iklan2

Isnin, 1 Jun 2009

Kenapa peti sejuk boleh rosak?




Sistem Peti sejuk adalah sama dengan sistem Penyaman Udara. Bahan penyejuk akan berputar dari pemampat ke pemeluwap seterusnya ke bahagian penyaring kemudian ke penyejat dan akan kembali ke pemampat semula. Ianya tidak akan bocor atau istilah ‘habis gas’ berlaku kecuali ada puncanya.


Antara penyebab kerosakan pada Peti Sejuk yang kita angggap ianya remeh adalah :-

a)Kerap membuka peti sejuk - Kekerapan membuka pintu peti sejuk akan menyebabkan suhu panas dari luar akan memasuki kabinet kerana haba bergerak dari tempat yang panas ke tempat yang sejuk. Ini juga menyebabkan pemampat akan bekerja lebih yang biasanya akan menyebabkan terjadi timbunan frost di bahagian penyejat. Kerap membuka pintu peti sejuk juga akan mengakibatkan hembusan udara bersuhu rendah dari dalam kabinet akan terkeluar dan ini menyebabkan bahan makanan dan minuman lambat sejuk.


b)Muatan Peti Sejuk - Pemampat bekerja mengikut kapasiti muatan yang tersimpan di dalam peti sejuk. Semakin banyak barangan, semakin banyak kerja pemampat Selain itu juga pastikan makanan dan minuman panas atau suam yang disimpan, dibiarkan pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk supaya mengelakan pemampat bekerja lebih untuk menyejukan makanan atau minuman yang panas tadi.


c)Saluran Paip Limpah (Drain Pipe) - Biasanya ia dipasang pada penyejat untuk mengalirkan air yang berlebihan ketika membuang fros (defrost). Jika tersumbat, cecair yang tersekat tadi kembali membeku. Frost yang berlebihan mungkin akan mengakibatkan terhalangnya pusingan kipas di belakang penyejat.


Tiada ulasan :