iklan2

Isnin, 21 Oktober 2013

Peti sejuk yang bocor pada penyejat @ 'cooling coil' nya.

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

Ramai yang bertanya saya tentang peti ais mereka yang bocor akibat terkena pisau atau skrudriver. Kebiasaannya apabila peti ais satu pintu sudah menebal aisnya (frost), maka kita terpaksa menekan butang defrost untuk mencairkan ais tersebut. Berbanding dengan peti ais dua pintu, ia mempunyai defrost timer yang akan menjalankan proses defrost secara automatik.



Jadi ramai di antara kita memilih untuk memecahkan ais yang menebal dan mengeras dengan menggunakan benda yang tajam. Akibatnya, hujung benda yang tajam itu amat berisiko untuk menerobos dinding penyejat yang amat sensitif itu. Gambar ini menunjukkan contohnya, di mana tuannya telah menggunakan skrudriver. Nampak tak kesan kemek akibat tusukan srudriver itu?

 - Kelihatan sedikit minyak yang telah keluar dari tempat yang berlubang..

- Tempat yang bocor telah ditanda bulat.















Kemudian tempat yang bocor ini akan dibuat tampalan. Ada yang menggunakan gam khas, ada yang menggunakan rod aluminium dan ada yang menggunakan rod "heat seal stick". Kadang2 proses menampal ini berisiko untuk menjadi tersumbat pada lubang yang bocor tadi. Jadi tindakan berhati2 amat dititik beratkan.


Setelah ditampal, ia kemudian dikemaskan lagi dengan menyembur @ mengecat semula tempat yang telah ditampal tadi dengan cat putih. Akhirnya ia akan menjadi seperti ini,



Selepas ini, peti ais ini akan ditukar minyak pemampat atau ditambah sedikit minyak pemampat, di'flushing', ditukar strainer, divakum dan di'charging' mengikut prosedur yang betul.



Sekian untuk kali ini,

Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..

Sabtu, 21 September 2013

Mesin basuh Toshiba 9.0kg, wayarnya kena gigit tikus.

Assalamua'laikum dan salam sejahtera..

Ketiadaan mesin basuh untuk mencuci pakaian atau pun mesin basuh yang rosak, sememangnya amat merunsingkan suri rumah lebih-lebih lagi bagi yang bekerja dan yang mempunyai ramai anak. Kesibukan masa untuk bekerja dan mengurus anak-anak dan suami akan menyebabkan pakaian yang banyak itu dihantar ke kedai dobi untuk dicuci.

Perkara ini berlaku kepada rakan sekerja yang mana mesin basuh automatik di rumahnya tidak berfungsi dengan sempurna sebaik sahaja balik daripada bercuti sempena hari raya aidilfitri yang lalu.

Masalah mesin basuh ini ialah ia tidak mengeluarkan air daripada saluran paip yang disambungkan kepadanya. Pada skrin di panel hadapannya terpampang kod "E4".


Jadi, apabila masalah air tidak masuk ke dalam tab mesin, perkara pertama yang perlu dipastikan ialah adakah paip utama sudah dibuka pili paipnya. Setelah diteliti memang sudah dibuka pilinya. Sepatutnya apabila kita masukkan pakaian dan setelah menutup penutupnya kita akan tekan butang ON dan butang START, maka mesin akan bekerja secara automatik.


Melihat mesin itu tidak dapat mengeluarkan air daripada salurannya, saya bertanya kawan untuk memastikan komponen apakah yang bermasalah. Setelah diketahui, komponen yang mengawal air masuk ke dalam tab itu ialah "water inlet valve". Ianya seperti "solenoid valve" yang akan membuka dan menutup saluran apabila ada arus elektrik dialirkan melalui gegelungnya.

Ini gambarnya..


Jika diperhatikan, saluran tempat air keluar ke tab mesin ada dua. Satu untuk air masuk terus melalui saluran masukan di atas dan satu lagi untuk saluran yang menempatkan sabun atau bahan cuci sebelum ia masuk ke dalam tab mesin basuh. Dua saluran ini menempatkan dua gegelung dan dua aci untuk menutup dan membuka saluran air. Gegelung ini menggunakan voltan 240 volt.

Bagi memastikan gegelungnya dalam keadaan baik, kita boleh uji dengan menggunakan multimeter dan menyambungkan secara terus ke bekalan elektrik seperti gambar di bawah ini.


Setelah diuji dengan multimeter dan bekalan 240v, ternyata gegelungnya masih baik, jadi apalah masalah mesin basuh ini? huhuhu..

"Water inlet valve" ini dipasang semula dan mesin basuh di"test" lagi, mana tahu, kot - kot air boleh masuk seperti biasa. Ternyata mesin basuh masih memaparkan kod "E4" dan air masih lagi tidak mahu masuk ke dalam tab mesin basuh. Apabila di"test" dengan "test pen" pada tempat penyambungan wayar di "water inlet valve", ternyata tiada bekalan elektrik yg masuk. Saya pun selongkar mesin basuh itu untuk mencari punca datangnya wayar yang menyambung ke "water inlet valve". Selepas dibuka panel hadapan, akhirnya punca masalah tadi saya ketemu jua di sini.


Elektrik tidak sampai ke "water inlet valve" disebabkan wayarnya terputus di sini. Tikus telah menggigit wayar dan memakannya. Saya periksa di setiap tempat dalam mesin basuh itu untuk memastikan di tempat lain tiada wayar lain yang digigit. Jadi kerja-kerja menyambung semula wayar itu pun bermula.


Setelah wayar disambung semula dan dikemaskan, mesin basuh itu di"test" lagi untuk memastikan ianya boleh berfungsi seperti asal.

Alhamdulillah.. mesin basuh boleh berfungsi seperti biasa.





Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akbar..


Isnin, 9 September 2013

Elakkan meletak peralatan elektrik / buku / kain di bawah penyaman udara.

Assalamua'laikum dan salam sejahtera..

Kali ini saya ingin berkongsi tentang keadaan di mana sebilangan kecil orang suka meletakkan peralatan elektrik / elektronik di bawah unit penyaman udara. Antara peralatan yang paling suka orang letak ialah televisyen. Mungkin ianya nampak menarik dan kelihatan cantik.



                               (Sekadar gambar hiasan)..

Biar saya ceritakan 3 jenis situasi yang saya pernah alami dengan mereka di luar sana. 
Pertama, dalam beberapa bulan yang lepas, ada seorang kenalan mengadu yang tv jenis LCD nya telah rosak. Apabila di onkan tv tersebut, akan keluarlah garis-garis putih di skrin tv itu. Beliau memberitahu sebelum itu ada air yang menitik dari unit penyaman udara (indoor) di ruang tamu, betul-betul di atas tv dan terkena belakang tv, sedangkan tv itu dalam keadaan on. (Kejadian berlaku pada waktu pagi sekitar jam 3.00 - 4.00 pagi, yang mana mereka tertidur di depan tv). Jadi, untuk membaiki tv itu (jenama LG 42 inci LCD) bukan murah kosnya.. huhuhu...

Situasi kedua, di tempat kerja sendiri, di sebuah bilik rakan sekerja. Pada petang hari itu (waktu bekerja), dia terlupa untuk mematikan suis 'aircond' jenis 'split' di biliknya. Apabila beliau masuk bekerja keesokkan paginya, didapati segala fail dan dokumen (kertas) yang berada di bawah unit penyaman udara itu telah basah akibat daripada air yang menitik daripada 'aircond' di biliknya. huhuhu..

Situasi ketiga, di perpustakaan di tempat kerja lama saya. Satu rak buku yang diletakkan di bawah dulang air sebuah aircond jenis 'cassette' telah basah lencun terutamanya barisan buku pada tingkat atas sekali di rak itu. Kejadian disedari pada keesokkan harinya. huhuhu..

Ha, baru saya teringat, bagi sesiapa yang duduk di area Kuching / Kota Samarahan yang pernah pergi ke kedai kain Kamdar di area Stampin (tepi jalan nak masuk ke Sekolah SMK Dato' Patinggi Hj Abd. Ghapor, Stampin), ada sebiji 'aircond' jenis 'cassette' betul-betul di pintu masuk kedai. 'Aircond' itu menitikkan air yang mana tuan kedai terpaksa mengalihkan kain-kain dari tempat air menitik itu dan meletakkan baldi berisi kain buruk untuk menadah air yang menitik itu. Apa yang saya perasan, daripada bulan puasa sehinggalah selepas raya Aidilfitri pun 'aircond' itu masih belum dibaiki.

Jadi, kesimpulannya, janganlah meletakkan sesuatu barang yang sensitif dengan air di bawah unit penyaman udara di rumah anda, di pejabat, di sekolah dan di mana-mana sahaja.. Stay safe! Don't try this! ^_^



Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..