iklan2

Isnin, 5 Ogos 2013

Membersih dan mencuci penyaman udara sendiri..

Assalamua'laikum, salam ramadhan dan salam sejahtera.

Kali ini saya nk post sedikit tentang mencuci dan membersih penyaman udara rumah yang berkapasiti 1 horse power. Entah macamana boleh tertinggal botol "chemical" di rumah. :(
Penyaman udara ini sebenarnya kepunyaan kawan sendiri jugak. Oleh kerana jarak antara rumah saya dengan rumah kawan ini agak jauh dan kalau berulang untuk mengambil botol "chemical", ditambah lagi dengan jalan raya yang sesak (rumah kawan ni terletak di bandar), macam tak berbaloi saja, maka saya memutuskan untuk mencuci menggunakan air dan berus (sikat sirip, berus biasa dan berus gigi) saja.

Unit 'aircond' ini akan dibuka 'indoor' dan 'outdoor' nya supaya senang kerja-kerja mencuci dilakukan. Sebelum itu, pastikan unit ini dibuat 'pump down' bertujuan untuk menyimpan gas di 'compessor'nya. (Rujuk pada yang mahir @ pomen aircond).

1. Bahagian 'indoor' @ bahagian dalam rumah dicabut dan dikeluarkan dari dinding, kemudian setelah dibuka 'casing'nya maka akan kelihatan kipas bulat panjang yang dipanggil 'blower'. 


2. Ini ialah penyejat @ 'cooling coil'. Debu dan habuk akan mudah melekat di kipas 'blower' dan di sirip penyejat.

















3. 'Outdoor' (di sebelah kanan) dikeluarkan dari 'bracket'nya dan dibawa turun.




















4.'Outdoor' sesudah diturunkan..



5. Kipas 'blower' dan sirip penyejat sedang dicuci..





















6. Kerja-kerja mencuci 'outdoor' dengan air, berus sirip (untuk meluruskan sirip yang bengkok), berus biasa dan berus gigi (untuk membersih ruang - ruang yang sempit).




7. Selepas selesai mencuci, membersih unit 'indoor' dan 'outdoor', ia akan dijemur seketika bagi memastikan ianya kering sebelum dipasang semula.


 


8. Selepas dipasang semula unit 'indoor' dan 'outdoor' ini, maka proses - proses ini akan dilakukan bermula dengan mengeluarkan semula gas yang disimpan semasa proses 'pump down' tadi. Pastikan tiada sebarang kebocoran di bahagian paip atau sistem. (Kerja - kerja ini memerlukan peralatan seperti 'manifold gauge' dan 'clamp meter supaya kita dapat memantau tekanan dan ampere yang dihasilkan oleh unit penyaman udara ini). Setelah bacaan tekanan dan ampere unit ini baik dan mengikut spesifikasinya, barulah kita simpan semua peralatan kerja yang digunakn tadi.


9. Kemaskan lubang pada paip yang menyambungkan unit 'indoor' dan 'outdoor' dengan menggunakan simen putih.   


- Subhanallah,
- Alhamdulillah,
- Allahu Akbar..

- Wai Bee,
- Ogos / 2013..

Selasa, 30 Julai 2013

Mengatasi masalah ais yang menebal pada peti sejuk.

Assalamualaikum, salam ramadhan dan salam sejahtera buat pembaca blog yang budiman..
hari ini saya nak update sikit pasal peti sejuk @ peti ais yang mana tempat letak ikan, daging, ayam atau biasa kita panggil 'bahagian freezer' iaitu tempat beku, yang selalu terjadinya ais yang menebal seperti gambar-gambar di bawah ini.

- Peti sejuk A;


- Peti sejuk B;

- Peti sejuk C;

- Peti sejuk D : -





Jadi, jika dibiarkan keadaan ini berlarutan dari hari ke sehari, lama-lama nanti ruang untuk menyimpan makanan lain akan menjadi kecil. Kebiasaanya, peti sejuk yang kerap terjadinya keadaan ais menebal sebegini ialah pada peti sejuk satu pintu, kerana ia menggunakan penyejat @ cooling coil dari jenis 'plate' yg seolah seperti segiempat.

Keadaan ini selain daripada menjadikan ruang tempat menyimpan makanan jadi sempit, ia akan menyebabkan makanan yang tersimpan itu susah untuk dikeluarkan sebab sudah dilitupi oleh ais yang tebal dan keras. Oleh itu, ada 2 cara yang selamat untuk menghilangkan atau membuang ais yang menebal itu.
Pertama, sila tekan butang 'defrost' pada termostat yang berfungsi mengawal suhu di dalam peti sejuk anda. Ini kerana kebanyakkan peti sejuk satu pintu, kita terpaksa menekan butang 'defrost' secara manual jika berbanding dengan peti sejuk 2 pintu dan ke atas.

Peti sejuk satu pintu cuma ada satu sensor untuk mengesan tahap suhu yang disetting oleh pengguna melalui termostat. Manakala peti sejuk 2 pintu dan ke atas, ia mempunyai satu lagi sensor pengesan suhu iaitu jika suhu sudah mencecah contohnya -5 darjah celsius, sensor akan memberitahu kepada 'compressor' supaya berhenti beroperasi dan pada masa ini 'heater' akan mengambil alih tugas untuk mencairkan ais yang menebal tadi. Kerja pertukaran di antara 'compressor' dengan 'heater' ini dikawal oleh 'timer'.

Ok, berbalik kepada cara nak hilangkan ais tadi, jika kita tekan butang 'defrost' ia akan mengambil masa yang agak lama untuk ais menjadi cair. Anda pasti nak cara cepat bukan? hehe.. senang je iaitu dengan cara kedua, kita curah atau siram ais tadi dengan air suam.. haha..
Melalui pengalaman, saya anggarkan masa untuk ais menjadi cair dengan cara menekan butang 'defrost' dan dengan cara mencurah air suam ialah :
- cara 'defrost' = 4 - 5 jam
- cara curah air suam = 20 minit.. hihihi..
percaya tak? anda boleh cuba selepas ini...

(PERINGATAN - JANGAN SESEKALI MENCUNGKIL AIS DENGAN BENDA TAJAM SEPERTI PISAU, GUNTING ATAU SKRUDRIVER..)

tetapi jika anda nak guna juga, silalah berhati-hati ye, saya ulangi silalah berhati-hati.. kerana dikhuatiri nanti anda akan tercungkil dinding penyejat @ 'cooling coil' nya..dan natijahnya nanti anda akan terpaksa mengeluarkan duit untuk membaiki semula tempat yang bocor akibat terkena benda tajam semasa mencungkil ais tadi..

Ok, sila lihat gambar-gambar di bawah ini, (peti sejuk D) semasa dalam proses menanggalkan ais yang tebal dengan cara mencurah air suam ke atasnya.. hehe..

- Mula-mula curahkan sedikit demi sedikit air suam ke ruang bawah;

- curahkan ke bahagian tepi kiri dan kanan juga, nanti ia akan jadi begini..
- kemudian cuba umpil sedikit ketulan ais di bahagian atas sehingga ia akan jatuh ke bawah..

- selepas itu, keluarkan ketula ais di bahagian bawah (luar plat penyejat)..

- akhir sekali, keluarkan lah ketulan ais itu, hehe..


- sekarang ruang beku peti sejuk anda akan menjadi begini..

 - jangan lupa untuk membuang sekali air yang bertakung di dulang buangan air di belakang peti sejuk anda ya.. :)


- Selamat mencuba, dan jumpa lagi.. Wassalam..
- Alhamdulillah..
  Wai Bee / Julai 2013..


Isnin, 10 Jun 2013

Satu belia, satu kemahiran..

Assalamualaikum..

Sedang leka meng'google' blog orang, tiba-tiba terjumpa blog ini.. macam menarik..

"Adakah anda mempunyai kemahiran ? kalau jawapannya ya ..anda seorang yang bijak, tetapi kalau jawapannya tidak ia akan merugikan kehidupan anda sendiri. Dahulu saya hanya lah seorang pekerja kilang sahaja, yang mana bila cukup bulan dapat gaji habis bayar hutang, bila tgk slip bank adalah tinggal beberapa ratus aje untuk belanja sebulan dengan isteri seorang serta anak 4 orang. Semua lelaki pulak tu...anak lelaki faham-faham saje lah bila makan. Kadang-kadang tu seronok tengok diaorang makan........ah....ahhh


Tapi dengan berkat kesabaran alhamdullilah saya boleh menarik nafas lega kerana, dalam keadaan susah nya hendak mencari wang untuk keperluan diri dan keluarga ,saya dapat menimba ilmu dan menjadikan ilmu ini menjadi pendapatan sampingan saya.Sekarang saya ada membuka kedai membaiki barangan elektrik dengan kemahiran saya yang ada.alhamdullilah semua berjalan lancar.

Di dalam website ini saya ingin mengajak saudara dan saudari pakcik-pakcik, abang-abang dan kesemua yang memerlukan kemahiran dan dalam kemahiran tu pulak kita boleh menjana pendapatan pula, saya rasa tak rugi kita belajar.Terutamanya yang masih menganggur, lepasan sekolah, lepasan graduan dan pesara. Kalau sudah ada kemahiran contoh barang elektrik yang boleh kita baiki, tak perlulah kita menghantar ke kedai - kedai untuk diperbaiki dan ini akan menambahkan kos keperluan kita.
Di sini anda akan diajar untuk menjana pendapatan anda sendiri, jangan kita menunggu dan menanti sahaja, sedangkan kita masih pada tahap macam ni aje..buatlah sesuatu untuk menambah pendapatan keluarga dan diri anda.

http://panduanmembaiki.webs.com/