iklan2

Khamis, 19 Julai 2012

Basic Cycle For Refrigeration @ Kitaran Asas Sistem Penyejukbekuan...

Salam buat pembaca blog yang budiman..
Di sini saya ingin menunjukkan tentang 4 komponen asas yang membentuk satu kitaran lengkap yang terdapat di dalam peti sejuk di rumah kita.

4 komponen ini akan berkitar mengikut arah anak panah yang bermula daripada komponen yang bernombor 1 kemudian ke komponen bernombor 2 seterusnya ke komponen bernombor 3 dan akhir sekali ke komponen yang bernombor 4 sebelum ia berkitar semula.

Warna merah pada sebelah kanan gambarajah menunjukkan bahagian tekanan tinggi yang bersuhu tinggi.
Seterusnya bahagian yang berwarna biru menunjukkan bahagian yang bertekanan rendah dan bersuhu rendah.

Sekarang, gambarajah keseluruhannya...
1. HIGH SIDE = Bahagian yang bertekanan tinggi dalam sistem kitaran asas.

2. DISCHARGE LINE = Saluran luahan di mana bahan pendingin berada dalam bentuk wap 
                                       bertekanan tinggi dan bersuhu tinggi.

3. LIQUID LINE = Saluran cecair di mana bahan pendingin berada dalam bentuk cecair yang 
                               bertekanan tinggi dan bersuhu tinggi.

4. LOW SIDE = Bahagian yang bertekanan rendah. Bahan pendingin yang keluar selepas
                            "metering device" ke "evaporator" berada dalam bentuk cecair yang
                            bertekanan rendah dan  bersuhu rendah.

5. SUCTION LINE = Saluran sedutan di mana bahan pendingin berada dalam bentuk wap yang 
                                  bertekanan rendah dan bersuhu rendah.

- Melalui gambarajah di atas, kita dapat perhatikan bahawa kitar penyejukan terbahagi kepada dua bahagian tekanan, iaitu bahagian tekanan tinggi dan bahagian tekanan rendah. Keadaan ini disebabkan oleh peranan komponen di dalam kitar ini.

- Pemampat @ Compressor, berperanan untuk mengekalkan perbezaan tekanan dengan cara menyedut bahan pendingin daripada penyejat @ evaporator dan memampatkannya. Bahan pendingin daripada penyejat yang berbentuk wap bersuhu dan bertekanan rendah dimampatkan menjadi wap bertekanan tinggi oleh pemampat.

- Wap bertekanan tinggi yang telah dimampatkan akan mengalir ke pemeluwap @ condensor dan semua haba daripadanya disingkirkan ke ruang luar. Proses penyingkiran haba ini menyebabkan bahan pendingin memeluwap dan bertukar kepada bentuk cecair bertekanan tinggi. Seterusnya bahan pendingin mengalir  keluar daripada pemeluwap dan melalui saluran cecair ke peranti permeteran @ metering device. Di peranti permeteran, bahan pendingin akan dikawal kadar pengalirannya sebelum ianya memasuki penyejat.

- Bahan pendingin dalam bentuk cecair bertekanan rendah memasuki penyejat dan seterusnya menyerap haba dari ruang yang disejukkan. Proses penyerapan haba akan menyebabkan bahan pendingin tersejat dan bertukar kepada bentuk wap bertekanan rendah. Dari penyejat, bahan pendingin ini disedut oleh pemampat dan kitaran ini akan berulang semula.

Sekian terima kasih.. ^_^

Tiada ulasan :