iklan2

Rabu, 24 Disember 2014

Aircond airnya menitik ke dalam bilik..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Keadaan ini selalu terjadi di pejabat2 dan rumah2 kediaman yang menggunakan penyaman udara jenis split unit wall maunted seperti di dalam gambarajah di bawah.


Amat berbahaya jika di bawah penyaman udara itu ada peralatan elektrik seperti televisyen dan seumpamanya. Jadi setelah diperiksa, terdapat lendiran kotoran terapung di dalam dulang takungan air di bawah penyejat @ cooling coil.




Buka dan cabut dulang tersebut.


Bulatan merah menunjukkan tempat saluran paip buangan keluar dari bilik. Apabila ianya tersumbat, maka air akan melimpah ke luar dari unit indoor di dalam bilik.


Dulang atau tray yang telah dikeluarkan.


Saluran paip air keluar itu di'blow' dengan hand blower untuk menolak sisa lendir keluar dihujung paip.


Di hujung saluran paip air keluar, kita hisap sisa lendiran tadi bagi mengeluarkannya dengan mudah.

Akhir sekali, kita tuang air secara manual dari saluran paip di bahagian indoor dan lihat di hujung saluran paip di bahagian outdoor untuk memastikan air boleh keluar dengan baik dan lancar. Jika ok, barulah kita onkan unit dan lihat sekali lagi.  Jika airnya keluar dengan banyak dan lancar, bermakna tiada lagi sumbat di situ.

Sekian untuk kali ini.


Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..






Servis pembersih vakum jenama Karcher..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pembersih vakum ini didapati berbau hangit dan tidak dapat berfungsi dengan baik.



Setelah dicheck, didapati berus karbonnya sudah haus dan pecah. Maka ianya diganti dengan yang baru.






Kini, ia boleh beroperasi seperti biasa. :)


Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..





Servis aircond kereta Pajero..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Beberapa minggu lepas, rakan sepejabat telah menyuruh saya untuk memeriksa sistem aircond kereta pajeronya. Ini kerana dia telah membawa keretanya ke kedai dan tauke kedai hanya mengisi gas sahaja kemudian siap. Dia memberitahu saya, tauke kedai menggunakan gas R134a tanpa menukar minyak pemampatnya. Keesokan harinya aircond kereta dia jadi panas semula.

Setelah diteliti secara kasar, didapati salah satu valve pada pemampatnya sudah rosak. Ini menyebabkan gas keluar melaluinya. Setelah diganti dengan yang baru, sistem dicheck kebocorannya melalui pam vakum dan buih sabun.




Kemudian sistem dicaj dengan gas R12.


Tekanannya adalah sekitar 34 psi.


Manakala suhu pada blowernya kita dapat 3.5 darjah celcius. Sebab itu ramai orang kata gas R12 lebih sejuk berbanding gas R134a. 

Selesai sudah.. :)



Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..





Jumaat, 5 Disember 2014

Menservis Display Chiller..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ini sebuah unit 'Display Chiller' @ 'Showcase Chiller' tidak sejuk seperti sediakala.


Setelah dibelek dan diteliti, tidak pula terjumpa spesifikasi unit ini, maksudnya maklumat teknikalnya seperti ampere, jenis gas (refrigerant), kandungan isi gas dan lain-lain. Jadi setelah digoogle pada model pemampatnya barulah dapat sedikit maklumat iaitu ia menggunakan gas R22 seperti penyaman udara rumah.

Kemudian saya dan seorang lagi rakan melihat di bahagian 'condensing unit' nya yang mengandungi compresor, condensor dan expansion valve. Ianya terletak di bahagian atas unit ini.



Nampaknya sirip dibahagian condensornya begitu kotor dan menutup keseluruhan permukaan sirip condensor. Bermakna tugas condensor untuk menyingkirkan haba telah terjejas di sini. Jadi ianya perlu dicuci. Sebaiknya dengan 'coil cleaner' supaya ia menyerap kekotoran yang terhasil daripada habuk dan minyak (daripada dapur memasak).


Kikis habuk dan kotoran itu dengan fin comb atau sikat sirip.

 

 Tebalnya habuk dan kotoran itu lebih kurang 1 cm.


Selepas habis disikat, ianya akan disembur dengan 'coil cleaner' tetapi masa ini saya tidak bawa bersama cleaner tersebut, maka akan dibuat lain kali :).


Kipas condensor akan dicuci sekali.


Ini adalah filter drier. Sebaiknya ia ditukar yang baru untuk memberi prestasi yang lebih baik. Tetapi sebelum itu unit akan diflushing untuk mengeluarkan apa-apa kekotoran dan lembapan yang tertinggal di dalam sistem pemaipannya.


Selepas diflushing, kita akan pasang semula filter drier yang baru. Sebelum mengetatkannya, kita flushing sekali lagi supaya angin akan keluar dihujung filter yang belum diketatkan yang menuju ke cappilary tube. Ataupun kita boleh memvakum sistem ini dengan menggunakan pam vakum.


Selepas itu kita periksa secara keseluruhannya daripada kebocoran terutamanya dibahagian-bahagian penyambungan paip kuprumnya.


Akhir sekali, unit divakum dan diuji kebocoran (melalui manifold gauge) dan 'leak detector' jenis sabun. Kemudian unit dicaj dengan R22 dengan tekanan 18 psi - 20 psi. Ampere lebih kurang 4.8 ampere.

* Unit display chiller ini begitu berdekatan dengan tempat dapur memasak dan tempat menyimpan air panas, jadi keadaan ini amatlah tidak baik untuk prestasi unit ini kerana ia akan mengganggu peredaran haba oleh compresor dan condensor yang terdapat di atas dan di tepi bahagian unit.

Sekian coretan kali ini.


Subhanallah,
Alhamdulillah, 
Allahu Akbar..



Rabu, 26 November 2014

Mesin basuh semi auto tidak mahu spin

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ini adalah mesin basuh semi automatik. Ia mempunyai dua tempat iaitu sebelah kiri untuk 'wash' dan sebelah kanan untuk 'spin'. 



Kali ini mesin basuh semi auto ini tidak dapat memutar @ spin, tetapi wash dia dapat. Setelah diperiksa, kerosakan berpunca daripada motor spin itu sendiri. Jadi, terpaksa tukar sebiji motor spin. Sebelum menukar motor spin, mesin basuh kena dibaringkan untuk memudahkan kerja-kerja dilakukan.


Buka penutup belakang, dan cabut tali yang digunakan untuk memberhentikan putaran motor ketika penutupnya dibuka (child safety) dan buka juga tali untuk drain seperti yang dibulatkan dalam gambar di bawah.


Buka skru-skru yang ada di tepi mesin basuh tersebut. Beginilah rupa motor spin tersebut.


Kemudian buka motor spin dengan menggunakan spannar.


 Setelah dibuka skru yang menyambungkan motor dengan body mesin basuh melalui shaft, maka kita akan dapat memisahkan body bahagian bawah dan bahagian atas mesin basuh.


Cabut dan bawa keluar motor spin tersebut. Kelihatan gegelungnya memang sudah berkarat kerana terkena percikan air bilasan. Ini disebabkan getah o ring dari bahagian atas motor yang bersambung dengan shaft telah terkoyak. 



Sekarang masa untuk menggantikan motor yang lama yang telah rosak dengan yang baru.


 Selepas motor dipasang semula, getah o ring yang hitam pun akan diganti, untuk memasukkannya kenalah buka daripada atas.


Akhir sekali, kapasitor untuk wash dan spin pun ditukar kerana yang lama sudah berkurangan casnya.
Untuk wash 10uf dan untuk spin 4uf.


Kemudian mesin basuh ditest prestasinya.. Alhamdulillah semunya ok :)




Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..


Khamis, 24 Julai 2014

Awasi lubang kecil pada kotak suis dan rumah lampu..

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..
Kali ini aku nak coretkan sedikit info tentang lubang-lubang kecil yang biasa terdapat pada rumah lampu kalimantang dan juga pada kotak suis dan juga soket.


Gambar di atas ialah sebuah lampu kalimantang jenis panjang yang berkadaran 36 watt @ 40 watt. Sering dijumpai masalah yang berlaku pada lampu jenis ini ialah pada lampunya, starter @ pemulanya dan juga coknya. Jika sedikit masa dahulu, ia juga mengandungi kapasitor berwarna putih sebagai penyimpan cas elektrik. Masalah yang paling ketara sehingga menyebabkan trip @ litar pintas ialah "choke"nya. Saya cerita melalui pengalaman sendiri. Mungkin rakan-rakan ada pengalaman yang lain. Selain daripada cicak yang suka sangat bertelur dan bertapa di dalam rumah lampu kalimantang ini dan juga di dalam kotak suis lampu. Cuba lihat gambar di bawah ini.



Jadi, pastikan lubang-lubang kecil yang ada pada kotak suis dan juga rumah lampu kalimantang ditutup dengan sloytape @ pvc tape bagi mengelakkan daripada cicak masuk ke dalamnya. Badan cicak ini nanti akan meyebabkan litar pintas sama ada di dalam rumah lampu ataupun di dalam kotak suis dan juga soket. 

Sempena Aidilfitri yang bakal tiba tak lama lagi, pastikan kemeriahannya tidak terganggu oleh cicak yang masuk ke dalam lubang kecil sama ada di rumah lampu atau di kotak suis di rumah anda.. hehe..



Sekian untuk kali ini. Salam Ramadhan al-Mubarak..



Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..





Isnin, 21 Julai 2014

Mesin basuh automatik tidak keluar air..

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah, Ramadhan bulan yang mulia datang lagi. Jangan kita jadikan puasa sebagai alasan untuk kita mengurangkan produktiviti kerja.
Ok, di sini aku nak coretkan sedikit berkenaan dengan mesin basuh automatik jenama samsung model WA88B5, 6.8kg.


Ownernya mengadu yang air tidak masuk ke dalam tiub mesin selepas dionkan walhal setting pada 'PCB' @ Printed Circuit Board nya boleh dilakukan. Jadi komponen yang mengawal kemasukan air ini ialah "Water Inlet Valve". Lihat gambarajah 'B' di bawah ini.

 
Selepas diuji water inlet valve ini didapati ianya dalam keadaan yang baik.


Water inlet valve itu sekali lagi dipasang pada tempatnya dan diuji samaada power supply dari PCB sampai kepadanya atau tidak. Selepas diuji, bermakna tiada power supply ke valve tersebut dan selepas diperiksa fius dan sambungan wayarnya, maka kita sudah mengagak yang problemnya datang dari PCB tersebut.


Maka setelah ditukar PCB yang baru dan ditest mesin basuh tersebut, maka ia telah berfungsi seperti asal. Alhamdulillah.. Sekian coretan untuk kali ini. :)


Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..


Ahad, 4 Mei 2014

'Stand Mixer' @ Pembancuh tepung tidak berfungsi..

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Beberapa bulan yang lepas, mak saudara call suruh check 'stand mixer' dia yang dah lama tak berfungsi.
'Stand mixer' ni agak berat dan kukuh binaannya, jenama Kenwood dan saya diberitahu oleh mak saudara harganya mencecah RM2k.



Mula-mula cari tempat nak buka bahagian dalamnya, ada satu pemusing di tepinya untuk membuka dan melihat bahagian dalamannya. Kemungkinan masalahnya pada bahagian mekanikal atau elektrikalnya. Kena check satu persatu.


Yang penting, check power supply dahulu, ini kerana semua peralatan elektrik akan berfungsi apabila adanya bekalan elektrik diberikan. Jika ada bekalan elektrik tetapi ia tidak berfungsi, barulah kita check di bahagian yang lain.


Setelah dicheck, didapati suis hadnya @ 'limit switch'nya yang bermasalah. Apabila disambung direct @ bypass, 'stand mixer' ini boleh berfungsi. Jadi, saya cari sparepartnya di kedai dan tukar dengan yang baru.


Alhamdulillah, selesai sudah dan 'stand mixer' ini sudah boleh berfungsi seperti biasa. Boleh la mak saudara buat kuih 'frozen' lepas ni. :)



Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..