iklan2

Jumaat, 7 Oktober 2011

Mengecas Menggunakan Silinder Pengecas (Charging Cylinder)

Salam...
Minggu lepas saya telah melakukan kerja-kerja mengecas peti sejuk dengan menggunakan silinder pengecas. Melalui cara ini, bahan pendingin dapat dimasukkan ke dalam sistem peti sejuk dengan lebih tepat iaitu tidak kurang dan tidak lebih. Langkah-langkahnya ialah seperti berikut :

1. Sediakan peralatan-peralatan seperti :
    - Tolok pancarongga;
    - Pam vakum;
    - Bahan pendingin R134a;
    - Silinder pengecas.

2. Masukkan bahan pendingin secukupnya daripada tong R134a (13.5kg) ke dalam silinder pengecas mengikut kadar unit peti sejuk iaitu 90 gram. Sebelum itu, laraskan getah hitam pada sukatan 90g.


3. Lakukan pengungsian (vakum) pada unit.


4. Selepas vakum, sambungkan hos servis (kuning) pada injap pengecas dan lakukan pelegaan (purging). Ini bertujuan membuang udara yang ada di dalam hos servis semasa memindahkannya dari pam vakum.



5. Semasa mengecas, sistem adalah dalam keadaan off, buka injap servis (tombol biru) dan biarkan bahan pendingin dalam bentuk gas perlahan-lahan masuk ke dalam sistem. Biarkan kira-kira 5 minit sebelum unit dihidupkan. Jika buih terjadi di dalam silinder pengecas, injap servis hendaklah ditutup dan goncangkan silinder ke atas dan ke bawah beberapa kali. Jangan terlalu lama, kemudian bolehlah mengecas semula.

6. Jika tekanan dalam pengecas menjadi seimbang, kita boleh menambah tekanan pada pengecas dengan menggunakan air suam untuk memanaskanya apada suhu lebih kurang 51 darjah celcius. Sesetengah silinder pengecas disertakan dengan heater sebagai pemanas. Jangan gunakan api untuk memanaskan silinder.

7. Setelah casnya cukup, buat kapitan (pinching) pada tiub servis dan potong kemudian silfoskan (pateri dengan silfos rod).


12 ulasan :

ahteng berkata...

salam, boleh tanya kalau 90gram agak2nya berapa bacaan bagi psi?

Aeri berkata...

Salam kembali... untuk unit peti sejuk rumah, bacaan psi dia di antara 5 - 10 psig dan ia tidak fix pada 90gram sahaja keranan ada juga unit yg menggunakan 110gram, 120gram, 160gram, dsb...

Sayyid berkata...

okeh, selepas vakum pemampat saya masukan gas sebanyak 10 psi, selepas on power bacaan pada manifold menurun perlukan saya tambah gas sehinga bacaan seimbang atau pun berpandukan bacaan baca clampmeter.

sayyid berkata...

okeh, selepas vakum pemampat saya masukan gas sebanyak 10 psi, selepas on power bacaan pada manifold menurun perlukan saya tambah gas sehinga bacaan seimbang atau pun berpandukan bacaan baca clampmeter.

Aeri berkata...

ok, jika sudah mencapai 10psi tekanannya, jgn tambah lagi, cukup berpandukan kpd clamp meter pula..

Aeri berkata...

tapi jika bacaan clamp masih belum mencecah nilai pd unit, baru tambahkan lagi tekanannya @ gasnya..

m atho berkata...

Kenapa cooling coil chiller membeku slps compressor nya ditukar?

Wai Bee berkata...

mgkin saiz compressornya lebih besar drpd yg asal atau mgkin gas terlebih diisi semasa di'charging'..

Faizal berkata...

salam,tuan kalau service comp vacuum semua dah buat dan nak isi balik gas berapa psi utk diplay chiller 1pintu?

Faizal berkata...

salam,tuan kalau service comp vacuum semua dah buat dan nak isi balik gas berapa psi utk diplay chiller 1pintu?

Wai Bee berkata...

Salam faizal, kadang2 dia ada bgtahu kat pelekat dia. Tp klu x ada, biasanya utk display chiller 1 pintu dlm 20 psi, lps tu tgk Amp dia dgn Clamp meter. Jgn lebih drpd spec yg sepatutnya..

Yurashida Delylia Home Recipe berkata...

boleh bagi no contact x..ada service