Assalamua'laikum dan salam sejahtera..
Kali ini saya ingin berkongsi tentang keadaan di mana sebilangan kecil orang suka meletakkan peralatan elektrik / elektronik di bawah unit penyaman udara. Antara peralatan yang paling suka orang letak ialah televisyen. Mungkin ianya nampak menarik dan kelihatan cantik.
(Sekadar gambar hiasan)..
Biar saya ceritakan 3 jenis situasi yang saya pernah alami dengan mereka di luar sana.
Pertama, dalam beberapa bulan yang lepas, ada seorang kenalan mengadu yang tv jenis LCD nya telah rosak. Apabila di onkan tv tersebut, akan keluarlah garis-garis putih di skrin tv itu. Beliau memberitahu sebelum itu ada air yang menitik dari unit penyaman udara (indoor) di ruang tamu, betul-betul di atas tv dan terkena belakang tv, sedangkan tv itu dalam keadaan on. (Kejadian berlaku pada waktu pagi sekitar jam 3.00 - 4.00 pagi, yang mana mereka tertidur di depan tv). Jadi, untuk membaiki tv itu (jenama LG 42 inci LCD) bukan murah kosnya.. huhuhu...
Situasi kedua, di tempat kerja sendiri, di sebuah bilik rakan sekerja. Pada petang hari itu (waktu bekerja), dia terlupa untuk mematikan suis 'aircond' jenis 'split' di biliknya. Apabila beliau masuk bekerja keesokkan paginya, didapati segala fail dan dokumen (kertas) yang berada di bawah unit penyaman udara itu telah basah akibat daripada air yang menitik daripada 'aircond' di biliknya. huhuhu..
Situasi ketiga, di perpustakaan di tempat kerja lama saya. Satu rak buku yang diletakkan di bawah dulang air sebuah aircond jenis 'cassette' telah basah lencun terutamanya barisan buku pada tingkat atas sekali di rak itu. Kejadian disedari pada keesokkan harinya. huhuhu..
Ha, baru saya teringat, bagi sesiapa yang duduk di area Kuching / Kota Samarahan yang pernah pergi ke kedai kain Kamdar di area Stampin (tepi jalan nak masuk ke Sekolah SMK Dato' Patinggi Hj Abd. Ghapor, Stampin), ada sebiji 'aircond' jenis 'cassette' betul-betul di pintu masuk kedai. 'Aircond' itu menitikkan air yang mana tuan kedai terpaksa mengalihkan kain-kain dari tempat air menitik itu dan meletakkan baldi berisi kain buruk untuk menadah air yang menitik itu. Apa yang saya perasan, daripada bulan puasa sehinggalah selepas raya Aidilfitri pun 'aircond' itu masih belum dibaiki.
Jadi, kesimpulannya, janganlah meletakkan sesuatu barang yang sensitif dengan air di bawah unit penyaman udara di rumah anda, di pejabat, di sekolah dan di mana-mana sahaja.. Stay safe! Don't try this! ^_^
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..
..sekadar berkongsi maklumat dan bertukar pendapat tentang permasalahan penyaman udara, peti sejuk rumah dan beberapa peralatan elektrik rumah.. sebagai rujukan sendiri di masa lain andai terlupa.. semoga dapat manfaat untuk bersama.. saya beri yang hak dan saya ambil yang hak saja, yang lain-lain jika ada saya pulangkan.. ^_^
iklan2
Isnin, 9 September 2013
Sabtu, 7 September 2013
Cuci 'cooling coil' aircond kereta..
Assalamua'laikum dan salam sejahtera..
Kali ni aku nak cerita sikit bagaimana mencuci penyejat atau 'cooling coil' pada aircond kereta. Kali terakhir aku cuci 'cooling coil' aircond kereta sendiri ialah pada 6/6/2010. huhuhu..
Sebaiknya jika kereta anda sudah mencecah penggunaannya 5 tahun dan ke atas, maka wajarlah anda melakukannya. Itupun jika terdapat tanda2 seperti aircond kurang sejuk, aircond berbau atau aircond langsung tak sejuk. Tetapi jika belum ada tanda2 seperti ini pun boleh juga kalau nak buat lah. hehehe..
Sebenarnya agak rumit jugak kalau nak buka aircond kereta ni berbanding aircond rumah. Ini kerana tempatnya yang sempit (bawah dashboard) tempat duduk penumpang di hadapan. Ia juga berisiko untuk membuatkan penutup dashboard terpatah atau terlonggar semasa kerja-kerja membuka dan memasang dilakukan. Begitu juga dengan klip-klipnya, pasti ada yang terhilang atau terlebih jika selesai kerja-kerja dilakukan (sama juga dgn kerja-kerja aircond rumah) hahaha...
Apapun kita kenalah berhati-hati semasa melakukan apa-apa saja kerja lebih2 lagi yang melibatkan kerja membuka dan memasang ni. huhuhu..
Oklah, mula2 sediakan kereta yang hendak di'kerjakan' itu dan juga peralatan2 yang secukupnya. Begitu juga dengan tenaga kerja yang secukupnya. hihihi..
- Okay, sebelum kerja-kerja membuka dan membawa keluar penyejat dari dalam kereta, pastikan gas aircond kereta sudah di'recovery' ataupun sudah dikeluarkan daripada sistem. Ini kerana dikhuatiri gasnya akan menyembur keluar pada bahagian penyejat yang dibuka. Takut terkena pada mata secara tiba-tiba. Utamakan keselamatan.
- Buka bahagian ini di 'dashboard '..
- Penyejat @ 'Cooling Coil' yang sudah dikeluarkan.. terdapat seekor lipas yang dewasa dari dalam kotak penyejat itu.
- Nampak sedikit berhabuk dan berdebu.. ini mungkin kerana saya sentiasa memastikan yang lapik kaki di bahagian pemandu dan penumpang berada dalam keadaan bersih daripada kekotoran.
- Masa untuk menyembur dengan 'aircond coil cleaner'.. iaitu sejenis 'chemical' khas untuk mencuci penyejat.
- Ini bertujuan untuk memastikan semua bahagian sirip dan lingkaran penyejat dapat dibersihkan daripada kekotoran yang melekat di situ. Sekaligus melancarkan proses penyerapan haba yang berlaku di penyejat.
- Bebuih yang putih akan bertukar menjadi sedikit hitam.
- Untuk melihat videonya, bolehlah klik di sini,
- Kemudian, bilaskan dengan air paip sebelum ditembak dengan angin dari 'air compressor'.
- Setelah itu jemurkan untuk seketika..
- Pasangkan semula pada 'bracket'nya..
- Selain dari 'cooling coil' kipas 'blower'nya pun dikeluarkan dan dibersihkan daripada debu dan habuk..
- Untuk bahagian 'condensor'nya pula, akibat sukar untuk menanggalkan penutup depan kereta, maka bahagian 'condensor'nya dicuci terus begini..
- Isi sedikit minyak pada 'compressor'nya.
- dan jangan lupa tukar ganti 'filter drier'nya..
- Setelah dipasang semula 'cooling coil' kipas 'blower' dan 'filter drier' itu, kereta sekarang akan divakum dan diisi dengan bahan pendingin @ gas R134a.
- Bacaan vakum ialah seperti biasa iaitu -30 in Hg (inci raksa) selama 10 -15 minit.
- Manakala bacaan tekanan semasa mengecas ialah di antara 30 -40 psi bagi tekanan rendah dan tekanan tinggi di antara 150 - 180 psi.
- Terima kasih kepada pelatih-pelatih saya iaitu Nastain, Mohd. Faidth, Hermizi, Abd. Jalil dan kwn2 yang lain kerana tolong saya servis aircond kereta saya.. hehe..
- Apa pun mungkin cara saya ini sedikit berbeza dengan pomen yang lain, tetapi tujuannya tetap sama iaitu untuk memastikan unit penyaman udara kereta berfungsi dengan baik dan yang penting ianya dapat memberi udara yang sejuk, segar dan nyaman.. ^_^
Sekian untuk kali ini..
Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akbar..

-Biarkan ia dalam masa 5 - 10 minit atau sehingga ia tidak mengeluarkan buih lagi.

Blinking Indicator light @ lampu petunjuk berkelip
Assalamua'laikum dan salam sejahtera..
Pernahkah anda mengalami situasi sebegini? Apabila 'aircond' dihidupkan, ia boleh beroperasi dalam masa beberapa jam dan menghembuskan angin sejuk daripada kipas 'blower'nya. Kemudian lampu petunjuknya berkelip-kelip sekaligus rasa sejuk tadi pun berkurangan dan akhirnya ruang bilik menjadi panas. Jika diperhatikan di hadapan 'indoor' memang kelihatan kipas 'blower'nya berpusing tetapi tiada angin sejuk yang dikeluarkan.
Jika penyaman udara di rumah anda ada simptom2 seperti di atas, ada beberapa kemungkinan yang berlaku pada 'aircond' anda. Melalui pengalaman, lampu berkelip2 ini mungkin disebabkan gasnya sudah berkurang, sensor indoornya bermasalah ataupun 'printed circuit board'nya bermasalah. Boleh jadi juga sensor 'outdoor'nya bermasalah. huhuhu..
Apapun, mula-mula cuba periksa tekanannya dengan menggunakan 'tolok pancarongga' atau 'manifold gauge'. Bagi yang belum mengenal alat ini, sila lihat di sini http://www.slideshare.net/Wai_Bee/tolok-tekanan-atau-manifold-gauge . Bagi 'aircond' jenis split berkapasiti 1hp, 1.5hp dan 2hp, bacaan pada tekanan rendahnya ialah sekitar 60 - 70 psi. Ianya bergantung pada bacaan 'ampere' pada setiap unit tersebut.
Jadi, jika didapati bacaannya kurang daripada 60 - 70 psi, sila tambahkan @ top up gasnya. Sebaiknya cari masalah kenapa gasnya boleh berkurangan. Biasanya di bahagian penyambungan atau bahagian injapnya kerap berlaku bocor halus atau bocor kecil. Untuk menambah gas, sila lihat di entri sebelum ini http://www.sejukpeti.blogspot.com/2013/08/mengecas-sistem-penyaman-udara-mengisi.html
Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi ^_^
Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akbar..
Langgan:
Catatan
(
Atom
)