Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kali ini sebuah unit 'Display Chiller' @ 'Showcase Chiller' tidak sejuk seperti sediakala.
Setelah dibelek dan diteliti, tidak pula terjumpa spesifikasi unit ini, maksudnya maklumat teknikalnya seperti ampere, jenis gas (refrigerant), kandungan isi gas dan lain-lain. Jadi setelah digoogle pada model pemampatnya barulah dapat sedikit maklumat iaitu ia menggunakan gas R22 seperti penyaman udara rumah.
Kemudian saya dan seorang lagi rakan melihat di bahagian 'condensing unit' nya yang mengandungi compresor, condensor dan expansion valve. Ianya terletak di bahagian atas unit ini.
Nampaknya sirip dibahagian condensornya begitu kotor dan menutup keseluruhan permukaan sirip condensor. Bermakna tugas condensor untuk menyingkirkan haba telah terjejas di sini. Jadi ianya perlu dicuci. Sebaiknya dengan 'coil cleaner' supaya ia menyerap kekotoran yang terhasil daripada habuk dan minyak (daripada dapur memasak).
Kikis habuk dan kotoran itu dengan fin comb atau sikat sirip.
Tebalnya habuk dan kotoran itu lebih kurang 1 cm.
Selepas habis disikat, ianya akan disembur dengan 'coil cleaner' tetapi masa ini saya tidak bawa bersama cleaner tersebut, maka akan dibuat lain kali :).
Kipas condensor akan dicuci sekali.
Ini adalah filter drier. Sebaiknya ia ditukar yang baru untuk memberi prestasi yang lebih baik. Tetapi sebelum itu unit akan diflushing untuk mengeluarkan apa-apa kekotoran dan lembapan yang tertinggal di dalam sistem pemaipannya.
Selepas diflushing, kita akan pasang semula filter drier yang baru. Sebelum mengetatkannya, kita flushing sekali lagi supaya angin akan keluar dihujung filter yang belum diketatkan yang menuju ke cappilary tube. Ataupun kita boleh memvakum sistem ini dengan menggunakan pam vakum.
Selepas itu kita periksa secara keseluruhannya daripada kebocoran terutamanya dibahagian-bahagian penyambungan paip kuprumnya.
Akhir sekali, unit divakum dan diuji kebocoran (melalui manifold gauge) dan 'leak detector' jenis sabun. Kemudian unit dicaj dengan R22 dengan tekanan 18 psi - 20 psi. Ampere lebih kurang 4.8 ampere.
* Unit display chiller ini begitu berdekatan dengan tempat dapur memasak dan tempat menyimpan air panas, jadi keadaan ini amatlah tidak baik untuk prestasi unit ini kerana ia akan mengganggu peredaran haba oleh compresor dan condensor yang terdapat di atas dan di tepi bahagian unit.
Sekian coretan kali ini.
Subhanallah,
Alhamdulillah,
Allahu Akbar..