iklan2

Selasa, 6 Ogos 2013

Membaiki kipas rumah yang perlahan pusingannya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Biasanya di rumah-rumah kediaman, ada beberapa jenis kipas yang biasa digunakan seperti :

1. Kipas berdiri;


2. Kipas siling;

 3. Kipas dinding;


Jadi, pernahkan kipas di rumah anda menjadi perlahan pusingannya walaupun sudah ditekan butang maksima?
Jika ya, pasti kita akan tertanya-tanya kenapa ia menjadi perlahan begitu. Bagi mereka yang ada belajar tentang elektrik, pastinya mereka sudah boleh mengagak apa masalahnya. Cuma bagi mereka yang tidak tahu atau kurang arif tentang peralatan elektrik, mereka akan menjadi bingung.

Biasanya masalah kipas menjadi perlahan adalah disebabkan oleh 'kapasitor' nya sudah menjadi lemah atau rosak. Tugas kapasitor ini ialah menyimpas cas elektrik sebelum ia dilepaskan ke peralatan yang dipasang kepadanya.

Beginilah rupanya kapasitor itu..


Nilainya dibaca mengikut nilai uF @ mikro farad. Kipas yang kecil biasanya ia menggunakan kapasitor bernilai 1uF, 1.2uF atau 1.5uF. Biasanya kipas berdiri yang banyak menggunakan kapasitor ini.
Kipas yang sederhana besar menggunakan kapasitor dengan nilai 2.0uF dan 2.5uF. Biasanya untuk kipas siling dan kipas dinding. Manakala untuk nilai seperti 5uF, kipas berdiri jenis industri yang banyak menggunakan kapasitor jenis ini. Selain itu, kipas di dalam peti sejuk dan unit penyaman udara pun menggunakan kapasitor bernilai 5uF. Manakala untuk mesin basuh pula, biasanya ia menggunakan kapasitor bernilai 8uF, 9uF, 10uF dan ke atas.



- Kipas siling yang menggunakan kapasitor bernilai 2.0uF.


- Kipas berdiri yang menggunakan kapasitor bernilai 1.5uF.

Selain daripada bentuk segiempat hitam, ada juga kapasitor berbentuk bulat dan berwarna putih..


Gambar ini pula ialah kipas siling jenis lama dengan kapasitornya pun jenis lama.




- Untuk kipas siling jenis kawalan jauh pun ada menggunakan kapasitor, tetapi ia menggunakan 4 biji kapasitor, 3 biji untuk kawalan kelajuan no.1, no.2 dan no. 3, manakala satu lagi kapasitor digabungkan untuk daya kilas permulaan. Kapasitor itu berwarna coklat berbentuk segiempat.
 Lihat gambarajah di bawah..


Apa pun, jika kipas di rumah kita berpusing perlahan, kita cuba dulu tukar kapasitornya. Andai kata masih juga bermasalah, sila rujuk pada juruelektrik atau mereka yang pakar untuk mengatasi puncanya. :)


Sekian coretan untuk kali ini, jumpa lagi InshaAllah..

- Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..
- Wai Bee, Ogos 2013, KL.

Isnin, 5 Ogos 2013

Membersih dan mencuci penyaman udara sendiri..

Assalamua'laikum, salam ramadhan dan salam sejahtera.

Kali ini saya nk post sedikit tentang mencuci dan membersih penyaman udara rumah yang berkapasiti 1 horse power. Entah macamana boleh tertinggal botol "chemical" di rumah. :(
Penyaman udara ini sebenarnya kepunyaan kawan sendiri jugak. Oleh kerana jarak antara rumah saya dengan rumah kawan ini agak jauh dan kalau berulang untuk mengambil botol "chemical", ditambah lagi dengan jalan raya yang sesak (rumah kawan ni terletak di bandar), macam tak berbaloi saja, maka saya memutuskan untuk mencuci menggunakan air dan berus (sikat sirip, berus biasa dan berus gigi) saja.

Unit 'aircond' ini akan dibuka 'indoor' dan 'outdoor' nya supaya senang kerja-kerja mencuci dilakukan. Sebelum itu, pastikan unit ini dibuat 'pump down' bertujuan untuk menyimpan gas di 'compessor'nya. (Rujuk pada yang mahir @ pomen aircond).

1. Bahagian 'indoor' @ bahagian dalam rumah dicabut dan dikeluarkan dari dinding, kemudian setelah dibuka 'casing'nya maka akan kelihatan kipas bulat panjang yang dipanggil 'blower'. 


2. Ini ialah penyejat @ 'cooling coil'. Debu dan habuk akan mudah melekat di kipas 'blower' dan di sirip penyejat.

















3. 'Outdoor' (di sebelah kanan) dikeluarkan dari 'bracket'nya dan dibawa turun.




















4.'Outdoor' sesudah diturunkan..



5. Kipas 'blower' dan sirip penyejat sedang dicuci..





















6. Kerja-kerja mencuci 'outdoor' dengan air, berus sirip (untuk meluruskan sirip yang bengkok), berus biasa dan berus gigi (untuk membersih ruang - ruang yang sempit).




7. Selepas selesai mencuci, membersih unit 'indoor' dan 'outdoor', ia akan dijemur seketika bagi memastikan ianya kering sebelum dipasang semula.


 


8. Selepas dipasang semula unit 'indoor' dan 'outdoor' ini, maka proses - proses ini akan dilakukan bermula dengan mengeluarkan semula gas yang disimpan semasa proses 'pump down' tadi. Pastikan tiada sebarang kebocoran di bahagian paip atau sistem. (Kerja - kerja ini memerlukan peralatan seperti 'manifold gauge' dan 'clamp meter supaya kita dapat memantau tekanan dan ampere yang dihasilkan oleh unit penyaman udara ini). Setelah bacaan tekanan dan ampere unit ini baik dan mengikut spesifikasinya, barulah kita simpan semua peralatan kerja yang digunakn tadi.


9. Kemaskan lubang pada paip yang menyambungkan unit 'indoor' dan 'outdoor' dengan menggunakan simen putih.   


- Subhanallah,
- Alhamdulillah,
- Allahu Akbar..

- Wai Bee,
- Ogos / 2013..