iklan2

Rabu, 13 Jun 2012

Mari Mengenal Komponen-komponen peti sejuk rumah..


[]p[]
1. Pemampat (jenis salingan tertutup) / Reciprocating hermetic.

- Pemampat memainkan peranan yang amat penting dalam sistem peti sejuk. Ianya mengepam gas bahan pendingin ke seluruhan sistem. Kebiasaannya peti sejuk menggunakan pemampat dari jenis salingan tertutup (sealed hermetic).


2. Penyejat / Evaporator.
- Penyejat berfungsi menyerap haba panas daripada makanan dan minuman yang disimpan di dalam peti sejuk.


- Penyejat diperbuat daripada bahan logam anti karat seperti tembaga dan aluminium agar penyerapan habanya lebih efektif.

- Peti sejuk satu pintu jenis pembeku (freezer) mempunyai penyejat yang memenuhi seluruh bahagian peti agar setiap bahagian memiliki suhu yang sama iaitu 0°C.

- Bagi peti sejuk satu pintu non freezer, penyejat diletakkan di bahagian atas, manakala bahagian lain akan menerima hembusan sejuk daripada bahagian penyejat.


3. Pemasa Nyahfros / Defrost Timer.

- Timer dipasang pada peti sejuk tanpa fros yang berfungsi untuk mengawal arus masuk dari termostat ke kipas, pemampat dan pemanas.

- Timer yang biasa digunakan dinamakan ‘defrost timer’ yang mempunyai 4 terminal.

- Arus timer diperolehi dari termostat yang berhubung dengan terminal 1 dan 3. Terminal 2 menghubungkan timer dengan fius dan pemanas. Terminal 4 menghubungkan timer dengan pemampat dan motor kipas.

- Apabila timer tidak berfungsi, komponen yang berhubung dengannya akan bermasalah.


4. Kapasitor / Capacitor.
 
- Kapasitor berfungsi untuk membangkitkan atau memutar motor elektrik (pemampat / kipas) sehingga mencapai putaran penuh.


- Kapasitor bekerja sangat singkat sewaktu menggerakkan pemampat / kipas dan segera terputus ketika putaran pemampat / kipas mencapai tahap maksimum.


5. Pelindung Beban Lampau / Overload Protector.
 
- Overload Protector atau Pelindung Beban Lampau merupakan komponen keselamatan untuk pemampat.


- Alat ini dapat melindungi komponen elektrik peti sejuk daripada kerosakan akibat arus yang dihasilkan pemampat melebihi had normal.

- Jika arus pada pemampat melebihi dari arus yang sepatutnya, overload akan memutuskan bekalan yang masuk ke pemampat.


6. Geganti / Relay.

- Geganti @ relay merupakan suis automatik untuk menggerakkan motor pemampat.


- Ia bekerja dengan menyesuaikan putaran magnet yang dibangkitkan sehingga dapat menghubungkan atau memutuskan semula arus elektrik secara automatik.


Komponen-komponen no.7 sehingga no.12 adalah seperti di bawah ini :

7. Pemeluwap / Condensor.


















- Pemeluwap berfungsi untuk menyingkirkan haba yang diserap oleh penyejat dan pemampat.
- Jenis pemeluwap yang banyak digunakan pada peti sejuk ialah dari jenis penyejuk udara.

- Ketika peti sejuk dihidupkan, pemeluwap akan terasa panas apabila disentuh.

- Pada peringkat awalnya, pemeluwap ini diletakkan di belakang peti sejuk, tetapi pada masa kini, ianya diletakkan di dalam badan peti sejuk.

- Ini dapat mengurangkan berlakunya karat pada badan peti sejuk di samping ia menjadikan peti sejuk lebih menarik.


















8. Penyaring / Strainer.













- Penyaring bekerja dengan menapis kotoran yang terhasil daripada hakisan bahan pendingin di dalam sistem peti sejuk.


- Serpihan dan kotoran paip seboleh mungkin tidak masuk ke dalam pemampat dan ianya disaring oleh penyaring ini.

- Penyaring mesti mampu menyaring kekotoran yang mungkin akan memasuki sistem seperti karat, serpihan logam atau tembaga ketika kerja-kerja mengimpal dilakukan.

9. Tiub Kapilari / Capillary Tube.

















- Peti sejuk tidak menggunakan alat mekanikal sebagai kawalan aliran bahan pendingin. Ia menggunakan tiub kapilari atau tiub rerambut.



- Pada dasarnya tiub rerambut adalah satu tiub yang kecil. Kadar aliran bahan pendinginnya ditentukan oleh panjang tiub dan garis pusat dalaman lubang.


- Bahan pendingin akan terus mengalir melalui kapilari apabila pemampat berhenti sehingga tekanan dalam sistem (sebelah tinggi dan sampingan rendah) berada pada tekanan yang sama.


- Tiub rerambut biasanya terletak selepas penapis penyaring, ia kadang-kadang dibentuk ke dalam gegelung yang ketat di sekitar talian sedutan.


- Dapat diperhatikan bahawa tiub rerambut sebenarnya melalui dalam talian sedutan penyejat dan dengan itu menyediakan ciri-ciri pertukaran haba yang meningkatkan prestasi pemampat.

















10. Pelaras Suhu / Thermostat.

- Termostat juga dikenali sebagai pengawal suhu. Ia berfungsi untuk mengawal suhu secara automatik berdasarkan bacaan suhu pada setiap bahagian peti sejuk.


- Ia adalah umpama suis automatik yang bekerja berdasarkan pengawalan suhu.

- Jika suhu penyejat sudah mencapai pada suhu yang dilaraskan pada termostat, ia akan memutuskan bekalan elektrik ke pemampat.

 
 
 
 
 
 
 
 
11.Pemanas nyahfros / Defrost Heater.
 
- Pemanas atau ‘heater’ biasanya dipasang pada peti sejuk non freezer, 2 pintu dan ke atas.


- Ia berfungsi untuk mencairkan frost yang terbentuk di penyejat sekali gus mencegah daripada terjadinya penimbunan frost.


- Pemanas diperbuat daripada kawat pemanas dan dibungkus dengan vinyl (sejenis plastik).

- Saiz elemen pemanas disesuaikan dengan saiz penyejat.

- Terdapat 3 jenis pemanas tanpa frost iaitu pemanas lilit, kaca dan aluminium.

- Pemanas lilit dipasang di sekitar paip penyejuk di bahagian penyejat manakala pemanas kaca dan lembaran aluminium dipasang di bahagian bawah penyejat.



12.Kipas / Fan @ Blower.
 
- Kipas penyejat (evap fan) hanya terdapat pada peti sejuk 2 pintu dan ke atas.


- Ia berfungsi untuk menghembuskan udara dingin dari penyejat ke seluruh bahagian peti sejuk.

- Daun kipas diperbuat daripada bahan plastik atau aluminium.

- Terdapat dua jenis daun kipas iaitu ‘propeller’ dan ‘blower wheel’.


- Jika pintu peti sejuk dibuka, kipas akan ‘off’. Begitu juga jika pemanas sedang bekerja, kipas akan ‘off’.