Operasi normal sebuah aircond ialah apabila kita onkan suis aircond, yang mula2 berfungsi ialah kipas 'blower' pada unit 'indoor' dan selepas beberapa minit barulah 'compressor' di unit 'outdoor' akan berfungsi.
Tetapi setelah lama menanti, compressor tidak juga hidup2.. cuma kipas 'condenser' sahaja yang hidup. Jadi apabila keadaan ini berlaku, ada beberapa masalah yang kita boleh agak yang mungkin berlaku. Antaranya ialah mungkin 'sensor' nya rosak, mungkin 'printed circuit board' @ pcb nya rosak, mungkin kapasitornya rosak dan mungkin juga 'compressor' itu sendiri yang rosak.
- Kerja - kerja membuka dan memeriksa unit 'outdoor'.
Oleh kerana kita tiada sensor dan pcb 'spare', jadi kita periksa dulu kapasitor dan juga 'compressor' itu sendiri. Dengan menggunakan multimeter, kita periksa terminal 'common', 'starting' dan 'running'. Jika ok, kita periksa kapasitor dengan menggunakan 'capasitor meter'.
- Kapasitor di sebelah kanan ini ialah kapasitor asal dan setelah diuji dengan capasitor tester tenyata bacaannya ialah 00.1uF yang bermaksud ianya telah rosak.
- Manakala kapasitor di sebelah kiri ini ialah kapasitor baru dan bacaannya ialah 28.6uF (hampir 30uF) maka kapasitor ini adalah dalam keadaan baik.
Kemudian kapasitor ini akan dipasang di 'outdoor' untuk menggantikan kapasitor yang lama.
- Kemudian periksa tekanan gas dan bacaan ampere bagi unit ini secara keseluruhannya. Biasanya untuk aircond berkapasiti 1hp, tekanan bahagian rendahnya ialah 70psi dan bacaan amperenya ialah sekitar 4.0 - 5.0 ampere.
- Setelah mendapat bacaan tekanan dan ampere yang sesuai, kita boleh kemaskan 'outdoor' dan 'indoor' unit ini.
- Unit sedia untuk digunakan semula. Alhamdulillah..
- Subhanallah..
- Alhamdulillah..
- Allahu Akbar..
- Ogos/13..
Salam tuan..minta tolong ajarkan secara lebih detail cara cek compressor yg tuan bgtau common starting dan running..dan cara cek kapasitor..sy prnah tgk ada kapasitor kaki 4..mcm mna nak kenal setiap kaki2 trsebut.1 lg nk tny berapa tekanan gas bg aircond kaset 3 hp x silap sy..yg pasti guna gas r22..mohon tnjuk ajar tuan..
BalasPadamSalam, nk kena terang dgn gambar senang sikit nk paham inshaallah, awk add fb sy - Wai Bee, gmbr pakai baju biru muda,nti sy pm, inshaallah
BalasPadamAssalamualaikum, tuan saya nak tanya kenapa saya on aircond tapi compressor outdoor hidup tetapi kipas compressor tak berpusing. Saya Dh tukar capacitor kipas dengan capacitor compressor pun masih tak hidup juga kipas outdoor. Adakah motor kipas outdoor yang bermasalah. Mohon penjelasan.
PadamSallam..bertanya..jikalau outdoor 5hp..bila compressor masuk running dia cut off.apa kemungkinan yang berlaku..
BalasPadamSalam.. klu outdoor 5hp dia mesti pakai pressure switch.. low Dan high.. utk protect compressor drpd high pressure atau pun masa low pressure.. tgk Mana yg kena reset Dan selesaikan, jika low yg trip bermakna gas kurang, jika high mgkin condensor kotor atau filter sumbat atau myk compresor dh kotor atau dh kurang.. check juga contactor yg mengawal on off dia.. selalu nya dia guna sistem auto transformer.. check sekali..
PadamAssalamualaikum, nk tnya, aircond sy 1hp brand york. Bila on remote, indoor keluar keluar angin biasa sbb outdoor tak jalan. Pd indoor ada lampu merah gambar bintang menyala berkelip2, apa perlu sy buat?
BalasPadamwaalaikumusalam tukar sensor coil
BalasPadamAs salam.. nak tanya..saya ada aircond jenama pensonic 1hp... aircond saya bermasalah , pandai on off sendiri.. tapi kalau pakai mode fan okay je.. kalau tukar ke mode lain cool, dry, aircond akan on off sendiri x sampai 5 minit.. kenapa ye..?
BalasPadamWaalaikumsalam.. Ada beberapa sebab kenapa ia terjadi demikian:
Padam1. Mgkin sbb air filter Kotor, jd kena cuci dulu,
2. Mgkin gas dh kurang sbb tu compressor akan cutoff utk safety,
3. Mgkin coil sensor dah rosak, jd dia x dpt detect brapa suhu yg sepatutnya dia bgtau kpd compresor utk cut off..
Harap membantu..
Salam nak tanya kalau indor Dan outdoor buka mulax hidup tp lepas 5minit outdoor punya tidak hidup Sebab apa yg masa 5 minit pertama aja hidup indoor Dan outdoor lepas tu outdoor mati terus x sejuk sbb apa ya
BalasPadamSalam.. check kapasitor..
PadamAssalamualaikum.. Maaf bertanya. Nak tnya tentang aircond 1hp brand hitachi.. Ekon sejuk mcm besa lepas 5m tk sejuk dh. Lepastu sejuk balik. Saya tengok out door unit time tk sejuk tu cuma kipas saja yg bejalan. Bila time sejuk tu besa la sb kompreser bejalan mcm besa. kompreser tu ada bnyi dia. Kenapa dia jdi mcm tu sat sejuk sat tk sejuk.? Mnta sifu tunjuk ajar. Tq
BalasPadamWaalaikumsalam.. cube check kapasitor compressor.. mgkin dia dh rosak..
Padamsalam tuan.york 1hp outdoor on paip sejuk tp indoor cooling coil tak sejuk.kenapa ye?
BalasPadamSalam.. kena diagnosis brapa tekanan psi dia, dr situ baru Kita dot kenalpasti, klu cukup tekanan psi dia mgkin cooling coil kotor kena cuci chemical..
PadamSalam tuan,kalau aircond rumah sejuk..tapi compressor runinng tidak berhenti.apa masalah nya?
BalasPadamSalam.. compresor akan berhenti apabila telah mencapai suhu yg ditetapkan. Cuba tuan naikkan suhu cthnya dari 20°C ke 24°C sepatutnya ia mesti cut off. Klu x jugak mgkin Ada masalah room sensor.. atau saiz bilik dgn kapasiti ac x sesuai..
PadamKat mana nak dapatkan alatganti compressor.
BalasPadamCuba en Google atau Tanya dlm grup Geng Aircond di Facebook..
PadamR32 bgs x tuan
BalasPadamOleh kerana R22 sudah diberhentikan pengeluarannya maka ia diganti oleh R410a dan R32, maka Kita tiada pilihan.. mmg terpakasa, tp klu ada R401a ia lbh baik drpd R32 kerana R32 dlm kategori small flammable
PadamApa masalah jika aircond di on remote n on manual aircond berbunyi "titt" tp air cond tak running ?
BalasPadamKena check outgoing relay pd board, ada current tak ke outdoor? Mgkin masalah pd board tu sbb dia yg control overall system aircond tu..
PadamAssalamualaikum.. Saya nk tanya kenapa aircond bilik saya tak sejuk2..?indoor unit n outdoor unit dh servis..bila on aircond kipas outdoor je berpusing..xde bunyi berdengung..
BalasPadamWaalaikumsalam.. Cuba tukar kapasitor compressor tgk mcmana..
PadamSalam tuan.. Mitsubishi electric 1hp.. masa komp nak start jalan tapi dia berenti. Dia on lpastu teeys cutoff. Macam nak start komp tk boleh. Mcm mana ya..
BalasPadamAssalamualaikum tuan,
BalasPadamBila on aircond..Komresor dan kipas tidak berfungsi. Indoor hanya keluar angin sahaja.
Saya telah tukar kapasitor kompresor, kapasitor fan dan overoad relay.
1 minit je kompresor dan kipas outdoor berfungsi..kemudian mati serentak.
Indoor keluar angin shj.
Assalamualaikum.. Sya LG 1HP.. Mula2 outdoor x hidup sebab panas dan kipas slow, lepas tu sya tukar kapasitor 1.5uf colour hitam ikut yg original, tapi ada 4 kaki sedangkan yg ori 2 kaki je. Tp cina tu kata sama je, smbung je mana2. Lepas tu, Kalu on je, asal outdoor on, terus main suiz trip/blackout.kipas pun x bpusing... Kenapa ye?
BalasPadamAssalamualaikum.. tuan.. saya buat sendiri pendawaian aircond sebab pindah.. bila on.. indoor saja yg hidup.. outdoor x jalan.. bila test direct outdoor tak ada masalah.. hidup je.. bagi pencerahan skit tuan..
BalasPadamSalam semua.. maaf sbb lambat reply..
BalasPadamshazrul fidzli - cuba check capacitor compressor dulu, mgkin dh kong
faiz pekkong - mgkin masalah sensor atau pcb board
raja hidayat - ya motor kipas tu yg masalah, check dulu karan ada masuk tak kat motor tu
khairul arman - klu trip maksudnya tersalah sambung lah tu
unknown - kena lukis gambarajah baru senang paham ni, tuan cuba google dulu pendawaian utk aircond macamana ye..
Assalam tuan nak tanye..kenapa aircond saya jenis toshiba x boleh guna remote control..saya ada buat servis sendiri mungkin sensour dia dah masuk air...aircond boleh buka tapi remote x leh nk guna x ada function..ada kah sensor sudah rosak? Berape harga untuk sensor tu?
BalasPadamwaalaikumsalam.. di sini ada dua part yg terlibat sensor receiver d bghn inddor dan remote itu sendiri, tuan cuba guna universal remote dulu klu blom jmpa yg ori punya. tp klu masih juga x dpt mmg receiver problem, panggil pomen yg pakar utk check, harga sy x pasti..
BalasPadamhi, nak tanya jenama air cond yg reliable yg boleh saya beli, Panasonic, Daikin?
BalasPadamHi,, knape install ac komprser xhdup,, mula2 hidp skjap,, indoor ade angin je.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamMaaf tuan sya ingin bertanya. Compressor tak hidup tapi panas, kipas outdoor hidup. Capacitor compressor dh tukar, masih juga compressor tidak hidup dan panas.apa lagi yg saya harus buat? Cek sambungan semua ok. Seblum nie aircond tu ok sja, selepas test run genset ari tuu dia jdi tak sejuk. Kenapa yaa mengikut pengalaman tuan?
BalasPadamTuan jika fan out door x fungsing,compressor ikut x hidup ke?
BalasPadamFan outdoor nya berputar seperti biasa tetapi Compressornya tidak hidup tuan, tp bila d pegang compressor nya panas. Apa kah mungkin compressor nya rosak?
BalasPadamCapacitor rosak biasa nya
Padamraggae boy - boleh je beli mana2 jenama.. tepuk poket tanya selera :)
BalasPadamUnknown 11 ogos 2018 - ini payah sikit nk jawab, kena check satu persatu.. hehe..
Mohamad N - rasanya coil compressor problem, klu ada megger meter boleh check nilai penebatannya
Elmer Tan Ming Hui - biasanya klu aircond biasa, supply keduanya diasingkan kecuali neutral, jd dia boleh hidup secara asing-asing..
Mohamad N - try tukar kapasitor compressor dulu
Sendiri pun rasa heran ni,kedua2nya x hidup tuan
PadamSalam.. slps on ac, slps 5minit apabila kipas compressor nk start pusing, outdoor & indoor akan mati serentak.. tapi xde trip dkt fius box..
Padamsalam Zakir, try check dulu kapasitor dgn coil motor kipas tu..
BalasPadam