Isnin, 21 Oktober 2013

Peti sejuk yang bocor pada penyejat @ 'cooling coil' nya.

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

Ramai yang bertanya saya tentang peti ais mereka yang bocor akibat terkena pisau atau skrudriver. Kebiasaannya apabila peti ais satu pintu sudah menebal aisnya (frost), maka kita terpaksa menekan butang defrost untuk mencairkan ais tersebut. Berbanding dengan peti ais dua pintu, ia mempunyai defrost timer yang akan menjalankan proses defrost secara automatik.



Jadi ramai di antara kita memilih untuk memecahkan ais yang menebal dan mengeras dengan menggunakan benda yang tajam. Akibatnya, hujung benda yang tajam itu amat berisiko untuk menerobos dinding penyejat yang amat sensitif itu. Gambar ini menunjukkan contohnya, di mana tuannya telah menggunakan skrudriver. Nampak tak kesan kemek akibat tusukan srudriver itu?

 - Kelihatan sedikit minyak yang telah keluar dari tempat yang berlubang..

- Tempat yang bocor telah ditanda bulat.















Kemudian tempat yang bocor ini akan dibuat tampalan. Ada yang menggunakan gam khas, ada yang menggunakan rod aluminium dan ada yang menggunakan rod "heat seal stick". Kadang2 proses menampal ini berisiko untuk menjadi tersumbat pada lubang yang bocor tadi. Jadi tindakan berhati2 amat dititik beratkan.


Setelah ditampal, ia kemudian dikemaskan lagi dengan menyembur @ mengecat semula tempat yang telah ditampal tadi dengan cat putih. Akhirnya ia akan menjadi seperti ini,



Selepas ini, peti ais ini akan ditukar minyak pemampat atau ditambah sedikit minyak pemampat, di'flushing', ditukar strainer, divakum dan di'charging' mengikut prosedur yang betul.



Sekian untuk kali ini,

Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..

72 ulasan :

  1. kos berapa untuk kerja camni tuan?

    BalasPadam
  2. dia bole tahan lama mana ye.. tuan services area mane je?

    BalasPadam
  3. Lama jugak.. Sampai peti ais rosak dan berkarat.. Sy di Kuching Sarawak..

    BalasPadam
  4. assalam Wai Bee. sye Ana dr Semenanjung. sye susah hati. boleh tampal sprt di atas ke jika yg bocor adalah di bhgian lantai bkn dinding mcn ats? akibat bocor disebababkan belahan pisau..need advise.tq

    BalasPadam
  5. Waalaikumsalam aimi..
    InshaAllah boleh ditampal.. kena pastikan lubang dia x terlalu besar.. sebab risiko utk tersumbat. Tanya kedai yg berdekatan dgn tmpt tinggal awak..

    BalasPadam
  6. boleh ditampal dgn hot heal stick jugak ke? or somethg else. dan bp kos tampalan utk lantai? belahan skit je sbb kne muncung pisau :(

    BalasPadam
  7. boleh je.. tentang kos tu bergantung pd kedai.. kena servay tanya dulu la.. awak duduk area mana?

    BalasPadam
  8. aimi, cuba contact en tarmizi 01125689571 utk tanya dia klu dia boleh dtg repair peti ais awk.. dia duduk putrajaya - bangi - kajang

    BalasPadam
  9. adehh jauh tu. Wai Bee xde contact repair di pj,tmn medan, sunway, subang jaya dan seangkatan dgnnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha ada nexttime kalau jadi call 0182760216

      Padam
  10. Blh mtk no contact x?kmk mok repair ptiais kmk.kmk d kuching..atau boleh email ke norlela.alem@gmail.com

    BalasPadam
  11. Salam Wai Bee. kes peti sejuk saya sama seperti yang tertera di blog tuan. cuma lubang yang saya cucuk berada di bahagian bawah cooling coil. saya sekarang duduk di Bedong, Kedah. saya sudah tanya dengan pomen di kawasan saya. dia kata kos baiki kerosakan seperti ini antara RM300-RM400. saya rasa macam ada yang tak kene. tampal dan isi gas pun sampai RM400?? repair air-cond kereta saya pun akibat lubang bocor tak de lah setinggi tuh. mohon pencerahan tuan. terima kasih!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam zc.. saya rasa caj itu agak mahal.. tp tak pasti kenapa, mgkin pomen tu ada alasan tersendiri. Contohnya mgkin dia guna gas yg mahal, tools yg mahal utk buat kerja.. biasanya kat tmpat sy tak sampai rm200 pun..

      Padam
    2. Area pulau langkawi tuan ada contact no x.

      Padam
    3. Maaf tuan, x ade.. tuan cuba Google dulu..

      Padam
  12. Wai Bee ada kenalan ke kat kawasan sungai petani kedah yang mungkin boleh tolong membaiki peti sejuk saya? sebab peti sejuk saya ni baru beli. umur tak sampai setahun. nak beli baru macam rasa membazir pulak. terima kasih sebab sudi jawab soalan saya.

    BalasPadam
  13. Salam

    Saya punya peti sejuk dua pintu, sudah setahun tak dihidupkan sebab tak guna. Sekarang nak guna bila on dia tak sejuk.
    Baru sorang technician cek, dia kata coil bocor banyak tempat (saya tak tengok dia buat di tempat dia). Anggaran kos untuk welding semua RM390, kalau kena tukar (apatah, coil agaknya) RM450.

    Hmmmm... Saya nak survey dulu.
    Kalau tuan ada kontak di Johor Bahru?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam nor afzan.
      Peti sejuk 2 pintu jarang bocor pd cooling coil. X pernah lg sy jmpa setakat ini. Klu pomen tu kata caj sbyk itu, baik awak beli peti sejuk yg baru, tambah sikit rm dh dpt peti sejuk satu pintu..

      Padam
    2. Itulah, saya pun tak tahu gambarannya. Tapi saya cakap dgn dia tak proceed, ambil balik. Ada lagi sorang quote saya rm250 lps nego, dia belum tengok lagi, ada waranty 6bulan.

      Tapi ada juga orang kata kalau kerosakan macam tu, walau dah betulkan dia tak akan tahan lama, nanti jadi lagi, lebih baik beli baru. Betulkah tuan?

      Padam
  14. kebanyakannya begitu, tp ada juga yg ok..

    BalasPadam
  15. Tuan sllu peti ais mcm ni pkai gas apa???

    BalasPadam
  16. tuan wai bee sy pakai peti 2 pintu smsung..tmpt air batu sy sjuk tp xbeku kenapa ya?apa mslhnye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eira, mgkin setting termostat low. Atau pun mgkin masalah defrost termostat kat tmpt cooling coil dia..

      Padam
  17. Assalamualaikum en. Buat servis repair peti ais tak? Area samarahan

    BalasPadam
  18. Waalaikumsalam.. buat masa ni tak.. cuma jd penasihat je klu ada problem peti ais :)

    BalasPadam
  19. Haritu sy ada repair peti sejuk, sbb trcucuk pisau. Peti satu pintu. Dah di tampal, letak gas semua. Org tu ambil rm300. Tapi peti ais masih tak sejuk lepas tu. Kenapa jd mcm tu ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesiannye.. abis tu panggil balik org tu utk baiki semula sbb mesti ada warranty dia bagi.. awk samarahan kat mana?

      Padam
    2. Dah. Dia kata komposer rosak. Kalau repair komposer tu selalu kena charge dlm range berapa? Area summer mall.

      Padam
    3. Alahai.. Kalu ikutkan mesti ada warranty drpd pomen yg repair sblm ini. Sbbnya slps dia repair peti ais tu tiba2 compresor pulak rosak. Klu dia buat kerja dgn jujur, dia kena bgtau awal2 sblm dia repair yg compresor pun rosak. Ini tidak, bila dh siap repair pertama dan dpt rm300 tp apabila dipanggil semula dia boleh kata compresor yg rosak. Klu awk repair compresor tu maunya awk kena caj dlm rm400 dan lebih. Jd jmlah itu adalah berbaloi klu awk beli satu peti ais yg baru.. :(
      Sy pun duduk x jauh area summer mall :)

      Padam
  20. Ada cadangan, apa yg perlu sy buat ni? Repair or tak payah? :-(

    BalasPadam
  21. Cadangan sy ialah awk x payah repair.. sebaiknya awk beli peti ais baru :)

    BalasPadam
  22. Nk tnya, saya punya pon ada masalah yg sama, sbb terkena pisau, nk repair area port Dickson ada tak mana2 kenalan...

    BalasPadam
  23. Salam, peti ais saya juga mengalami perkara yg sama dan saya tinggal di kota samarahan. Boleh tak bagi nombor tempat yg boleh repair peti ais ni di area yg berdekatan? Tq

    BalasPadam
  24. Salam.. Maaf ye saya pun x pasti..

    BalasPadam
  25. Salam en wai bee, boleh sy tnya. Sy ada masalah spt yg tertera tercucuk pisau ketika mmbersihkan peti ais. Dan kebocoran berlaku pada 2 hari lepร s, dan semalam baru sedar bahawa peti ais atas sudah tidak berfungsi.. Terdapat technician yg berpendapat bahawa peti ini mungkin kondisi 50-50 sahaja peratus ok untuk dibetulkan. Ia nya disebabkan kebocoran gas berlaku sudah agak lama dan suis peti tidak dimatikan. Jadi, apakah benar bahawa masalah sedemikian peratusan ok tu hanya 50% sahaja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali..
      Sebenarnya ia boleh dibaiki dan sy bg percentage dlm 90% boleh dibaiki. Dengan syarat, kena buat flushing - utk mengeluarkan wap2 air dlm sistem dan tukar myk compresor kerana dikhuatiri bercampur dgn air.. caj dlm lingkungan rm150-250

      Padam
  26. Terima kasih cik wai bee atas feedback yg diberikan. Ade tak no contact technician area petaling jaya? Sebab dah dua kali datang repair tp tak mnjadi

    BalasPadam
  27. tu ada yg reply dan bg no tu, tq tuan ๐Ÿ˜Š

    BalasPadam
  28. Salam Encik Wai bee, saya tinggal di Kota Samarahan. Encik masih baiki peti ais yang bocor gas tercucuk pisau? Kalau tak encik ada nombor telefon technician lain boleh dicadangkan? Terima kasih sgt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam en Syatir, cuba wasap kwn saya Jamri 0148930096 utk perkhidmatan membaiki peti ais yg bocor..

      Padam
  29. Salam Encik Wai Bee, saya juga mengalami masalah tercucuk fridge. Encik masih menyedikan perkhidmatan untuk menampal? Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. maaf, buat masa ni sy stop dulu.. boleh Google pomen yg berdekatan dgn tmpt tinggal cik..

      Padam
    2. Slm tuan...boleh sy thu kalau ripair sendiri boleh k...??gam apa yg diguna kn...??

      Padam
    3. Salam.. gam nya sy x pasti, tp sy guna lem jenis heat steel stik

      Padam
  30. Salam encik. Mau tanya kitak lepas mek suruh org baiki tampal fridge, sudah seminggu, didapati bahagian bawah freezer sejuk tapi sik beku. Bahagian atas freezer beku. Bolehkah encik jelas tentang situasi ni? Makseh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sik pasti, boleh panggil balik org yg repair tu semula

      Padam
  31. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  32. Encik wai bรจe..saya punya peti sejuk 2 pintu toshiba yg atas sejuk tapi tak berapa beku dan yang bawah tak sejuk..sebelum jadi macam ni ada air meleleh ke bawah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu air meleleh tu bermakna peti ais tersumbat sistem pembuangan airnya.. berkenaan yg sejuk tp x brapa beku tu sy kurang pasti, boleh panggil pomen yg berdekatan utk memeriksa dgn lebih detail..

      Padam
  33. Hi en wai bee ... Peti ais saya ada masalah tak berapa sejuk , kat area kuching / matang ada tak pomen yg boleh ke rumah utk baiki .. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada.. cuba contact atau wasap kwn sy, Ijam 0148930096

      Padam
  34. Kalau dah bocor dia akan keluar gas, gas tu bahaya tak kalau kita biarkn peti srjuk masih on

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gas tu x bahaya.. tetapi jgn dibiarkan peti ais dlm keadaan on, baik offkan terus..

      Padam
  35. Hai wai bee.. sy ada masalah yg sama...peti ais sy terkena hujung pisau skit... sy dh tutup suiz awal2 n keesokan harinya baru sy tampal aluminium yg utk periuk tu pada tmpat yg trkene skit... lepas tu sy on kan balik suiz peti... x apa ke? Ada ape2 efect x? Apa patut sy buat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai niwa.. lps awk tampal dan on balik tu ada rasa sejuk tak? Sepatutnya apabila ia sudah terkena benda tajam, ia akan bocor wlpun halus ia akan ambik masa utk keluar sikit 2 gas tu.. jd ia kena tampal dgn prosedur yg betul.. pomen peti ais tahu cara yg betul, awk kena cari pomen yg betul2 pakar.. ๐Ÿ˜ƒ

      Padam
    2. Tq...dh pggil pomen..dh siap baiki dh...๐Ÿ˜Š

      Padam
    3. Okay.. sama2.. brapa kena caj?

      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    5. masa cik tampal tu,freezer masih boleh beku lagi tak?atau skadar sejuk skit je?

      Padam
  36. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  37. salam encik wai bee,kalau saya tampal sahaja tapi tak tambah gas takpe ke?ad effect ap2 tak kat peti?atau sejuk tu akan berkurang ke?(peti satu pintu)

    BalasPadam
  38. salam en ahmad. maaf kerana lambat reply, boleh tampal dan kena tambah gas kerana gas yg lam dh berkurang

    BalasPadam


  39. salam wai bee..kmk pn peti bocor tecucuk benda tajam..mun nak repair brapa kos nya oh??mun tukar dinding penyejat freezer ya brapa kos nya...

    BalasPadam
  40. salam.. mun repair bocor ya kos dalam rm280, mun tukar dinding penyejat kmk sik pasti sebab sik pernah tukar :)

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.