iklan2

Rabu, 24 Disember 2014

Servis aircond kereta Pajero..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Beberapa minggu lepas, rakan sepejabat telah menyuruh saya untuk memeriksa sistem aircond kereta pajeronya. Ini kerana dia telah membawa keretanya ke kedai dan tauke kedai hanya mengisi gas sahaja kemudian siap. Dia memberitahu saya, tauke kedai menggunakan gas R134a tanpa menukar minyak pemampatnya. Keesokan harinya aircond kereta dia jadi panas semula.

Setelah diteliti secara kasar, didapati salah satu valve pada pemampatnya sudah rosak. Ini menyebabkan gas keluar melaluinya. Setelah diganti dengan yang baru, sistem dicheck kebocorannya melalui pam vakum dan buih sabun.




Kemudian sistem dicaj dengan gas R12.


Tekanannya adalah sekitar 34 psi.


Manakala suhu pada blowernya kita dapat 3.5 darjah celcius. Sebab itu ramai orang kata gas R12 lebih sejuk berbanding gas R134a. 

Selesai sudah.. :)



Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..





Jumaat, 5 Disember 2014

Menservis Display Chiller..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ini sebuah unit 'Display Chiller' @ 'Showcase Chiller' tidak sejuk seperti sediakala.


Setelah dibelek dan diteliti, tidak pula terjumpa spesifikasi unit ini, maksudnya maklumat teknikalnya seperti ampere, jenis gas (refrigerant), kandungan isi gas dan lain-lain. Jadi setelah digoogle pada model pemampatnya barulah dapat sedikit maklumat iaitu ia menggunakan gas R22 seperti penyaman udara rumah.

Kemudian saya dan seorang lagi rakan melihat di bahagian 'condensing unit' nya yang mengandungi compresor, condensor dan expansion valve. Ianya terletak di bahagian atas unit ini.



Nampaknya sirip dibahagian condensornya begitu kotor dan menutup keseluruhan permukaan sirip condensor. Bermakna tugas condensor untuk menyingkirkan haba telah terjejas di sini. Jadi ianya perlu dicuci. Sebaiknya dengan 'coil cleaner' supaya ia menyerap kekotoran yang terhasil daripada habuk dan minyak (daripada dapur memasak).


Kikis habuk dan kotoran itu dengan fin comb atau sikat sirip.

 

 Tebalnya habuk dan kotoran itu lebih kurang 1 cm.


Selepas habis disikat, ianya akan disembur dengan 'coil cleaner' tetapi masa ini saya tidak bawa bersama cleaner tersebut, maka akan dibuat lain kali :).


Kipas condensor akan dicuci sekali.


Ini adalah filter drier. Sebaiknya ia ditukar yang baru untuk memberi prestasi yang lebih baik. Tetapi sebelum itu unit akan diflushing untuk mengeluarkan apa-apa kekotoran dan lembapan yang tertinggal di dalam sistem pemaipannya.


Selepas diflushing, kita akan pasang semula filter drier yang baru. Sebelum mengetatkannya, kita flushing sekali lagi supaya angin akan keluar dihujung filter yang belum diketatkan yang menuju ke cappilary tube. Ataupun kita boleh memvakum sistem ini dengan menggunakan pam vakum.


Selepas itu kita periksa secara keseluruhannya daripada kebocoran terutamanya dibahagian-bahagian penyambungan paip kuprumnya.


Akhir sekali, unit divakum dan diuji kebocoran (melalui manifold gauge) dan 'leak detector' jenis sabun. Kemudian unit dicaj dengan R22 dengan tekanan 18 psi - 20 psi. Ampere lebih kurang 4.8 ampere.

* Unit display chiller ini begitu berdekatan dengan tempat dapur memasak dan tempat menyimpan air panas, jadi keadaan ini amatlah tidak baik untuk prestasi unit ini kerana ia akan mengganggu peredaran haba oleh compresor dan condensor yang terdapat di atas dan di tepi bahagian unit.

Sekian coretan kali ini.


Subhanallah,
Alhamdulillah, 
Allahu Akbar..



Rabu, 26 November 2014

Mesin basuh semi auto tidak mahu spin

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ini adalah mesin basuh semi automatik. Ia mempunyai dua tempat iaitu sebelah kiri untuk 'wash' dan sebelah kanan untuk 'spin'. 



Kali ini mesin basuh semi auto ini tidak dapat memutar @ spin, tetapi wash dia dapat. Setelah diperiksa, kerosakan berpunca daripada motor spin itu sendiri. Jadi, terpaksa tukar sebiji motor spin. Sebelum menukar motor spin, mesin basuh kena dibaringkan untuk memudahkan kerja-kerja dilakukan.


Buka penutup belakang, dan cabut tali yang digunakan untuk memberhentikan putaran motor ketika penutupnya dibuka (child safety) dan buka juga tali untuk drain seperti yang dibulatkan dalam gambar di bawah.


Buka skru-skru yang ada di tepi mesin basuh tersebut. Beginilah rupa motor spin tersebut.


Kemudian buka motor spin dengan menggunakan spannar.


 Setelah dibuka skru yang menyambungkan motor dengan body mesin basuh melalui shaft, maka kita akan dapat memisahkan body bahagian bawah dan bahagian atas mesin basuh.


Cabut dan bawa keluar motor spin tersebut. Kelihatan gegelungnya memang sudah berkarat kerana terkena percikan air bilasan. Ini disebabkan getah o ring dari bahagian atas motor yang bersambung dengan shaft telah terkoyak. 



Sekarang masa untuk menggantikan motor yang lama yang telah rosak dengan yang baru.


 Selepas motor dipasang semula, getah o ring yang hitam pun akan diganti, untuk memasukkannya kenalah buka daripada atas.


Akhir sekali, kapasitor untuk wash dan spin pun ditukar kerana yang lama sudah berkurangan casnya.
Untuk wash 10uf dan untuk spin 4uf.


Kemudian mesin basuh ditest prestasinya.. Alhamdulillah semunya ok :)




Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..