iklan2

Isnin, 21 Oktober 2013

Peti sejuk yang bocor pada penyejat @ 'cooling coil' nya.

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

Ramai yang bertanya saya tentang peti ais mereka yang bocor akibat terkena pisau atau skrudriver. Kebiasaannya apabila peti ais satu pintu sudah menebal aisnya (frost), maka kita terpaksa menekan butang defrost untuk mencairkan ais tersebut. Berbanding dengan peti ais dua pintu, ia mempunyai defrost timer yang akan menjalankan proses defrost secara automatik.



Jadi ramai di antara kita memilih untuk memecahkan ais yang menebal dan mengeras dengan menggunakan benda yang tajam. Akibatnya, hujung benda yang tajam itu amat berisiko untuk menerobos dinding penyejat yang amat sensitif itu. Gambar ini menunjukkan contohnya, di mana tuannya telah menggunakan skrudriver. Nampak tak kesan kemek akibat tusukan srudriver itu?

 - Kelihatan sedikit minyak yang telah keluar dari tempat yang berlubang..

- Tempat yang bocor telah ditanda bulat.















Kemudian tempat yang bocor ini akan dibuat tampalan. Ada yang menggunakan gam khas, ada yang menggunakan rod aluminium dan ada yang menggunakan rod "heat seal stick". Kadang2 proses menampal ini berisiko untuk menjadi tersumbat pada lubang yang bocor tadi. Jadi tindakan berhati2 amat dititik beratkan.


Setelah ditampal, ia kemudian dikemaskan lagi dengan menyembur @ mengecat semula tempat yang telah ditampal tadi dengan cat putih. Akhirnya ia akan menjadi seperti ini,



Selepas ini, peti ais ini akan ditukar minyak pemampat atau ditambah sedikit minyak pemampat, di'flushing', ditukar strainer, divakum dan di'charging' mengikut prosedur yang betul.



Sekian untuk kali ini,

Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..

42 ulasan :

akmalahmat berkata...

kos berapa untuk kerja camni tuan?

Wai Bee berkata...

dlm rm100 - 130 tuan..

Halimah Jonggang berkata...

dia bole tahan lama mana ye.. tuan services area mane je?

Wai Bee berkata...

Lama jugak.. Sampai peti ais rosak dan berkarat.. Sy di Kuching Sarawak..

AIMI FARHANA BT YUSNI berkata...

assalam Wai Bee. sye Ana dr Semenanjung. sye susah hati. boleh tampal sprt di atas ke jika yg bocor adalah di bhgian lantai bkn dinding mcn ats? akibat bocor disebababkan belahan pisau..need advise.tq

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam aimi..
InshaAllah boleh ditampal.. kena pastikan lubang dia x terlalu besar.. sebab risiko utk tersumbat. Tanya kedai yg berdekatan dgn tmpt tinggal awak..

AIMI FARHANA BT YUSNI berkata...

boleh ditampal dgn hot heal stick jugak ke? or somethg else. dan bp kos tampalan utk lantai? belahan skit je sbb kne muncung pisau :(

Wai Bee berkata...

boleh je.. tentang kos tu bergantung pd kedai.. kena servay tanya dulu la.. awak duduk area mana?

AIMI FARHANA BT YUSNI berkata...

Petaling Jaya

Wai Bee berkata...

aimi, cuba contact en tarmizi 01125689571 utk tanya dia klu dia boleh dtg repair peti ais awk.. dia duduk putrajaya - bangi - kajang

AIMI FARHANA BT YUSNI berkata...

adehh jauh tu. Wai Bee xde contact repair di pj,tmn medan, sunway, subang jaya dan seangkatan dgnnya?

Lela Alem berkata...

Blh mtk no contact x?kmk mok repair ptiais kmk.kmk d kuching..atau boleh email ke norlela.alem@gmail.com

Z_C berkata...

Salam Wai Bee. kes peti sejuk saya sama seperti yang tertera di blog tuan. cuma lubang yang saya cucuk berada di bahagian bawah cooling coil. saya sekarang duduk di Bedong, Kedah. saya sudah tanya dengan pomen di kawasan saya. dia kata kos baiki kerosakan seperti ini antara RM300-RM400. saya rasa macam ada yang tak kene. tampal dan isi gas pun sampai RM400?? repair air-cond kereta saya pun akibat lubang bocor tak de lah setinggi tuh. mohon pencerahan tuan. terima kasih!

Wai Bee berkata...

Salam zc.. saya rasa caj itu agak mahal.. tp tak pasti kenapa, mgkin pomen tu ada alasan tersendiri. Contohnya mgkin dia guna gas yg mahal, tools yg mahal utk buat kerja.. biasanya kat tmpat sy tak sampai rm200 pun..

Z_C berkata...

Wai Bee ada kenalan ke kat kawasan sungai petani kedah yang mungkin boleh tolong membaiki peti sejuk saya? sebab peti sejuk saya ni baru beli. umur tak sampai setahun. nak beli baru macam rasa membazir pulak. terima kasih sebab sudi jawab soalan saya.

nor afzan berkata...

Salam

Saya punya peti sejuk dua pintu, sudah setahun tak dihidupkan sebab tak guna. Sekarang nak guna bila on dia tak sejuk.
Baru sorang technician cek, dia kata coil bocor banyak tempat (saya tak tengok dia buat di tempat dia). Anggaran kos untuk welding semua RM390, kalau kena tukar (apatah, coil agaknya) RM450.

Hmmmm... Saya nak survey dulu.
Kalau tuan ada kontak di Johor Bahru?

Wai Bee berkata...

Salam nor afzan.
Peti sejuk 2 pintu jarang bocor pd cooling coil. X pernah lg sy jmpa setakat ini. Klu pomen tu kata caj sbyk itu, baik awak beli peti sejuk yg baru, tambah sikit rm dh dpt peti sejuk satu pintu..

nor afzan berkata...

Itulah, saya pun tak tahu gambarannya. Tapi saya cakap dgn dia tak proceed, ambil balik. Ada lagi sorang quote saya rm250 lps nego, dia belum tengok lagi, ada waranty 6bulan.

Tapi ada juga orang kata kalau kerosakan macam tu, walau dah betulkan dia tak akan tahan lama, nanti jadi lagi, lebih baik beli baru. Betulkah tuan?

Wai Bee berkata...

kebanyakannya begitu, tp ada juga yg ok..

Remy Romly berkata...

Tuan sllu peti ais mcm ni pkai gas apa???

Wai Bee berkata...

Gas R134a

eira berkata...

tuan wai bee sy pakai peti 2 pintu smsung..tmpt air batu sy sjuk tp xbeku kenapa ya?apa mslhnye..

Wai Bee berkata...

Eira, mgkin setting termostat low. Atau pun mgkin masalah defrost termostat kat tmpt cooling coil dia..

faizah berkata...

Assalamualaikum en. Buat servis repair peti ais tak? Area samarahan

Wai Bee berkata...

Waalaikumsalam.. buat masa ni tak.. cuma jd penasihat je klu ada problem peti ais :)

faizah berkata...

Haritu sy ada repair peti sejuk, sbb trcucuk pisau. Peti satu pintu. Dah di tampal, letak gas semua. Org tu ambil rm300. Tapi peti ais masih tak sejuk lepas tu. Kenapa jd mcm tu ya?

Wai Bee berkata...

Kesiannye.. abis tu panggil balik org tu utk baiki semula sbb mesti ada warranty dia bagi.. awk samarahan kat mana?

faizah berkata...

Dah. Dia kata komposer rosak. Kalau repair komposer tu selalu kena charge dlm range berapa? Area summer mall.

Wai Bee berkata...

Alahai.. Kalu ikutkan mesti ada warranty drpd pomen yg repair sblm ini. Sbbnya slps dia repair peti ais tu tiba2 compresor pulak rosak. Klu dia buat kerja dgn jujur, dia kena bgtau awal2 sblm dia repair yg compresor pun rosak. Ini tidak, bila dh siap repair pertama dan dpt rm300 tp apabila dipanggil semula dia boleh kata compresor yg rosak. Klu awk repair compresor tu maunya awk kena caj dlm rm400 dan lebih. Jd jmlah itu adalah berbaloi klu awk beli satu peti ais yg baru.. :(
Sy pun duduk x jauh area summer mall :)

faizah berkata...

Ada cadangan, apa yg perlu sy buat ni? Repair or tak payah? :-(

Wai Bee berkata...

Cadangan sy ialah awk x payah repair.. sebaiknya awk beli peti ais baru :)

Unknown berkata...

Nk tnya, saya punya pon ada masalah yg sama, sbb terkena pisau, nk repair area port Dickson ada tak mana2 kenalan...

Wai Bee berkata...

Maaf, sy x tau :(

mohd azarul berkata...

Salam, peti ais saya juga mengalami perkara yg sama dan saya tinggal di kota samarahan. Boleh tak bagi nombor tempat yg boleh repair peti ais ni di area yg berdekatan? Tq

Wai Bee berkata...

Salam.. Maaf ye saya pun x pasti..

Nur Syaakirah berkata...

Salam en wai bee, boleh sy tnya. Sy ada masalah spt yg tertera tercucuk pisau ketika mmbersihkan peti ais. Dan kebocoran berlaku pada 2 hari lepàs, dan semalam baru sedar bahawa peti ais atas sudah tidak berfungsi.. Terdapat technician yg berpendapat bahawa peti ini mungkin kondisi 50-50 sahaja peratus ok untuk dibetulkan. Ia nya disebabkan kebocoran gas berlaku sudah agak lama dan suis peti tidak dimatikan. Jadi, apakah benar bahawa masalah sedemikian peratusan ok tu hanya 50% sahaja?

Wai Bee berkata...

Salam kembali..
Sebenarnya ia boleh dibaiki dan sy bg percentage dlm 90% boleh dibaiki. Dengan syarat, kena buat flushing - utk mengeluarkan wap2 air dlm sistem dan tukar myk compresor kerana dikhuatiri bercampur dgn air.. caj dlm lingkungan rm150-250

Jenahak berkata...

ha ada nexttime kalau jadi call 0182760216

Nur Syaakirah berkata...

Terima kasih cik wai bee atas feedback yg diberikan. Ade tak no contact technician area petaling jaya? Sebab dah dua kali datang repair tp tak mnjadi

Jenahak berkata...

ada 0182760216 hafix

Wai Bee berkata...

tu ada yg reply dan bg no tu, tq tuan 😊

Syatir Tahar berkata...

Salam Encik Wai bee, saya tinggal di Kota Samarahan. Encik masih baiki peti ais yang bocor gas tercucuk pisau? Kalau tak encik ada nombor telefon technician lain boleh dicadangkan? Terima kasih sgt.