iklan2

Isnin, 19 Ogos 2013

Mengecas sistem penyaman udara @ mengisi gas air cond rumah.

Assalamua'laikum dan salam sejahtera..

Hari ini saya semak kat traffic blog saya ada 4 orang meng'google' dan 'search' tentang 'mengecas sistem penyaman udara'.

Jadi di sini saya ingin berkongsi sedikit  tentang cara mengecas bahan pendingin @ mengisi gas air cond khususnya air cond rumah.
 Ada beberapa cara atau kaedah untuk mengecas bahan pendingin untuk air cond rumah iaitu:

i.   kaedah berat - menggunakan timbang kg,
ii.  kaedah suhu - menggunakan thermometer untuk mengambil bacaan suhu,
iii. kaedah tekanan -menggunakan bacaan tekanan pada 'manifold gauge',
iv. kaedah arus - menggunakan meter kapit untuk mengambil bacaan ampere unit.

tetapi yang biasa dilakukan oleh pomen aircond @ technician aircond ialah kaedah tekanan seperti di dalam video youtube di bawah ini.




- Jadi kaedah yang digunakan oleh technician di dalam video ini ialah kaedah tekanan di mana ia menggunakan 'manifold gauge' untuk mendapatkan bacaan tekanan rendah pada kadar sekitar 70 - 80 psi (pound square per inch).

Mula-mula technician memasang 'manifold gauge' pada unit penyaman udara di mana hos biru disambungkan ke injap tekanan rendah manakala hos kuning disambungkan ke tangki bahan pendingin R22. Harus diingat, oleh kerana unit air cond ini berkapasiti 1 hp (horse power), jadi ia tiada injap tekanan tinggi yang mana sepatutnya hos merah dari 'manifold gauge' disambungkan.

Selepas hos kuning disambung ke tangki R22, dia melakukan satu proses yang dinamakan "purging" iaitu membuka sedikit hujung penutup hos kuning pada 'manifold gauge' supaya udara dan lembapan yang terdapat di dalam hos kuning akan disingkirkan.

Selepas itu dia membuka injap pada tangki R22 dan buka injap tangan pada 'manifold gauge' yang berwarna biru pada arah lawan jam, sedikit demi sedikit dan pada masa ini beban akan dimasukkan ke dalam sistem, perhatikan jarum penunjuk pada 'manifold gauge' biasanya ia akan menaik sehingga ke satu tahap ia akan berhenti atau perlahan.

Pada masa ini unit air cond akan dihidupkan supaya gas bahan pendingin akan masuk ke dalam sistem dengan lebih efisien dan pada masa inilah tekanan 70 -80 psi diambil setelah unit dihidupkan sekitar 5 minit ke atas.

Selepas bacaan tekanan sudah mencapai 70 -80 psi, maka bolehlah ditutup injap pada tangki R22 dan tutup injap tangan pada 'manifold gauge' ikut arah pusingan jam. Buka sambungan pada injap tekanan rendah di tepi air cond itu.

Harus diambil perhatian semasa melakukan kerja-kerja ini, sebaiknya memakai pelindung mata takut gas akan terpercik kena mata.

Apapun cara atau kaedah yang ditunjukkan di dalam video ini ialah kaedah yang 'simple'. Sebenarnya ada beberapa perkara lagi yang perlu diambil perhatian dan dilakukan untuk menyempurnakan lagi kerja-kerja mengecas bahan pendingin @ gas untuk air cond rumah ini. Antaranya ialah melakukan proses pengosongan @ vakum, menguji bocor dan ketika mengecas, gunakan 'thermometer' dan juga 'clamp meter'.

Ia juga mengambil kira peralatan yang ada untuk membuat kerja. Jika tiada, cukuplah tangki bahan pendingin R22 dan 'manifold gauge' sahaja..

Sekian coretan kali ini. ^_^



Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akbar..
190813..







Ahad, 18 Ogos 2013

aircond tidak sejuk > outdoor tidak hidup > kapasitor rosak

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Operasi normal sebuah aircond ialah apabila kita onkan suis aircond, yang mula2 berfungsi ialah kipas 'blower' pada unit 'indoor' dan selepas beberapa minit barulah 'compressor' di unit 'outdoor' akan berfungsi.




 Tetapi setelah lama menanti, compressor tidak juga hidup2.. cuma kipas 'condenser' sahaja yang hidup. Jadi apabila keadaan ini berlaku, ada beberapa masalah yang kita boleh agak yang mungkin berlaku. Antaranya ialah mungkin 'sensor' nya rosak, mungkin 'printed circuit board' @ pcb nya rosak, mungkin kapasitornya rosak dan mungkin juga 'compressor' itu sendiri yang rosak.

- Kerja - kerja membuka dan memeriksa unit 'outdoor'.






Oleh kerana kita tiada sensor dan pcb 'spare', jadi kita periksa dulu kapasitor dan juga 'compressor' itu sendiri. Dengan menggunakan multimeter, kita periksa terminal 'common', 'starting' dan 'running'. Jika ok, kita periksa kapasitor dengan menggunakan 'capasitor meter'.


- Kapasitor di sebelah kanan ini ialah kapasitor asal dan setelah diuji dengan capasitor tester tenyata bacaannya ialah 00.1uF yang bermaksud ianya telah rosak.



- Manakala kapasitor di sebelah kiri ini ialah kapasitor baru dan bacaannya ialah 28.6uF (hampir 30uF) maka kapasitor ini adalah dalam keadaan baik.


Kemudian kapasitor ini akan dipasang di 'outdoor' untuk menggantikan kapasitor yang lama.



- Kemudian periksa tekanan gas dan bacaan ampere bagi unit ini secara keseluruhannya. Biasanya untuk aircond berkapasiti 1hp, tekanan bahagian rendahnya ialah 70psi dan bacaan amperenya ialah sekitar 4.0 - 5.0 ampere.


- Setelah mendapat bacaan tekanan dan ampere yang sesuai, kita boleh kemaskan 'outdoor' dan 'indoor' unit ini.





- Unit sedia untuk digunakan semula. Alhamdulillah..



- Subhanallah..
- Alhamdulillah..
- Allahu Akbar..

- Ogos/13..

Isnin, 12 Ogos 2013

'home made air conditioner" @ air cond buatan sendiri :)

Assalamua'laikum dan salam sejahtera buat pembaca blog yang budiman..
Apa khabar anda semua? Semoga kita semua sentiasa diberi kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan seharian di atas muka bumi Nya ini. InshaAllah..

Okay, kali ini saya ingin berkongsi tentang cara menghasilkan "home made air conditioner" atau aircond buatan sendiri, hehe..

Di sebabkan cuaca yang agak panas sekarang, ia telah mendorong saya dibantu oleh adik saya untuk menghasilkan kipas ber 'air cond'. Tujuannya tidak lain ialah untuk mendapatkan hembusan angin sejuk seolah olah dihembus oleh angin yang datang dari kipas air cond.

Lagi pun idea ini telah banyak dihasilkan oleh kebanyakan masyarakat di merata tempat di luar negara. Cuba google atau layari youtube dan taip "home made air conditioner".

Cara kerjanya mudah saja iaitu apabila kita onkan pam akuarium, ia akan mengepam air dari dalam bekas ke 'clear hose pipe' dan seterusnya ke tiub kuprum sebelum air itu akan kembali semula ke dalam bekas air. Apabila ais diletakkan di dalam bekas, maka air yang mengalir akan menjadi sejuk seterusnya menyejukkan tiub kuprum. Apabila kipas angin dionkan, ia akan menghembuskan angin sejuk melalui tiub kuprum yang dillingkarkan di depan penutup kipas itu tadi.

Mula-mula kita sediakan bahan2 yang diperlukan, antaranya ialah :

- Kipas angin berdiri (senang nak bawa ke sana ke mari),
- Copper tube @ tiub kuprum saiz 1/4" (untuk kerja2 air cond dan peti sejuk),
- Clear hose pipe,
- Cable tie,
- Bekas (untuk  letak air + ais),
- pam akuarium,
- alat tangan seperti playar, cutter dsb.

- Copper tube @ tiub kuprum,
























- Clear hose pipe,





















- Cable ties,


















- pam akuarium,





- Okay, langkah pertama kita lilitkan tiub kuprum tadi mengikut saiz penutup kipas yang akan dipasang nanti.







- Kemudian, letakkan 'cable ties' untuk mengikat tiub kuprum ke penutup kipas.


- Sambungkan 'clear hose pipe' pada ke dua hujung tiub kuprum tadi. Satu untuk air masuk dan satu lagi untuk air keluar.



- Sambungkan 'clear hose pipe' tadi ke pam akuarium dan masukkan air ke dalam bekas.


- Seterusnya masukkan ketulan ais bagi membantu menyejukkan air di dalam bekas yang mana air sejuk ini akan mengalir ke dalam tiub kuprum lalu tiub kuprum yang sejuk tadi akan ditiup oleh kipas angin.
 

 

 

- Sedia untuk diuji.



- Oleh kerana apabila sejuk, tiub kuprum ini akan berpeluh maka air akan menitik ke bawah, jadi plastik terpaksa digunakan untuk melapik punatekan kipas.
 

- Nah sekarang, anda boleh merasai hembusan angin sejuk daripada kipas ini. :)

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..
wai bee, Ogos 2013, Keratong 7, Muadzam Shah..

Sabtu, 10 Ogos 2013

Mengatasi masalah kipas angin yang tidak mahu berpusing.

Assalamualaikum, salam aidilfitri dan salam sejahtera..
Hari ini hari raya ke 3, saya pasti masih ramai yang berkunjung ke rumah saudara mara dan kawan-kawan untuk mengeratkan tali silaturrahim.. Alhamdulillah..

Okay, untuk kali ini saya akan berkongsi tentang, bagaimana jika kipas di rumah kita tidak mahu berpusing atau dengan kata lain, bilahnya menjadi keras atau kaku. (Walaupun pada awalnya kita menyangka yang 'kapasitor'nya rosak).
Istilah lain yang biasa kita sebut juga ialah 'jammed' @ jem. Jadi kita terpaksa membuka dan membongkar apa-apa yang ada di dalam kipas itu termasuk motornya sekali. Lihat pada gambar-gambar di bawah.

1. Pandangan belakang kipas, yang mana ia menyedut debu dan habuk lalu ia melekat di celah-celah lubang kipas dan juga bilah kipas.



2. Buka penutup di belakang kipas itu dan anda akan dapati debu dan habuk yang melekat di situ.


3.  Bersihkan debu dan habuk dengan menggunakan berus dan juga kain lembab.





4. Gambar selepas ia dibersihkan.



5.  Buka juga 'cover' depan dan bersihkan bilah kipas itu.
 



















































6. Seterusnya ia akan kelihatan begini..












































































7. Seterusnya buka penutup motor itu dan keluarkan 'rotor' di dalamnya.






































8.  Keluarkan 'rotor' nya dan servis dengan menggunakan kain lembab, berus dan letakkan sedikit minyak gris di bahagian 'shaft' nya.



























Ini bertujuan untuk melincirkan pergerakan 'rotor' yang disambungkan kepada 'shaft' dan seterusnya bercantum di dalam 'stator'. Pusing-pusingkan dengan tangan supaya ia menjadi lebih lancar dan licin pusingannya. Jangan lupa letakkan sedikit minyak gris di bahagian 'gigi gear' tempat kipas berpusing di belakang kipas itu.

Akhir sekali, tutup semula penutup motor dan semua sekali bahagian-bahagian kipas yang telah dibuka tadi. Ketatkan semua skrunya. Selepas itu cuba onkan dan anda pasti tersenyum kerana kipas anda yang 'jammed' tadi sudah boleh berpusing seperti biasa.

P/S : Jika kipas anda masih tidak mahu berpusing juga, cuba periksa 'coil' motor' nya dengan menggunakan 'multimeter'. Jika coil tiada bacaan pd multimeter, check 'thermal fuse' nya kemungkinan putus ataupun coil nya sudah rosak. Sekian untuk coretan kali ini. Sehingga jumpa lagi, InshaAllah..

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar..
Ogos 2013, Keratong 7, Muadzam Shah.

Selasa, 6 Ogos 2013

Membaiki kipas rumah yang perlahan pusingannya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Biasanya di rumah-rumah kediaman, ada beberapa jenis kipas yang biasa digunakan seperti :

1. Kipas berdiri;


2. Kipas siling;

 3. Kipas dinding;


Jadi, pernahkan kipas di rumah anda menjadi perlahan pusingannya walaupun sudah ditekan butang maksima?
Jika ya, pasti kita akan tertanya-tanya kenapa ia menjadi perlahan begitu. Bagi mereka yang ada belajar tentang elektrik, pastinya mereka sudah boleh mengagak apa masalahnya. Cuma bagi mereka yang tidak tahu atau kurang arif tentang peralatan elektrik, mereka akan menjadi bingung.

Biasanya masalah kipas menjadi perlahan adalah disebabkan oleh 'kapasitor' nya sudah menjadi lemah atau rosak. Tugas kapasitor ini ialah menyimpas cas elektrik sebelum ia dilepaskan ke peralatan yang dipasang kepadanya.

Beginilah rupanya kapasitor itu..


Nilainya dibaca mengikut nilai uF @ mikro farad. Kipas yang kecil biasanya ia menggunakan kapasitor bernilai 1uF, 1.2uF atau 1.5uF. Biasanya kipas berdiri yang banyak menggunakan kapasitor ini.
Kipas yang sederhana besar menggunakan kapasitor dengan nilai 2.0uF dan 2.5uF. Biasanya untuk kipas siling dan kipas dinding. Manakala untuk nilai seperti 5uF, kipas berdiri jenis industri yang banyak menggunakan kapasitor jenis ini. Selain itu, kipas di dalam peti sejuk dan unit penyaman udara pun menggunakan kapasitor bernilai 5uF. Manakala untuk mesin basuh pula, biasanya ia menggunakan kapasitor bernilai 8uF, 9uF, 10uF dan ke atas.



- Kipas siling yang menggunakan kapasitor bernilai 2.0uF.


- Kipas berdiri yang menggunakan kapasitor bernilai 1.5uF.

Selain daripada bentuk segiempat hitam, ada juga kapasitor berbentuk bulat dan berwarna putih..


Gambar ini pula ialah kipas siling jenis lama dengan kapasitornya pun jenis lama.




- Untuk kipas siling jenis kawalan jauh pun ada menggunakan kapasitor, tetapi ia menggunakan 4 biji kapasitor, 3 biji untuk kawalan kelajuan no.1, no.2 dan no. 3, manakala satu lagi kapasitor digabungkan untuk daya kilas permulaan. Kapasitor itu berwarna coklat berbentuk segiempat.
 Lihat gambarajah di bawah..


Apa pun, jika kipas di rumah kita berpusing perlahan, kita cuba dulu tukar kapasitornya. Andai kata masih juga bermasalah, sila rujuk pada juruelektrik atau mereka yang pakar untuk mengatasi puncanya. :)


Sekian coretan untuk kali ini, jumpa lagi InshaAllah..

- Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..
- Wai Bee, Ogos 2013, KL.