iklan2

Khamis, 10 Februari 2011

membaiki peti sejuk 2 pintu - samsung

Salam... setahun tak update blog ni... huhu... maksudnye takde kerja2 yang dilakukan...
cuma semalam aku dan sorang budak ikbn bm Peter pegi repair sebuah peti sejuk 2 pintu jenama samsung...
Puncanya suis utama (MCB) di rumah tu trip / turun. Jadi selepas di periksa, didapati ia berpunca drpd peti sejuk 2 pintu ini... Wlupun unit lama dah off, tapi suhu panas pd body compressor / pemampat dia terlalu panas... jadi Peter kata, minyak compressor dah takde, ia disebabkan semasa pengangkutan iaitu semasa mengangkat unit tersebut secara baring 180 darjah... selepas sampai di destinasi, unit itu terus di Onkan... Jadi minyak compressor belum sempat turun sepenuhnya ke dalam compressor, menyebabkan ia dikitar sekali bersama-sama dengan bahan pendingin (gas).... huhuhu...
gambar akan menyusul....

Gambar belakang peti sejuk sebelum kerja-kerja dimulakan, hehe..
Buka takungan air limpah (drain pipe) yang berada di atas pemampat.

Antara peralatan-peralatan yang diperlukan untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih peti sejuk. (R22 tu sebenarnya sebagai ganti Nitrogen untuk kerja "flushing" dan membersih sistem paip peti sejuk daripada sebarang kesumbatan dan kekotoran).
Mula-mula cabutkan injap pada servis valve yang asal sebelum dimasukkan dengan "access valve" untuk memudahkan kerja-kerja ^_^.










Panaskan paip saluran discharge sebelum mencabutnya...



Cabut saluran "discharge".

Seterusnya cabut saluran "suction" sebelum pemampat dibawa keluar daripada unit.
Jeng jeng.. pemampat sudah di bawa keluar dari unit peti sejuk... Lepas ni mudah sikit untuk melakukan kerja-kerja pembaikan ke atas pemampat ini.
Sambungkan access valve pada discharge pipe..
Selepas siap dipasang access valve..
Sambungkan ke gas R22 utk melakukan 'flushing' dibahagian pemeluwap sehingga ke bahagian strainer..
Flush...
Tukar access valve ke paip suction pulak..
Flush di bahagian penyejat ke tiub kapilari.
Pada bahagian ini, terdapat banyak minyak yg keluar, bermakna minyak drpd pemampat sudah terbawa ke dalam sistem.
Persediaan sebelum mengisi minyak yang baru ke dalam pemampat.
Selepas diisi minyak, check terminal pemampat dengan menggunakan multimeter.
Check juga terminal ke body pemampat.

Sambung semula paip discharge dan paip suction dengan kaedah brazing.



Vakum dahulu unit sebelum diisi gas bahan pendingin. Selepas divakum, barulah kita charging dengan gas r134a.
Alhamdulillah... selepas di test run, unit dalam keadaan yang memuaskan...

Ahad, 30 Januari 2011

Rabu, 16 September 2009

Panduan Penjagaan Peti Sejuk Rumah

Salam...
saja nak update...

ANTARA PANDUAN DAN TIP UNTUK MENJAGA PETI SEJUK DI RUMAH ANDA...
a) Jangan buka peti sejuk terlalu lama kerana udara sejuk akan keluar dan boleh
meninggikan suhu di dalam peti sejuk sekaligus meninggikan penggunaan kuasa elektrik.

b) Jangan isi peti sejuk dengan muatan yang berlebihan kerana ia akan mengurangkan ruang udara dan menghalang udara sejuk beredar ke seluruh ruang.

c) Makanan segar elok dibungkus dengan plastik bagi mengekalkan kesegaran dan mengelakkan makanan daripada berbau.

d) Sejukkan makanan/minuman terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana ia dapat menghindarkan pembentukan bekuan yang berlebihan yang akan mengurangkan kesan penyejukan.

e) Jangan simpan makanan/minuman di dalam bekas kaca di dalam ruang sejukbeku kerana ia boleh pecah apabila ia beku.

f) Apabila hendak keluar bercuti,cabut palam kuasa,kosongkan peti sejuk,basuh bahagian dalam peti sejuk dengan kain basah dan buka sedikit pintu sejuk supaya tidak berbau.

g) Paip pengering mullion dan paip pemeluwapan dalam mengalirkan gas Freon yang panas ke sekeliling badan peti sejuk bagi mencegah pemeluwapan di permukaan dan badan peti sejuk.Adalah normal jika bahagian luar peti sejuk akan menjadi panas terutamanya selepas saja dipasang.