iklan2

Jumaat, 23 Mac 2012

Peti Sejuk Ada "Curent" Pada Body nya..

Semalam (21.3.2012) ada orang tanya saya tentang masalah peti sejuknya di kampung (Lawas). Jika di on peti sejuk itu, maka MCB (miniature circuit breaker) atau pemutus litar kecil di rumahnya akan terturun atau 'trip'. Maka beliau pun menanggalkan kabel 'earth' pada plug 3 pin pada peti sejuk tersebut. Akibatnya, peti sejuk itu boleh on tanpa MCB menjadi trip. Tapi satu masalah yang timbul, apabila beliau memegang body peti sejuk itu, terdapat "leakage curent" atau arus elektrik pada body peti sejuk itu. Apa tindakan seterusnya?..


Okay, memang litar elektrik pada peti sejuk tersebut ada "short circuit" atau litar pintas. Jika di lihat pada litar pendawaian peti sejuk, bekalan kuasa 240v akan masuk ke litar pendawaian peti sejuk seperti rajah di bawah iaitu peti sejuk satu pintu jenama National model NR-A16D :













1. Life akan masuk terus ke geganti @ relay sebelum masuk ke terminal pemampat.
2. Neutral akan masuk ke pelaras suhu @ thermostat sebelum masuk ke pelindung beban lampau @ overload protector seterusnya ke terminal common pemampat.


Biasanya kes-kes litar pintas berlaku apabila ;
1) Dulang tadahan air limpah yang terletak di atas pemampat ;
- Air akan terkeluar mengenai pemampat @ relay @ overload apabila ia terlalu penuh;
- Air akan terkeluar apabila ada kebocoran pada dulang tadahan air akibat gigitan tikus.


2) Boleh jadi juga kerana pemampat itu sendiri yang "gagal" ujian rintangan penebatan peralatan elektrik rumah. Ini kerana jika nilai pemampat kurang daripada 0.5 Mega Ohm ia dikategorikan sebagai tidak baik @ tidak selamat dan jika ia melebihi 1 MegaOhm maka ia dikategorikan sebagai baik rintangan penebatannya.

Menguji rintangan penebatan sebuah pemampat peti sejuk.


3) Boleh jadi juga kerana ada wap air pada pendawaian elektrik di dalam sistem peti sejuk terutamanya "thermostat" yang terletak berdekatan dengan tempat pembeku.


4) Dan juga bahagian-bahagian lain yang kadang-kadang sukar untuk dikesan ^_^.

5 ulasan :

Tanpa Nama berkata...

askum bro nak tanya kalau compressor peti sejuk komersial tiga pintu hidup,lepas tu mati...rosak apa ye..

wai bee berkata...

alaikumsalam.. biasanya kita kena check satu persatu, kemungkinan, thermostat yg rosak, atau memang dia begitu, apabila sudah capai tahap sejuk yg dikehendaki, compresor akan mati dgn sendiri..
p/s - sebenarnya jika kita 'hands on' baru kita dapat 'detect' apa masalah sebenar ^_^

Mass Hakimi Masod berkata...

Salam . saya nak tanya. Peti sejuk beku petak biasa untuk meniaga punya saya problem dimana selepas saya cuci n terbalikkan then mesin x on. Soalan saya , adakah current sepatutnya masuk ke motor dia ?
Saya check incoming ada. Then after thermostate live ke motor tiada. Kemungkinan apa ye ?

Mass Hakimi Masod berkata...

Salam . saya nak tanya. Peti sejuk beku petak biasa untuk meniaga punya saya problem dimana selepas saya cuci n terbalikkan then mesin x on. Soalan saya , adakah current sepatutnya masuk ke motor dia ?
Saya check incoming ada. Then after thermostate live ke motor tiada. Kemungkinan apa ye ?

Wai Bee berkata...

Salam.. Power supply masuk dr plug soket terus ke termostat dulu kemudian baru ke motor pemampat dia. Klu x de karan keluar dr termostat mgkin ia rosak.