Rabu, 4 Disember 2013

Servis aircond kereta jenis proton wira..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aircond kereta amat berguna ketika cuaca hujan. Ini kerana jika aircond kereta rosak atau kurang sejuk, ia akan menyebabkan cermin kereta akan berkabus ketika memandu pada hari hujan. Selain itu, aircond kereta akan memastikan peredaran udara di dalam ruang kereta akan menjadi bersih dan paling penting ia memberi keselesaan kepada pengguna.

Tempoh servis aircond kereta bergantung kepada cara penggunaannya. Ini kerana jika ruang kereta terutamanya alas kaki sering berdebu dan berhabuk, ia akan menyebabkan sistem aircond akan cepat berkurangan prestasinya. Jika kita terasa angin aircond sudah kurang memuaskan dari segi rasa sejuk dan mungkin berbau sedikit, maka bolehlah kita bersiap2 untuk membuat 'servis' ke atas sistem aircond kereta kita.



- Bahagian 'dashboard' yang akan dibuka untuk mengeluarkan 'cooling coil'.



- Setelah 'cooling coil' dibawa keluar dan sebelum ia dicuci, 'expansion valve'nya akan ditukar terlebih dulu. Ini kerana usianya sudah mencecah 8 tahun dan ia belum pernah ditukar.




- 'Cooling coil' @ penyejat ini akan dicuci dengan 'chemical'.


- Kemudian buka 'compresor' dan 'filter'nya.


- 'Filter' lama diganti dengan yang baru.


- Minyak lama dari 'compresor' ditukar dengan minyak yang baru.



- Selepas 'cooling coil' dicuci, 'compresor' ditukar minyak, 'expansion valve' dan 'filter' ditukar, maka semua komponen ini akan dipasang semula.
- Kipas penghembus @ 'blower fan' dan pemeluwap @ 'condenser' pada kereta juga akan diservis.
- Kemudian sistem akan divakum selama setengah jam dan diisi gas R134a sambil melihat tekanan pada tolok pancarongga.




- Tekanan 'low side' = 24 psi dan tekanan 'high side' 170 psi.
 

- Ini adalah tekanan ketika 'compresor' dalam keadaan 'cut off'.

- Manakala suhu ketika 'compresor cut in' sekitar 11-12 darjah celcius dan ketika 'cut off' sekitar 8-9 darjah celcius..


Terima kasih banyak2 kepada rakan saya, Peter yang juga bekas anak murid saya dulu, yang banyak membantu saya dalam kerja-kerja HVAC ini. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik beliau..


Subhanallah..
Alhamdulillah..
AllahuAkbar..

12/13..



22 ulasan :

  1. Assalamualaikum.. saya telah check low press 30psi, hi press 100psi. Adakah perlu ditambah gas lagi atau terdapat kerosakan kompenan lain.

    BalasPadam
  2. Waalaikumsalam..
    klu dgn tekanan itu angin aircond terasa sejuk, biarkan saja tapi kalau masih belum cukup sejuk, tambahkan lagi gas dan jgn melibihi 40 psi dan pastikan sight glass pd filter drier kurang berbuih jika ia ada sight glass..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum. Saya bercadang nak service aircond kereta. Soalan saa adakah wajib untuk tukar minyak kompresor. Usia kereta sekitar 3 tahun lebih. Saya pernah refill gas sekali sahaja dan beberapa kali tukar cabin filter. Saya pernah ke kedai servis aircond. Pomen tu kata cooling coil dibersihkan dan sekadar periksa compressor sahaja. Tak perlu tambah minyak jika tak ada leaking. Mohon tuan bg jawapan

    BalasPadam
  4. waalaikumsalam.. klu usia kereta 3 thn xperlu lagi tukar minyak compresor..
    klu nk servis cooling coil boleh juga.. bg saya cukup servis blower fan saja.. dan check tekanan aircond..

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum boss Kereta saya low 30-35 High 250 baru sejuk, adakah compressor rosak,gas selalu kurang.tmkasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.. mesti ada bocor kat mana2 piping sistem aircond kereta awak..

      Padam
  6. brape lama masa untuk isi gas?5 minit ke 18 minit?mcm skejap sgt je uncle tu buat.perodua alza.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sbnarnya tak kisah brapa lama, yg penting tekanan dia dh cukup..

      Padam
  7. Hi tuan, saya ingin bertanya kenapa kereta proton saga aeroback saya bila berhenti di traffic light aircond tidak sejuk cuma ada angin sahaja dan bila kereta mula bergerak baru aircond terasa sejuk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mgkin sbb kipas condensor kat dpn tu ada masalah..cuba check..

      Padam
  8. Assalamualaikum tuan..nak tanya knp kereta wira bila mula2 pasang aircond terasa sejuk..tp selepas 4minit ke 5minit terus angin shj yg rase..sejuk aircond sudah tiada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..
      Kena buat diagnosis dulu.. check tekanan dia dgn manifold gauge dpt berapa bacaan.. tgk kipas condensor dpn pusing ke tak, pastu check air filter klu ada, cooling coil dh brapa lama x cuci.. byk sebenarnya nk kena check utk kenal pasti punca dan masalah dr mana.. 😊

      Padam
  9. Slam.. tuan... boleh kah sy hubungi tuan kenaan aircond dan jg utk dpt khitmad service spt dlm paparan ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. tuan Tanya Kat sini saja atau inbox fb sy Wai Bee..

      Padam
  10. salam tuan, proton wira sy, aircond sejuk tp kena buka dalam 3 baru rasa angin, kenapa yaa ada apa2 perlu sy service ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. ya tuan kena buka dan servis motor blower fan, cuci bilah blower tu dh kotor penuh dgn debu..

      Padam
  11. Salam sejahtera empunya blog.

    Nak tanya, sya dapati air bertakung dlm evaporator box, kalau salah tolong betulkn. Apa masalah yg sya hadapi, adakah trlalu kotor shingga air tidak dpt mngalir kluar? Dan brapa anggaran kos servis?
    Tq

    BalasPadam
  12. Salam sejahtera tuan..saya nak tanya Proton wira aircond saya sekejap sejuk sekejap tak sejuk,kena on off on off suis utk sejukkan semula aircond tapi akan berulang lagi masalah tersebut tak lama selepas tu.bearing kompressor pun agak bunyi kasar.apa masalah sebenar dia tuan?

    BalasPadam
  13. salam.. maaf kerana lambat reply.

    din - kos servis ikut kedai dan ikut apa kerja yang dibuat, maaf sy pun tak pasti harganya

    unknown - suis thermostat yg rosak dan belting kena tukar, klu bunyi bearing maka tukar bearing

    BalasPadam
  14. kenapa yer kereta wira saya..bila on aircond agak2 lama sikit memandu tiba2 timing kereta akan jd tak tentu kereta pon terhenjut.. lagi2 cuaca panas angin aircond pon jd sekejap sejuk sekjap tak sejuk..baru servis aircon kedai cina td. tmbah gas vacum n tmbah oil compressor..taukey kedai bgtau u punya psi 250 tinggi.. pipe pon x sejuk panas shj ni.. dia kata bahaya..
    proses vacumm ni.mcm mana..sbb td sy servis vacum isi minyak compressor dan isi gas rm120..

    BalasPadam
  15. kereta wira saya, bila pagi on aircond ia sejuk, petangnya (bila hidup enjin semula) bila on ia tidak sejuk (keluar angin saja). Temperature enjin ok saja. Pergi kedai kereta pun susah nak detect, katanya kena hidup enjin sampai aircond berhenti baru boleh thu puncanya. Ada kemungkinan suis pelaras sejuk yang rosak ker. terima kasih

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.