut.


Maka setelah ditukar PCB yang baru dan ditest mesin basuh tersebut, maka ia telah berfungsi seperti asal. Alhamdulillah.. Sekian coretan untuk kali ini. :)


Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..