iklan2

Isnin, 1 Jun 2009

Panduan Memilih @ Membeli Peti Sejuk Baru Atau Terpakai

PETI SEJUK BARU - Hari ini begitu banyak model dan jenama peti sejuk yang berada dipasaran. Daripada jenis mini bar, satu pintu, dua pintu, tiga pintu hinggalah kepada empat pintu. Terpulang pada diri dan poket anda sendiri. Tepuk dada tanya selera.
Setelah anda memilih peti sejuk pilihan hati, lihat dan perhatikan secara visual setiap bahagiannya daripada bahagian luar dan bahagian dalamannya. Jika boleh, suruh pekedai memasang @ mengujinya untuk memastikan peti sejuk itu tidak rosak atau ada kecacatannya. Periksa kad jaminan (warranty card) dan tanya berapa tahun jaminan terhadap peti sejuk itu.

PETI SEJUK TERPAKAI - Perhatian dengan lebih terperinci dilakukan sebelum membeli peti sejuk terpakai. Mula-mula perhatikan keseluruhan badan peti sejuk itu, pastikan tiada tanda berkarat atau kesan cat semula untuk menampal kesan karat Begitu juga dengan getah penebat pintu, jika sudah lusuh atau kurang melekat jika ditutup semula, cari peti sejuk yang lain pula. Pusing dibahagian belakang peti sejuk dibahagian pemampat, perhatikan kesan kimpalan di sekeliling rumah pemampat, jika kesan kimpalan maish halus dan elok, bermakna tiada ubahsuai dilakukan ke atas pemampat tersebut.
Seterusnya perhatikan hujung paip yang terpotong diantara tiga batang paip kuprum yang bersambung dengan pemampat, jika masih elok dan tiada kesan kimpalan semula, bermakna ianya belum diubah suai atau belum ada pengisian gas semula telah dilakukan. Onkan unit dan dengar bunyi pemampat samaada bising atau senyap, Jika bising bermakna pemampat kurang baik prestasinya mungkin kerana minyak pemampat sudah berkurangan atau sudah kotor ataupun injap di dalam pemampat sudah haus. Matikan unit dan rasa dengan tangan dibahagian pemaipan, jika ada kesan licin berminyak, bermakna ada gas (bahan pendingin) yang bocor. Jika anda menjumpai peti sejuk terpakai yang masih elok untuk digunakan tanya warranty berapa lama dan juga harga yang ditawarkan.

Tiada ulasan :