Salam 9 Ramadhan 1439H..
Di sini saya ingin kongsikan satu soalan yang begitu popular, yang sering diajukan dalam blog ini, mahupun di luar dari blog.. ''Arum bulak dlm seminggu ya mesti ada orang nanyak soalan tuk ngan kamek'' - Bahasa Sarawak hehe.. jangan marah aa..
Ok, apa soalan dia?
Kenapa peti ais saya bawah tak sejuk tapi atas sejuk macam biasa?
Soalan ini berkisar pada peti sejuk dua pintu atau tiga pintu. Mustahil berlaku pada peti sejuk satu pintu atau mini bar.
Jenis di bawah ni freezer (sejuk beku) kat atas manakala chiller (sejuk biasa) kat bawah.
Jenis ini pulak freezer kat bawah.
Jadi udara sejuk yang datang dari penyejat di bahagian freezer akan ditolak ke bahagian chiller oleh kipas. Jadi kipas memain peranan dalam hal ini.
Setelah dibuka penutup atas atau di bahagian freezer, kita akan Nampak kipas angin di situ.
Kipas ini biasanya datang bersama dengan kapasitor untuk menyimpan cas elektriknya.
Jadi jika peti sejuk bahagian bawah tak sejuk, maka kipas ini gagal menyebarkan angin sejuk ke ruangan bawah.
Persoalannya kenapa kipas ini tak dapat menyebarkan angin sejuk ke bawah? Ini disebabkan lubang untuk laluan angin ke bawah sudah diselaputi oleh ais. Cuba tengok gambar di bawah.
Kesimpulan nya :
1. Ais menebal di bahagian penyejat (evaporator) disebabkan oleh pemampat (compressor) yang sentiasa on. Pemampat sentiasa on pula disebabkan oleh kekerapan membuka pintu peti sejuk, atau pintu tidak tertutup rapat. Kadang2 disebabkan oleh thermostat (defrost thermostat) yang sudah rosak. Boleh jadi juga disebabkan oleh pemanas (defrost heater) yang gagal berfungsi untuk mencairkan ais itu. Jadi pemampat, pemanas, thermostat dan kipas masing-masing saling kait mengait. Komponen2 ini dikawal oleh pemasa (defrost timer). Fuhh.. harap-harap korang paham ye.. Kalau susah nak paham, baik ikut kursus yang saya jalankan tu :)
Jadi, kalau peti sejuk anda tidak sejuk di bahagian bawah tetapi bahagian atas sejuk seperti biasa, maka periksalah komponen2 yang telah saya sebut di atas tu :)
Nak periksa kena ada multimeter dan kena ada sedikit ilmu tentang peti sejuk :)
Rasanya cukup setakat ini dulu ye.. kepala saya dah berat ni nak berfikir, malam tadi tido lambat pagi bangun awal sahur, hehe.. apa-apahal boleh komen nanti ye..
Maaf kalau ada kekurangan..
Sekian..
Wassalam..
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..
Wai Bee,
Kota Samarahan..