iklan2

Rabu, 16 September 2009

Panduan Penjagaan Peti Sejuk Rumah

Salam...
saja nak update...

ANTARA PANDUAN DAN TIP UNTUK MENJAGA PETI SEJUK DI RUMAH ANDA...
a) Jangan buka peti sejuk terlalu lama kerana udara sejuk akan keluar dan boleh
meninggikan suhu di dalam peti sejuk sekaligus meninggikan penggunaan kuasa elektrik.

b) Jangan isi peti sejuk dengan muatan yang berlebihan kerana ia akan mengurangkan ruang udara dan menghalang udara sejuk beredar ke seluruh ruang.

c) Makanan segar elok dibungkus dengan plastik bagi mengekalkan kesegaran dan mengelakkan makanan daripada berbau.

d) Sejukkan makanan/minuman terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana ia dapat menghindarkan pembentukan bekuan yang berlebihan yang akan mengurangkan kesan penyejukan.

e) Jangan simpan makanan/minuman di dalam bekas kaca di dalam ruang sejukbeku kerana ia boleh pecah apabila ia beku.

f) Apabila hendak keluar bercuti,cabut palam kuasa,kosongkan peti sejuk,basuh bahagian dalam peti sejuk dengan kain basah dan buka sedikit pintu sejuk supaya tidak berbau.

g) Paip pengering mullion dan paip pemeluwapan dalam mengalirkan gas Freon yang panas ke sekeliling badan peti sejuk bagi mencegah pemeluwapan di permukaan dan badan peti sejuk.Adalah normal jika bahagian luar peti sejuk akan menjadi panas terutamanya selepas saja dipasang.