iklan2

Khamis, 28 November 2013

Peti sejuk lama jenama Singer..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Membaiki peti sejuk lama satu pintu, jenama singer ini sangat mencabar juga. Walaupun sudah lama, tetapi getah pintunya masih dalam keadaan elok, keseluruhan badannya hampir tidak ada yang berkarat, kemasan bahagian dalam pun masih dalam keadaan baik. Cuma masalah dia ialah tidak sejuk, walaupun pemampatnya berfungsi dan lampu 'interior'nya menyala.




Peti sejuk ini pada asalnya menggunakan bahan pendingin dari jenis R12. Oleh kerana pada masa sekarang kita disarankan menukar R12 ke R134a kerana faktor 'safety ozone'. Jadi kita perlu menukar bahan pendingin dan juga minyak pemampatnya.


Minyak dari pemampat peti sejuk ini setelah ia dikeluarkan. Agak mengejutkan saya kerana warnanya begitu 'hitam' dan kuantitinya sudah berkurang.

Minyak ini akan diganti dengan minyak yang baru yang sesuai untuk bahan pendingin R134a seperti di gambar ini.

Minyak yang baru ini akan dimasukkan ke dalam pemampat melalui saluran di atas pemampat.


Kemudian, kita buat 'flushing' pada peti sejuk ini yang bertujuan untuk menyingkirkan minyak yang terperangkap, kekotoran dan kesumbatan yang akan mengganggu operasi sistem.


Selepas kerja-kerja menukar minyak pemampat, menukar 'strainer' dan 'flushing' sistem, kita sambungkan semula paip saluran 'suction' dan 'discharge' kepada pemampat. Setelah itu, unit akan divakum dan dimasukkan bahan pendingin jenis R134a seterusnya melakukan proses menguji kebocoran.

Apa yang mengejutkan saya ialah unit ini masih menunjukkan tanda-tanda bocor walaupun setelah diperiksa keseluruhannya. Oleh itu, saya terpaksa merujuk kepada rakan yang lebih pakar untuk mencari dan mengesan kedudukan tempat yang bocor itu. Akhirnya setelah dicari, tempat yang bocor itu berada di belakang peti sejuk dan ianya terpaksa dicungkil dengan playar untuk mendapatkan paip yang bocor itu.
Setelah itu, kerja-kerja menampal pun dilakukan. Ianya sangat merumitkan..huhuhu..





Akhirnya unit ini sekali lagi divakum dan di'charging' sebelum diuji prestasinya selama beberapa hari.



Alhamdulillah.. setelah hampir seminggu diuji, ianya berada dalam keadaan yang baik, sejuk dan dapat menghasilkan ais seperti biasa.

Terima kasih kepada rakan saya, Peter yang juga bekas anak murid saya dulu, yang banyak membantu saya dalam kerja-kerja HVAC ini. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik beliau..


Sekian, setakat ini dulu untuk kali ini.




 Subhanallah..
Alhamdulillah..
AllahuAkbar..

2013..

4 ulasan :

khair ktmd berkata...

Gas R12 tukar ke R134a .. adakah perlu ditukar minyak kompressor atau sebab kekotoran dalam kompresor.

Wai Bee berkata...

Ye khair mmg kena tukar kerana molekul kedua2 jenis myk ini berlainan..

khair ktmd berkata...

Terima kasih.

Wai Bee berkata...

Sama2..