Beberapa bulan yang lepas, mak saudara call suruh check 'stand mixer' dia yang dah lama tak berfungsi.
'Stand mixer' ni agak berat dan kukuh binaannya, jenama Kenwood dan saya diberitahu oleh mak saudara harganya mencecah RM2k.
Mula-mula cari tempat nak buka bahagian dalamnya, ada satu pemusing di tepinya untuk membuka dan melihat bahagian dalamannya. Kemungkinan masalahnya pada bahagian mekanikal atau elektrikalnya. Kena check satu persatu.
Yang penting, check power supply dahulu, ini kerana semua peralatan elektrik akan berfungsi apabila adanya bekalan elektrik diberikan. Jika ada bekalan elektrik tetapi ia tidak berfungsi, barulah kita check di bahagian yang lain.
Setelah dicheck, didapati suis hadnya @ 'limit switch'nya yang bermasalah. Apabila disambung direct @ bypass, 'stand mixer' ini boleh berfungsi. Jadi, saya cari sparepartnya di kedai dan tukar dengan yang baru.
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..
6 ulasan :
Assalam. Saya ada pertanyaan tentang peti ais... Dalam 2, 3 hari ni saya perasan peti ais saya kurang sejuk(terlalu kurang). Peti ais ni jenama samsung...dibeli mungkin sekitar 2 tahun yg lalu-tak ingat sangat. Agaknya, apa masalah dia ye? Adakah mungkin kurang gas atau masalah lain? Tuan boleh datang servis ke rumah ke? Ada no.utk dihubungi? Tkasih.
Waalaikumsalam, cuba tuan baca komen2 dkt thread http://sejukpeti.blogspot.com/2012/03/masalah-peti-sejuk-dan-alternatif.html
mgkin boleh membantu..
Maaf saya tak dpt datang ke rmh tuan, lgpun saya kat Kuchng Sarawak.
Assalamualaikum. Saya ada persoalan berkaitan chiller 3 pintu. Apa punca yg menyebabkan cooling coil chiller membeku slpd compressor nya ditukar?
waalaikumsalam.. saya rasa mgkin kapasiti compressornya lebih besar drpd yg asal atau mgkin gas terlebih isi, Wallahu'alam..
Salam Wai Bee,,
Boleh tahu wai bee org mana?
Salam top rim, kamek urg Kota Samarahan, tima kasih atas penyertaan peraduan ya, kelak kmk mdh sapa pemenangnya
Catat Ulasan