Sebelum kita membaiki peti sejuk di rumah kita atau di rumah pelanggan, kita perlu menyediakan peralatan yang secukupnya supaya kerja kita tidak akan terganggu dan mencapai kepuasan yang diingini. Di sini saya ingin berkongsi beberapa peralatan yang perlu ada sebelum kita memeriksa dan seterusnya membaiki peti sejuk mahu pun aircond, freezer, chiller, showcase display dan yang seangkatan dengannya.
Antara peralatan yang perlu ada ialah ;
1. Manifold Gauge - bertujuan untuk membaca tekanan bahan pendingin @ gas dalam sistem dan untuk mengisi gas (refrigerant). Ia juga untuk memvakum dan mengesan kebocoran dalam sistem.
2. Tube cutter - bertujuan untuk memotong tiub kuprum pada sistem untuk kerja-kerja pembaikan.
3. Multimeter - bertujuan untuk memeriksa kefungsian elektrikal terutamanya pada bahagian terminal compressor untuk mengenalpasti terminal common, starting dan running. Ia juga dapat memeriksa komponen seperti thermostat, relay dan overload pada compressor tersebut dan komponen yang lainnya.
4. Flaring / Swaging tools - bertujuan untuk membuat 'swaging' ketika memasang ''access valve'' pada compressor.
5. Vacuum pump - bertujuan untuk menyingkirkan benda asing seperti kekotoran dan kelembapan yang tertinggal di dalam sistem. Ia juga dapat membantu mengesan kebocoran sebelum kita mengecas bahan pendingin.
6. Clamp meter - bertujuan untuk memeriksa dan membaca nilai ampere pada unit yang diukur supaya bersesuaian dengan tekanan yang diperolehi melalui 'manifold gauge'.
7. Strainer - asalnya bertujuan untuk menapis dan mengering kekotoran di dalam sistem, jd ia perlu ditukar ke strainer yang baru ketika kerja pembaikan dilakukan.
8. Acces valve - bertujuan untuk memasang hos 'manifold gauge' supaya mudah membuat kerja-kerja memvakum, mengisi bahan pendingin juga mengisi minyak pemampat. Ia juga penting untuk melakukan kerja ''flushing'' untuk menyingkirkan lebihan minyak dan kotoran di dalam piping.
9. Mapp gas + hand torch - bertujuan untuk memanaskan tiub kuprum dan seterusnya menyambung dua tiub kuprum dengan menggunakan rod silfos.
10. Silfos Rod - bertujuan untuk menyambungkan dua tiub kuprum dengan cara memanaskan dengan map gas atau set oxy acetylene.
12. Rod ''heat seal stik'' - bertujuan untuk menampal kesan bocor yang kecil pada permukaan cooling coil peti sejuk.
- test pen,
- set skru driver,
- set spanar,
- set playar,
- minyak compressor,
- dan tools lain yang bersesuaian..
Semoga memberi manfaat kepada kita semua.. hingga jumpa lagi..
Subhanallah..
Alhamdulillah..
AllahuAkhbar..
Kota Samarahan..
Sarawak..
8 ulasan :
Assalam wai bee. Peti ais saya brand mitaubishi inverter 2 pintu. Mlm ni tadi tiba2 ada bunyi kuat. Sy dengar dekat2 bunyi dtg dr bahagian atas. Suami kata pintu atas bhgn beku tu terbuka.mungkin beberapa jam tak perasan. Masalah kipas kah itu. Tk.
Waalaikumsalam.. ye disebabkan pintu x tutup rapat maka ais akan menebal lalu terkena pd bilah kipas, itu yg menyebabkan bunyi tu..
Terimaksih atas ilmu tuan wai bee
Salam tuan wai bee,aircond 28k btu
Jika cappilary tube x sumbat
Apa sebb x bleh masuk refrigerant R22
1) adakah comp dah kong
2) comp dah lose pumping?
Mohon panduan tn wai bee
Jenis: york
Sama2 tuan abilz87 😊
ilmu sy sikit je tuan..
Salam.. jika kita nk isi gas R22 tp seolah2 x mau masuk kan?
Secara teorinya ini disebabkan tekanan dlm sistem dan tekanan dlm tong refrigerant tu sama. Lps tu jika kita perhati kan perjalanan piping suction dr 3 way valve dan masuk ke dlm compresor ia akan lalu accumulator dulu, jika acc ini tersumbat oleh kerana liquid dh tepu kat situ maka ia akan menyukarkan gas masuk ke compresor. Satu lg keadaan jika valve utk pump dlm compresor tu sudah loose sudah lemah utk mengepam masuk gas ke dlm compresor.. harap membantu..
Salam wai bee.. Cni ktk beli gam laco yaka?
Assalamualaikum tuan.sy lihat you tube Dari Indonesia...diorang ada masukkan sejenis cecair yang di panggil(metel) di sana.katanya fungsi dia untuk membuang sisa2 air yg masuk dlm sistem Dan digunakan untuk flushing. Di tempat Kita dipanggil apa ya?
Catat Ulasan