iklan2

Jumaat, 7 Oktober 2011

Mengecas Menggunakan Silinder Pengecas (Charging Cylinder)

Salam...
Minggu lepas saya telah melakukan kerja-kerja mengecas peti sejuk dengan menggunakan silinder pengecas. Melalui cara ini, bahan pendingin dapat dimasukkan ke dalam sistem peti sejuk dengan lebih tepat iaitu tidak kurang dan tidak lebih. Langkah-langkahnya ialah seperti berikut :

1. Sediakan peralatan-peralatan seperti :
    - Tolok pancarongga;
    - Pam vakum;
    - Bahan pendingin R134a;
    - Silinder pengecas.

2. Masukkan bahan pendingin secukupnya daripada tong R134a (13.5kg) ke dalam silinder pengecas mengikut kadar unit peti sejuk iaitu 90 gram. Sebelum itu, laraskan getah hitam pada sukatan 90g.


3. Lakukan pengungsian (vakum) pada unit.


4. Selepas vakum, sambungkan hos servis (kuning) pada injap pengecas dan lakukan pelegaan (purging). Ini bertujuan membuang udara yang ada di dalam hos servis semasa memindahkannya dari pam vakum.



5. Semasa mengecas, sistem adalah dalam keadaan off, buka injap servis (tombol biru) dan biarkan bahan pendingin dalam bentuk gas perlahan-lahan masuk ke dalam sistem. Biarkan kira-kira 5 minit sebelum unit dihidupkan. Jika buih terjadi di dalam silinder pengecas, injap servis hendaklah ditutup dan goncangkan silinder ke atas dan ke bawah beberapa kali. Jangan terlalu lama, kemudian bolehlah mengecas semula.

6. Jika tekanan dalam pengecas menjadi seimbang, kita boleh menambah tekanan pada pengecas dengan menggunakan air suam untuk memanaskanya apada suhu lebih kurang 51 darjah celcius. Sesetengah silinder pengecas disertakan dengan heater sebagai pemanas. Jangan gunakan api untuk memanaskan silinder.

7. Setelah casnya cukup, buat kapitan (pinching) pada tiub servis dan potong kemudian silfoskan (pateri dengan silfos rod).


Isnin, 12 September 2011

tukar pemampat peti sejuk...

Salam Aidilfitri...
Alhamdulillah.. Mggu lepas aku ada buat sikit kerja iaitu menukar pemampat peti sejuk. Pemampat yg asal sudah rosak, langsung tiada reaksi kalau di ON dan overload terus panas melampau...
Jadi aku ambik pemampat drpd peti sejuk lain (satu pintu) try masuk kat peti sejuk 2 pintu, Alhamdulillah ok setelah di test selama 3 hari...
Alhamdulillah...
Tarikh kerja amali : hari Khamis 8/Sept/2011
Tempat : Bengkel PPUK.




















8/9/2011 - masih guna strainer asal...

























petang 8/9/2011 tu tukar strainer baru tu yg jd baring tu.. huhuhu...

Jumaat, 12 Ogos 2011

saja nak edit...


Salam...
Hari ni dah masuk hari ke 12 umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan 1432H... Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...