Selasa, 6 Ogos 2013

Membaiki kipas rumah yang perlahan pusingannya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Biasanya di rumah-rumah kediaman, ada beberapa jenis kipas yang biasa digunakan seperti :

1. Kipas berdiri;


2. Kipas siling;

 3. Kipas dinding;


Jadi, pernahkan kipas di rumah anda menjadi perlahan pusingannya walaupun sudah ditekan butang maksima?
Jika ya, pasti kita akan tertanya-tanya kenapa ia menjadi perlahan begitu. Bagi mereka yang ada belajar tentang elektrik, pastinya mereka sudah boleh mengagak apa masalahnya. Cuma bagi mereka yang tidak tahu atau kurang arif tentang peralatan elektrik, mereka akan menjadi bingung.

Biasanya masalah kipas menjadi perlahan adalah disebabkan oleh 'kapasitor' nya sudah menjadi lemah atau rosak. Tugas kapasitor ini ialah menyimpas cas elektrik sebelum ia dilepaskan ke peralatan yang dipasang kepadanya.

Beginilah rupanya kapasitor itu..


Nilainya dibaca mengikut nilai uF @ mikro farad. Kipas yang kecil biasanya ia menggunakan kapasitor bernilai 1uF, 1.2uF atau 1.5uF. Biasanya kipas berdiri yang banyak menggunakan kapasitor ini.
Kipas yang sederhana besar menggunakan kapasitor dengan nilai 2.0uF dan 2.5uF. Biasanya untuk kipas siling dan kipas dinding. Manakala untuk nilai seperti 5uF, kipas berdiri jenis industri yang banyak menggunakan kapasitor jenis ini. Selain itu, kipas di dalam peti sejuk dan unit penyaman udara pun menggunakan kapasitor bernilai 5uF. Manakala untuk mesin basuh pula, biasanya ia menggunakan kapasitor bernilai 8uF, 9uF, 10uF dan ke atas.



- Kipas siling yang menggunakan kapasitor bernilai 2.0uF.


- Kipas berdiri yang menggunakan kapasitor bernilai 1.5uF.

Selain daripada bentuk segiempat hitam, ada juga kapasitor berbentuk bulat dan berwarna putih..


Gambar ini pula ialah kipas siling jenis lama dengan kapasitornya pun jenis lama.




- Untuk kipas siling jenis kawalan jauh pun ada menggunakan kapasitor, tetapi ia menggunakan 4 biji kapasitor, 3 biji untuk kawalan kelajuan no.1, no.2 dan no. 3, manakala satu lagi kapasitor digabungkan untuk daya kilas permulaan. Kapasitor itu berwarna coklat berbentuk segiempat.
 Lihat gambarajah di bawah..


Apa pun, jika kipas di rumah kita berpusing perlahan, kita cuba dulu tukar kapasitornya. Andai kata masih juga bermasalah, sila rujuk pada juruelektrik atau mereka yang pakar untuk mengatasi puncanya. :)


Sekian coretan untuk kali ini, jumpa lagi InshaAllah..

- Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..
- Wai Bee, Ogos 2013, KL.

42 ulasan :

  1. kipas siling no 5 je ok, tapi no 1-4 slow sgt. kapasitor da tukar sama juga...ad cdgn?

    BalasPadam
  2. Kmgkinan regulator iaitu alat pengawal kelajuan kipas tu ada masalah..

    BalasPadam
  3. susahnya saya nak dpatkan kapasitor 1.8mF kat sini. boleh tuan tolong dapatkan untuk saya?

    BalasPadam
  4. Klu 1.8uf mmg saya tak pernah jumpa, awak boleh gantikan dengan 2.0uf, sama saja..

    BalasPadam
  5. Saya dh tukar kapasitor baru.. Lepas tukar on kipas kapasitor terus terbakar apa masalahnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa mgkin awak salah sambung kabel dia, atau ada kabel lain yg bersentuhan.. sbb klu awk salah pasang mikro farad pun dia tetap boleh pusingkan kipas tu..

      Padam
  6. Kipas sya jenama pensonic dh 2 Kali tukar capisitor rosak lgi.
    Kenapa agaknya?

    BalasPadam
  7. tuan..saya bru tukarkan kapasitor 2.5 yang asal 1.8..selepas saya on kan kipas dlm bbrpa saat
    kipas bebau hangit dan terus blackout..ade ape masalah ye tuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa mgkin awak salah sambung atau ada wayar tersentuh dgn wayar yg lain..

      Padam
  8. Tuan. Kipas siling sy jenis 3 bilah dgn 5 speed. Tapi speed 5 je yg laju. 1-3 sama je slow. Ada beberapa kali kipas tiba2 berhenti dan tidak boleh berpusing. Lepas beberapa jam baru boleh on semula. 1 hari kipas tidak boleh berpusing langsung. Lps tukar kapasitor pun masih sama. Selepas 2 minggu tiba2 kipas boleh berpusing setelah tombol speed control diputar. Tapi box pada speed control berbau hangit. Apa perlu dibuat ye. Apa yg rosak ye tuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awk kena check pendawaian kipas tu drpd suis sampai ke coil kipas di atas, mgkin ada wayar yg longgar..

      Padam
  9. Tuan..sya dh tukar ketiga-tiga kapasitorkawalan kelajuan bg kipas syiling kawalan jauh jenis kdk tp kelajuan nya masih perlahan..sya jgk telah tukar kapasitor start tp kelajuannya masih jgk perlahan..sya pn x thu lg apa msalahnya..mohon tuan dpt membantu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu kipas jenis remote, biasanya yg rosak adalah kapasitor mula 0.82uf, awk cuba tukar yg itu sahaja dulu.. selamat mencuba..

      Padam
    2. Semua sya dh tukar tuan 1uf.0.82uf((kapasitar start))

      1.8uf,5.0uf,2.9 uf((kapasitor run))

      Masih juga perlahan......poning dh dennn

      Padam
    3. Klu mcm tu mgkin coil kipas tu yg problem

      Padam
  10. Kapasitor acon 2uf boleh tukar 5uf ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nk tanya bila ac on sume running kecuali kipas indoor. Tp bila motor kipas indoor tak intact pada blower, motor kipas tu running. Apa problem ac ni?

      Padam
    2. Sorry i don't understand what do you want to ask.. please ask in English please 😁

      Padam
    3. Can i use 2.2uf kapasitor on a 2uf motor indoor

      Padam
    4. Of course you can because 2.2uf is very near to 2uf 😊

      Padam
  11. Kalau kipas siling..untuk speed 1 dan 2 ok..tpi bila tekan untuk speed 3 kipas tak jalan terus..macam mana nak repair

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena buka regulator klu kipas manual, check dgn multimeter takut connection no 3 terlepas atau terputus. klu jenis remote kena check board kat kipas tu..

      Padam
  12. tuan kipas dekat rumah sya tu kapasitor dia 2.2uf, klau downgrade ke 1.5uf bole ke? sbab kat kedai takde stok 1.8uf atau 2.2uf

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu 2.2 uf tukar ke 1.5uf tu jauh sgt, biasanya kat kedai hardware atau kedai elektrik ada jual 2.0uf tu. Cuba Cari dulu..

      Padam
  13. Kalau kipas pakai. 2.2uf tukar ke 1.5uf... Kipas tu jadi slow ke atau tau boleh run?

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  15. Salam tuan.. aircon rumah sy bila on indoor ad angin tpi ourdoor kipas tk pusing.. cabut wayar kipas smbung plug kipas jln.. smbung dkt outdoor kipas tkjln.. dlm 5 mnit tendang kt ibu besar.. knapa ea..

    BalasPadam
  16. Boleh tak guna kapasitor cbb61 utk kapasitor mk155u40tl kipas dinding.

    BalasPadam
  17. Salam semua, maaf jika saya terlepas pandang soalan tuan2.. klu kipas outdoor x jalan cuba check atau tukar kapasitor kipas. biasanya 2uF. Check juga kabel sambungan takut ada yg terlepas atau terputus.
    Kapasitor cbb61 utk kapasitor mk155u40tl boleh pakai yg penting nilai uFnya sama ye.. :)

    BalasPadam
  18. unknown - mgkin ada wayar salah sambung

    BalasPadam
  19. Tuan kipas sy guna kapasitor 0.82uf jenis remote...puas sy cr xde blh ke sy guna 1uf jenis kipas siling biasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan Cari Kat kedai elektronik. Kat jln pasar Kl ada tu.. boleh Cuba la 1.0uf

      Padam
  20. Masalah kipas berdiri..bila tekan speed no 1, kipas tak jalan..tp bila tekan speed no 2 dan 3 ok je..tp blh tgk speed no 2 dan 3 tu x de beza laju nya..max speed..apa masalahnya..

    BalasPadam
  21. Tuan, kipas sy jenis Panasonic remote control baru je tukar capasitor 0.82uf tp masih lg brbunyi bising di speed no 1 & no 2. Bila speed no 3 ianya normal...kenapa ya..

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.