- Saluran paip air limpah tersumbat, patah atau bocor. Cuba tolak dengan dawai atau air paip. Jika perlu, ganti dengan yang baru.
- Pastikan hos paip tidak tersumbat dan dulang tadahan tidak dipenuhi air.
2. Bau busuk;
- Saluran paip tersumbat. Tolak dengan air (flush).
Bersihkan hos dan dulang tadahan air.- Mungkin unit tidak hidup yang menyebabkan makanan tidak sejuk lalu berbau.
3. Bunyi luar biasa;
- Pastikan kaki unit selaras pada keempat-empat kakinya.
- Pastikan dulang tadahan air berada pada kedudukan yang betul.
- Pastikan getah penahan pada kaki pemampat berada dlm keadaan baik (tidak pecah atau keras getahnya).
- Pastikan kipas penyejat dan kipas pemeluwap tidak terhalang oleh benda asing, biasanya habuk yg terlalu tebal ataupun material lain bawaan tikus.
- Pastikan pintu peti sejuk tertutup rapat.
- Pastikan getah pintu dalam keadaan baik. Jika rosak, gantikan dengan yang baru.
- Periksa juga keadaan thermostat, mungkin ianya rosak.
- Periksa juga pemanas (heater), jika ianya rosak, maka ia tidak dapat mencairkan (defrost) ais.
5. Kurang sejuk / Sentiasa running;
- Pastikan larasan suhu pada thermostat dalam keadaan betul.
- Pemeluwap kotor. Bersihkan.
- Pastikan gasket pintu elok. Gantikan jika perlu.
- Dalam cuaca panas, peti sejuk akan kerap running.
Pindahkan peti sejuk ke tempat / bilik yg kurang panas. Contohnya jika peti sejuk terletak di tepi tingkap, pindahkan sedikit dari tingkap supaya pancaran cahaya matahari tidak mengenai badan peti sejuk.
- Bilah penyejat atau pemeluwap mungkin tersekat, patah atau rosak.
- Pemasa nyahfrost (defrost timer) mungkin rosak dan perlu diganti.
6. Unit kerap on dan off sendiri;
- Mungkin masalah pada voltan bekalan.
- Jika ini berterusan, pemampat akan cepat rosak.
- Bersihkan pemeluwap yang kotor. (Khasnya peti sejuk jenis "chiller display").
7. Unit berhenti beroperasi, tetapi voltan bekalan ada;
- Bersihkan pemeluwap yang kotor. Pastikan kipas pemeluwap beroperasi seperti biasa.
- Mungkin masalah pada voltan bekalan.
- Pastikan thermostat dalam keadaan baik.
- Pastikan pemampat dalam keadaan baik.
8. Unit berhenti terus, tiada bunyi dan tiada lampu menyala;
- Periksa kotak fius di rumah, pada MCBnya mungkin tiada bekalan masuk atau suisnya terturun.
- Jika ada bekalan pada MCB di kotak fius, check fius 13 Ampere pada plug 3 pin pada unit.
- Jika fius 13 A masih ok, kemungkinan thermostat rosak atau pemampat rosak. Rujuk pada juruteknik peti sejuk.
salam bos! peti sejuk aku gasket pintu die dah tak lekat la, mana nak cari kedai yang jual gasket pintu ni ek?. brand panasonic single door. blh tak email solution untuk prob ni kat aku. really appriciate your help. tuansuzana@gmail.com
BalasPadamsalam kembali.. berkenaan dengan gasket pintu peti sejuk, di dalamnya ada magnet yang membantu ia melekat, kebiasaannya jika gasket @ getah pintu ini sudah rosak, pihak kedai (yg membaiki peti sejuk) akan order melalui kilang (contonya panasonic). Pihak kedai jarang ada menyimpan sparepart getah ini, kerana ianya :
BalasPadam1. jarang sangat permintaan ke atasnya;
2. terlalu banyak model dan jenama peti sejuk di pasaran yg menyukarkan pekedai menyimpan stok;
3. getah ini mudah rosak jika disimpan dalam stor kedai seperti gigitan tikus, getah mengeras kerana panas atau terkena pancaran matahari (yg menyebabkan ianya melekat antara satu sama lain;
4. ia akan jadi melentur @ kendur mengikut cara menyimpan atau kerana tertindih antara satu sama lain;
jadi, apa yg saya boleh bantu, anda pergi ke tempat "panasonic service centre" dan tanyalah berkenaan dgn getah pintu peti sejuk anda, mungkin mereka boleh order terlebih dahulu daripada kilang panasonic..
harap membantu ^_^
banarkah jika kerap off suis peti ais, ia akan cepat rosak? Peti ais di rumah saya jadi kurang sejuk sebab selalu off suisnya waktu petir dan guruh.
BalasPadamAdakah merbahaya atau tidak jika membiarkan peti ais 'on' sewaktu berlakunya petir?
emm.. sebenarnya tidak juga, kadang-kadang orang akan offkan suis peti sejuk bertujuan utk "defrost" ais yg menebal di bahagian freezer. Jika saudara kerap offkan suis ketika petir atau guruh sebenarnya lebih kurang juga, lagipun memang elok jika waktu itu peti ais dioffkan kerana :
BalasPadam- petir yang kuat, jika ia mengenai perangkap kilat di sesebuah bangunan @ rumah dan pada ketika itu perangkap kilat itu kurang elok @ kurang berfungsi, ia boleh menyebabkan kerosakan kepada peralatan elektrik di dalam bangunan @ rumah tersebut, ini kerana voltan yang dibawa oleh petir @ kilat itu terlalu tinggi kuasa elektriknya;
- kadang2 ketika waktu petir @ guruh akan berlakunya putus bekalan @ "blackout". Ketika voltan bekalan kembali pulih, ada kalanya ia datang secara mendadak @ terlebih tinggi kuasanya pada beberapa saat permulaan. Sebagai contoh, jika voltan bekalan di rumah kita berkadaran 240 v, selepas "blackout" bekalan elektrik ini ada kalanya jadi meninggi sehingga ke 380 v -415 v untuk beberapa saat. Ketika inilah peralatan elektrik seperti peti ais, tv atau lain2 akan menjadi rosak..
-harap membantu ^_^
terima kasih atas penjelasan
Padamsalam saudara,
BalasPadamSaya baru sahaja beli peti ais Samsung minggu lepas. Masalahnya ialah, bila saya on peti ais, selepas 4-6 jam, tiba-tiba main switch saya akan trip. Dengan bahasa mudah, ia akan tendang main switch saya.
Saya dah cuba ubah ke plug yang lain, tapi perkara sama berlaku. Bila saya tak on peti ais, barulah ok ( tak trip lagi). Saya dah call technician samsung, mereka tak dapat detect lagi..jadi, baru mereka nak rujuk pada HQ.
Pertanyaan saya, berdasarkan pengalaman saudara, apakah punca utama masalah ini?
Azrul
salam kembali..
BalasPadamemm... kesian ya, peti ais baru sudah ada masalah..
tetapi sebelum saya beri penerangan lebih lanjut, boleh tak saudara tolong pastikan semasa saudara onkan peti asi tu kemudian dia jadi trip, rasa dgn tangan di bahagian compressor (pemampat) nya panas yang bagaimana? adakah terlalu panas untuk dipegang? atau sejuk macam biasa? Ini kerana masalah sebegini berpunca daripada kegagalan pemampat peti ais itu sendiri.. terima kaseh ya.. nanti saya tunggu komen dari saudara.. InsyaAllah..
Hello
BalasPadamSy cuba td .. Ia rasa panas spt biasa.
emm.. jd masih lagi trip kan? mengikut pengalaman saya lah.. jika ianya mengakibatkan trip kpd MCB - Main Circuit Breaker (Pemutus Litar Utama), puncanya ialah pemampat. Pemampat beroperasi apabila ada minyak dan bahan pendingin @ gas untuk dimampatkan, jika tiada salah satu ini, pemampat akan gagal dalam operasinya. Atau kemungkinan berlaku litar pintas di dalam gelungan pemampat itu sendiri, tetapi ini ada "protection" yg dipanggil "overload protector". Jadi, drpd apa yg saya pernah jumpa, pemampat itu sudah kekurangan minyak lalu ia menjadi panas dan apabila terlampau panas, ia merebak ke MCB tadi. (ini disebabkan juga kegagalan "overload" kerana overload tadi sudah hampir terbakar.)
BalasPadamOk, ke mana perginya minyak di dalam pemampat? Minyak ini rupanya sudah di kitar bersama2 bahan pendingin ke seluruh sistem peti sejuk. Sebab apa? Sebab ketika pekerja mengangkat peti sejuk ini, ianya di dalam kedudukan berbaring, jd minyak pemampat pd ketika ini sudah mengalir ke mana-mana bahagian. Kemudian setelah sampai di tempat yang ingin dipasang unit ini, ia terus diOnkan tanpa menunggu beberapa ketika supaya minyak pemampat tadi mengalir semula ke bawah iaitu di dalam pemampat.
Panjang cerita ya, pendek cerita, setelah di tukar minyak yang baru dan dibuang minyak yg terdapat di dalam unit, maka peti sejuk boleh beropresi seperti biasa.
salam bos.peti sejuk sy panasonic yg peti bekunya di bawah.dah 2 hari tak sejuk dan skrg peti bekunya pula dah tak beku, hanya sejuk. apa kemungkinan kerosakannya?adakah gas kurang atau sy perlu tutup suis dan biarkan dulu sblm on semula. mohon pandangan. TQ
BalasPadamsalam sumi..
BalasPadamok, cuba cara ni dulu, biarkan peti sejuk tu off selama sehari semalam, kemudian baru onkan semula. Tengok apa yg berlaku... dia ok ke tidak...
salam bos,
BalasPadampeti sejuk saya model sharp 2 pintu tahun 2005 ,saya ada perasan pintu lupa tutup rapat(pintu bawah).. pastu saya check.dh tk sejuk.bahagian atas (bahagian beku) sejuk je ..saya cuba maxsimumkan cool tu.tp sejuk biasa saja bahagian bawah tu..apa masalah ye..
salam kembali bos..
BalasPadamok, oleh kerana pintu tidak tutup rapat, compressor akan bekerja keras untuk menyejukkan dalaman kabinet sehingga menyebabkan frost dibahagian atas, seterusnya menyekat kipas utk mengedarkan udara sejuk ke bahagian bawah wlupun cool dimaksimumkan. Jadi untuk penyelesaiannya, biarkan unit off selama sehari semalam (supaya frost mencair) kemudian onkan semula.
harap membantu ^_^
terima kasih atas penerangan..sy dh off kan sehari semalam..atas membeku mcm biasa..tp kalau bawah still tk sejuk jugak..apa kerosakan selalunya kalau kes mcm ni..apa perlu saya tukar..kalau ikutkan atas beku..maksudnya kompresser masih ok la kan..yg saya cek..kipas pun masih pusing..itu je la yg boleh saya nampak...
BalasPadamok, biarkan peti sejuk on utk jangka waktu yg lama (2 hari) supaya kitarannya menjadi stabil semula. Tetapi jika masih juga bahagian bwh kurang sejuk, antara kemungkinannya ialah :
BalasPadam1. getah pintu mungkin ada bahagian yg rosak atau terkoyak;
2. thermostat rosak kerana ia tidak boleh mengawal suhu yg kita laraskan;
3. terlalu banyak barang dalam peti sejuk / barang makanan yg masih panas diletakkan di dalam peti sejuk;
4. Pastikan bahagian atas, tepi dan belakang peti sejuk tidak ada halangan utk proses pembebasan haba.
harap membantu ^_^
terima kasih..sy cuba utk 2 hari ni...getah pintu saya elok..barang mmg tk banyak,sekeliling peti ais tiada halangan..termostat sy ada pusing2 tapi mcm tkde apa perubahan rasanya..kalau saya nk beli termostat..semua peti ais sama je ke atau saya bawak sample pegi kedai sparepart ..selalu nye plug and play ke atau kena potong wayar sambung wayar.lagi satu..sebelah termostat ada defrost time rasanya..boleh adjust.
BalasPadamok, thermostat tu dia pakai wire connector, jd boleh cabut dan pasang semula, ada baiknya check dulu thermostat tu sebelum beli,
BalasPadam1. semasa peti sejuk on, cuba pusingkan thermostat supaya berada pada kedudukan on dan off, perhatikan compressor mati dan hidup tak?
2. kalau ok, mungkin bebuli perasa (bahagian hujung sekali) pd logam thermostat yg panjang yang rosak sebab dia tidak boleh detect sejuk dan panas.
3. kalau tahu guna multimeter, baik check dulu terminalnya dan letakkan bebuli perasa pada air sejuk. (ketika sejuk, meter akan naik - cut in, jika panas meter akan turun - cut off).
sy cadangkan emel kpd sy gambar thermostat atau kedudukan thermostat tu supaya lebih nampak. atau boleh add fb sy Wai Bee,
tq..
Assalam,saya ada masalah dgn peti sejuk saya,baru2 ini ia kerap berbunyi tak kira siang atau malam seperti tidak tertutup rapat.Kami baru berpindah dari semenanjung ke Labuan,sebelum ini tiada masalah pada peti sejuk kami ini.Selepas berpindah pada April lepas..masalah ini timbul..peti sejuk saya 2 pintu jenama LG.saya dah tutup pintu rapat2,suami dah adjust kaki dan dah stabil tapi tetap juga berbunyi.saya tgk getah pada pintu ok lagi cuma renggang sedikit je...apa masalahnya ya.Kerap terjaga tengah2 malam kerana peti sejuk berbunyi..pening betullah!
BalasPadamSalam ummie..
BalasPadamanda memberitahu bunyinya seperti pintu tidak bertutup rapat. emm.. saya rasa tidak sebab keseluruhan pintu ada getah yang boleh menghalang bunyi. Cuba amati bunyi itu datang dari bahagian mana. Kaki peti sejuk sudah di'adjust'.. Cuba pusing peti sejuk dan tengok belakangnya bahagian compressor yg hitam seakan bulat, tengok kakinya yang ada 4 penahan dan ada getah disetiap penahannya. Adakah ianya masih elok, atau longgar, tercabut atau mengeras.
Ok, lagi satu, bunyi tu datang dari bahagian luar atau dari dalam peti sejuk?
Assalam bro wai bee,peti sejuk saya sebelah belakang tak dapat tengok Compresser sbb ditutup oleh penutupnya.ada 2 penutup yg sebelah atas menggunakan besi@ seperti zink..yg dibawah zink juga tapi ada berlubang2.Susah nak buka penutupnya..bunyi tu rasanya adalah dari luar peti sejuk..tapi apa beza ye dari luar @ dari dalam?suami dah adjust lagi kaki peti sejuk tu tapi tetap dgn masalah yg sama.Sudah beralih tempat pun sama juga...dah buntu nak buat macamana ni..t.kasih
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamasalam wai bee...so far dah tak bunyi lagi setelah adjust betul2 ke empat2 kaki dan alih ke tempat yg lebih stabil...siap pakai timbang air lagi...terima kasih sebab selesaikan masalah saya..skrg saya tau yg lantai tidak rata juga menjadi punca peti sejuk berbunyi.juga keadaan kaki yg tidak sama menyumbang kepada masalah saya..anyway..thanks alot..
BalasPadamo, ok.. Alhamdulillah.. sama2.. ^_^
BalasPadamSALAM...
BalasPadamsaya ingin bertanya mengenai masalah peti ais saya yang berjenama LG..
peti ais tidak berfungsi dengan sepenuhnya kerana peti tidak sejuk langsung, cuma cahaya lampu peti ais sahaja yang berfungsi?adakah ini berkaitan dengan tong gas penyejuk yang perlu diservis atau pon bocor?
salam kembali Pn/Cik cheah..
BalasPadamkalau begitu, cuba perhatikan dahulu dan dengar sama ada compressor di belakang peti sejuk tu hidup atau pun tidak. Cuba pegang dgn tangan, ada tak rasa gegar sedikit?
salam..
BalasPadamsaya dh try wt cm en. sruh 2...
adik sy ckp compressor 2 hidup..n b'gegar...jd apa langkah y sterusnya ye?sy x taw pe2 psl peti ais ni...
Ok.. bermakna compressor dia hidup.. Saya nk tanya lagi :
BalasPadam1. berapa lama dah peti sejuk tu jadi begitu?
2. Sebelum dia 'tak sejuk' begini ada tak yang tak kena dengan peti sejuk ni? contohnya cungkil ais pakai benda tajam seperti pisau ka, atau selepas 'blackout' dia jadi begitu ka..
Buat pengetahuan cik/pn, agak sukar untuk memberitahu apa masalah sebenar dia kecuali jika saya atau siapa2 saja pomen peti sejuk / aircond berada di tempat itu untuk memastikan masalah sebenar sama ada ia melibatkan elektrikal atau mekanikal seperti gas bocor.. ^_^
salam...maaf menyusahkan encik..
BalasPadampernah skli kna mcm ni...lps 2 dh hantar servis..then,bila dh elok sy x on peti ais 2 smpai la nk start puasa ni...
arie 2 rosak disebabkan bnda y sma jgk..bila on dlm bbrapa arie nie, still ad kerosakan y sma, sdangkn dh d gantikan dgn tong gas y bru, n d servis smula..
salam kembali..
BalasPadameh, takde lah menyusahkan.. hehe..
kalau peti sejuk tu sudah diservis, sepatutnya ia berada dalam keadaan yg elok.. saya rasa mungkin pomen peti sejuk tu "kurang mahir" sebab itu peti sejuk tu akan jadi "rosak"semula wlupun selepas diservis... ^_^
Salam sy nk tanya pasal harga gasket peti sejuk pasaran sekarang berapa agak-agak?
BalasPadamPeti sejuk sy thoshiba glass door 2 tkt kalau pintu di buka lama sikit dia akan berbunyi kuat dan lama adakah rosak atau memang macam itu? Dah 2 tahun.
BalasPadamPosting 15 Ogos > untuk harga gasket, saya tidak pasti, kene pergi kedai tanya, maaf ya.. huhuhu...
BalasPadamPosting 16 Ogos > kalau pintu dibuka baru ada bunyi kan? kalau pintu d tutup, bunyi hilang kan? Emm.. seolahnya ia ada kaitan dengan suis pada motor kipas, kemungkinan besar kipas di dalam peti sejuk tu yang mengeluarkan bunyi, sbb suis pintu ia mengawal dua item, kipas dan juga lampu dalam kabinet, jika lampu mustahil ia berbunyi, jadi saya agak kipas dan kene refer pada pomen peti sejuk yg terdekat utk melihat sendiri masalah nya ^_^
Bukan terbalik bila pintu dibuka lama2 masa siang nanti malam ia akan bunyi kuat. Bila ia dah berbunyi kena buka pintu bawah baru ia senyap tapi nanti tak sejuk pulak.
Padamokay.. seperti yg saya bagitau di atas, apabila ia melibatkan pintu, ia bermula drpd suis pintu,dan suis pintu mengawal 2 komponen, lampu dan kipas, jd masalah dia memang kipas, kalau bukan bilahnya mgkin motornya yang ada masalah...
BalasPadamataupun masalah wiring, boleh jadi juga masalah suis.. kesimpulannya ia kene check satu persatu baru kita tau di mana puncanya..
BalasPadamSalam bro...peti sejuk saya model LG-GRS392lcq...masalah dia atas sejuk bawah tak sejuk...tapi saya dah tukar termostat dgn sensor tu..pic mcm ni http://www.onlineapplianceparts.com.au/images/products/6615jb2002a_copy.650.jpg masalah dia sekarang bawah sejuk sikit..tapi x sejuk sangat...1 lagi peti sejuk saya xde bunyi stop...defrost timer ke rosak? timer/defrost timer tu benda yang sama ke? macam mana nak cek defrost timer tu elok lagi ke tidak? apa fungsi kita pusingkan gear belakang timer tu?
BalasPadampic sebenar controller tu yg tepat lebih kurang mcm ni
BalasPadamhttp://bwh-spares.appspot.com/images/688941.jpg
Salam kembali bro..
BalasPadamperkara pertama yg kita perlu buat ialah offkan peti sejuk utk mencairkan ais yg membeku di bhgian atas. Jika masih juga,kemungkinan 'defrost thermal', 'defrost heater' atau 'defrost timer' yg bermasalah..
kdg2 perkara ini kene check satu persatu..
Timer dan defrost timer adalah benda yg sama.. gear yg kita pusingkan itu sebagai penguji sama ada dia dlm keadaan baik atau tidak. dia ada 4 kaki, 1 utk common, satu neutral, satu ke compressor dan satu ke heater. bila kita pusing satu pusingan, akan kedengaran 'klik' dan pusing lagi sekali akan kedengaran double 'klik'. ini bermaksud sekali klik utk penyambungan ke compressor dan double klik utk penyambungan ke heater..
harap membantu...
Salam Bro Wai Bee,
BalasPadamSaya ada sebuah peti sejuk Samsung dua pintu. Baru je lepas tukar die punya pemampat. tp, bila on power terus trip elektrik. Apa sebenarnya masalah peti sejuk tu? Minta tolong dari yang berpengetahuan mcm bro bleh?
Salam Bro Wai Bee,
BalasPadamSaya ada sebuah peti sejuk Samsung dua pintu. Baru je lepas tukar die punya pemampat. tp, bila on power terus trip elektrik. Apa sebenarnya masalah peti sejuk tu? Minta tolong dari yang berpengetahuan mcm bro bleh?
Salam amirreds..
BalasPadamjika selepas ditukar pemampatnya ia trip, bermakna ia berpunca drpd pemampat itu sendiri, mungkin kegagalan pemampat itu sendiri dari segi mekanikal atau elektrikal, sila rujuk thread di dlm blog ini yg menceritakan tentang pemampat, terima kasih ^_^
salam bos,peti ais sy sejuk tp tak beku. dah bukak tengok kipas ok,penyejat ada frost. sy keliru mana satu componen yang rosak?tq
BalasPadamsalam, sy nak tanya ttg peti ais sy yg terlalu sejuk wpn sy dh rendahkan suhu peti sejuk sy kepd yg plg rendah. Tahap sejuk peti ais sy adalah tahap beku kerana syur sy semua rosak sbb syur membeku seolah2 sy letak dlm freezer. utk pengetahuan peti ais sy jenama samsung 2 pntu. pls email sy for futher info
BalasPadamsalam wai bee..harap wai bee dpt bantu sy segera..peti sejuk sy jenama panasonic bru je sy beli x smpai setahun tiba2 x brfungsi.mula2 lampu padam,sy ingatkn bulb kna tukar..alih2 semua pn dh x mnyala..sy ingatkn suis yg rosak..tp lampu extension cord tu menyala lg..peningnya sy..nk kne keluar duit lg ke mcmni....adui
BalasPadamsalam mcm2agus ada..
BalasPadampeti sejuk anda wlupun kipas ok, tetapi penyejat sepatutnya tidak boleh frost, ini kerana jika frost ia akan menghalang kipas utk mengedarkan udara sejuk ke ruangan bawah peti sejuk. Cuba offkan peti sejuk dan biarkan ais mencair, biarkan seharian... selepas itu baru Onkan semula.. ^_^
salam dila..
BalasPadampeti sejuk anda jadi begitu kerana kerap membuka pintunya dan juga kerana getah pintunya sudah rosak, ada ruang utk udara dari luar masuk ke dalam. Cuba offkan peti sejuk dila seharian dan baru Onkan semula... ^_^
salam in the shadow...
BalasPadamuntuk kes ini, kene panggil juruelektrik atau pomen peti sejuk utk melihat dan memeriksa sendiri di tempat peti sejuk itu kerana sukar utk memberitahu apa masalah sebenar di sini... ^_^
sy dah off kan peti ais dan tiada frost lg.bila sy on 1 hari frost ada semula, jadi adakah defrost masalah atau timer. ,cmner nak cek timer ok atau tidak? harap Allah dapat membalas jasa baik wai bee...tq
BalasPadamtq sy mmg tgh cube offkan dulu. nanti sy update later ok ke x
BalasPadammcm2agusada..
BalasPadamjika begitu, peti sejuk itu mmg ada masalah pada sistemnya. mgkin ada masalah pd defrost heater dan thermal fuse, kerana heater akan on utk mencairkan ais dan fuse akan on jika heater suda terlebih panas. Cara menguji timer.. perhatikan pada tombol gear yg boleh dipusing, gear yg kita pusingkan itu sebagai penguji sama ada dia dlm keadaan baik atau tidak. dia ada 4 kaki, 1 utk common, satu neutral, satu ke compressor dan satu ke heater. bila kita pusing satu pusingan, akan kedengaran 'klik' dan pusing lagi sekali akan kedengaran double 'klik'. ini bermaksud sekali klik utk penyambungan ke compressor dan double klik utk penyambungan ke heater..
Sy ada masalah dengan peti samsung sy, sy balik rumah , tiada elektrik sy tengok MCB, bila sy bukak elektrik semua ok, lepas tu sy punya peti ais tak jalan, tak ada bunyi lampu pun tak nyala, sy test point plug ok jer, pening sy ni
BalasPadamsalam en moh khairi.. cuba ikut step yg ada d sini.. http://sejukpeti.blogspot.com/2012/07/mengatasi-masalah-membaiki-kerosakan.html?m=1
BalasPadamsalam bos..peti sejuk saya brand samsung...fungsi seperti biasa tp lampu jer tak menyala..terima kasih..
BalasPadamsalam.. boleh tukar mentol dia.. cabut yg asal tu utk rujukan.. biasanya 15watt mentolnya..
BalasPadamaskum, bos, nak tnya pintu peti ais dah tak dapat ditutup disebabkan magnet pintu dah habis kuasanya, apa yg perlu saya buat bos?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamwaalaikumsalam.. cuba pergi ke kedai sparepart peti sejuk dan tanya kan pasal getah pintu peti sejuk awk tu..
BalasPadamwaalaikumsalam.. cuba pergi ke kedai sparepart peti sejuk dan tanya kan pasal getah pintu peti sejuk awk tu..
BalasPadamPeti ais saya tidak ditutp pintu selma 6 hari waktu blik kmpng...skrang dh tk berfungsi....elektrik msok...kdng2sejuk dlm 2 mnit pastu panas blik....ap ptut sye buat
BalasPadamPeti ais n model toshiba.....
Padamcuba offkan dulu peti ais tu dlm masa sehari semalam kemudian baru onkan semula.. tgk ok ke tidak slps tu nnti..
BalasPadamMslh yang sama dgn dia bro....tp mcm xd karen masuk lgsung ....cmana eh....kalau nk repair agak2 brapa rat kena?
PadamSalam, peti ais saya toshiba 2 pintu yang murah2, usia baru 2 tahun. freezer ok sejuk, tp chiller tak sejuk. saya nak test timer kalau sy pusing bunyi satu klik mcm nak nak reset balik?
BalasPadamsalam.. pusing sekali akan bunyi klik, pusing lg akan bunyi double klik..
BalasPadamsalam..prob sy same cam Raja Azrul..cume sy dh guna 4thn..brand samasung..bile on peti sejuk die tendang main switch..
BalasPadammain switch tendang biasanya akibat drpd kegagalan pemampat.. samaada bocor dgn bumi atau gegelung common starting running nya pintas (short circuit)..
BalasPadammasalah saya main switch tendang bila saya hendak memasukkan soket 3 pin ke soket power.Sebelum ini ada kilat kuat di kawasan rumah dan menyebabkan blackout dan ada kerosakan di main switch.
BalasPadammasalah yg sama seperti di atas ;-)
BalasPadamSalam,
BalasPadamsaya mempunyai peti sejuk toshiba yg tidak digunakan (off mode) selama 1tahun kerana diletakkan di rumah yg tidak diduduki. Bahagian dlm peti telah menjadi kekuningan. Adakah selamat utk digunkan kembali???
salam.. iya boleh d gunakan.. cuci dulu la yg kuning2 tu.. kemudian tgk secara visual wayarnya.. takut2 ada yg digigit tikus :-)
BalasPadamSalam . Saya nak tanya . Kalau peti sejuk on , tapi lampu bila buka pintu x on , x apa ke ?
BalasPadamsalam.. xpe.. janji dia sejuk :-)
BalasPadamSmlm ok , da sejuk wlpn lampu x menyala . Tp pg ni wat hal lg la . Da plug in tp peti sejuk x idup . Extension xde prob . Mcm mne ye ?
BalasPadamdh check fius kat plug 3 pin?
BalasPadamassalamualaikum bai wee..slmt berpuasa,saya nak tnya peti sejuk saya jenis panasonic airnya bocor dkt bahagian bawah,saya tengok dekat sorok blkg yg tempat tdah air tu kering,apakah kerosakan yang berlaku pada peti saya..
BalasPadamwaalaikumsalam.. mgkin hose paip air tadahan itu tersalah tempat landing, sepatutnya ia menuju ke dulang, tetapi mgkin terlepas ke tmpt lain..
BalasPadam..atau hose itu tersumbat di dalam, menyebabkan airnya tidak sampai ke dulang..
BalasPadamsalam bro..peti sejuk sy jenis panasonic 2 pintu..yg beku kat bawah (model ni mmg selalu sy dgr rosak)..masalah sy yg atas tu x sejuk lgsg..yg beku tu ok..lps tu semut pun bole masuk..sy rasa dah tutup rpat dah..lsgi satu sy tetap on kan jgk..balik keje sy dgr buniy bising..terus sy offkan..sy on blk ok..bunyi hilang..tp 5 6 jam lps tu bunyi dtg balik...try tanya kedai tadi dia kata standby 400 ke 500..adoii...harap saudara dpt membantu
BalasPadamsalam bro umar.. pada pengamatan saya compressor dan gasnya masih ok, cuma mgkin masalah di tempat lain, mustahil caj boleh mencecah 400 - 500. Ok mula2 offkan dulu peti sejuk tu sehari semalam. kemudian barulah onkan semula. bunyi bising tu saya agak datang dari kipas yang berada d bhgn freezer (bawah). semut itu mmg datang dari bahagian atas sbb ia lembab dan tidak sejuk. Jadi, kalau boleh, saudara kena buka juga cover2 yg ada d bhgn atas utk mempastikan dari mana semut2 itu datang, dikhuatiri ia membuat sarang dan bertelur dgn banyak.. bunyi yg datang dr kipas itu pun kalau boleh buka dan pastikan kenapa ia terjadi demikian, emm.. saudara duduk area mana? kalau d KL saya ada kawan yang boleh membantu. Dia akan pergi ke lokasi pelanggan.
BalasPadamSalam bro.. peti ais jenis samsung usia dlm 3-4 tahun. Citenye mlm td lupe ttup pintu kabinet atas. Biler pagi baru perasan, jd skrg bile dh ttup dia mngeluarkan bunyi dri dalam. Sy bukak pintu bwh bunyi pun hilang. Jd tindakan sya, sya off plug n bukak balik suis peti ais trus x bunyi apa2 cume lampu bwh saje yg mnyala.. harap tuan dpt membantu ape mslahnye
BalasPadamsalam bro fadzlan.. yg berbunyi tu ialah kipas yg berlanggar dgn ais, tolong matikan dulu peti ais tu dlm waktu yg lama supaya ais d belakang (kaw kipas) tu mencair..
PadamBrape lama masa perlu d ambil.. mase sya offkn suis n on kn blik.. mcm x de aper2 yg brlaku cume lmpu bwh jer yg mnyala.. adakah melibatkn masalah yg lain @ perlu biarkn 1 hari tnpa perlu on kan..
Padamseeloknya offkan selama sehari semalam utk memastikan ais benar2 cair sepenuhnya..
PadamAs'salam.. Peti ais jenama panasonic.. Jenis yng beku d bghn bwh.. Agaknye x ttp pintu rapat mlm td... Td bgn.. Buka pintu peti ais.. Huhuhuuu.. X sejuk da... Lampu nyala.. Sedihnyeee... Apalaa masalahnye tu... Skrg n da off kan..
BalasPadamBunyi yg selalu ade tu pown da xdo.... T_T
waalaikumsalam.. jgn risau.. puan offkan dulu peti ais tu dlm masa sehari ni.. bagi ais kat blkg cover bwh tu mencair dulu. ptg nti boleh onkan semula..
BalasPadamBr je on kan... Tp xde apa2 pon... X sejuk.. Tenaga elektrik ade..
PadamDa buat da macam yg disuruh tp masih x sejuk... Apa ye yg rosak...
BalasPadamok.. cube dengar dan teliti, ade x bunyi dtg dr compressor belakang peti ais tu? klu x, cuba cari kotak putih kat belakang peti tu dan perhatikan ada tombol bulat kecil, cuba pusing kan sedikit ke kanan tombol tu..
BalasPadampuan pusingkan tombol tu dgn test pen atau skrudriver kecil yg jenis leper..
PadamAssalm bro masalh peti ais sya same dgn sdri nor suzana.jename panasonic beku dibwah..on/off tak sejuk dh try antr repair dh ...sya dh try off kn lebih 24jam dh brkali2 buat..same jgk...adakah thermostat suis prblm?@ saya jg perlu adjuts tombol trsbut..dan ape tjuan adjust tombol trsbut..tq
Padamwaalaikumsalam.. masa hntr repair tu apa mslh dia? ok tujuan kita adjust tombol timer tu adalah utk mencetuskan penyambungan elektrik dr termostat ke compresor.. sepatutnya ia boleh contact dgn sendiri tetapi jika sensor pd defrost termostat kurang peka, maka kena putar secara manual..
PadamTq bro atas pnerangan ilmu yg baik..mase antr repair tu mslah yg same jgk..tpi brg ape dia tukr tak tau plk...ptg td pomen dtg kat umah dia tukr brg bntuk silinder mgkin heater kot kt bhgian beku..btul ke brg tu yg rosak?..kos brg dgn upah rm200 bebaloi ke..tqvm semoga ilmu yg ade dpt kberkatan.
Padamklu kat bahagian beku, biasanya yg selalu problem ialah defrost termostat, ianya seolah dlm plastik lutsinar.. klu d kuchg ni, harga satu sekitar rm25 je..
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAda jnis ke pti sjuk xda kipas..
BalasPadamada.. yg jenis mini bar dan jenis satu pintu..
PadamOwh..jd klu mslah pti sjuk mcm 2 ats sjuk bwa xsjuk pa mlas dia..
Padammasalah dia sumbat d saluran udara ke bawah.. offkan dulu peti sejuk utk sehari.. kemudian on kan semula..
BalasPadamOk trima ksih wai bee..
BalasPadamsama-sama.. :-)
BalasPadamApa fb ko..nnti blh kngsi2 mklumat kn..hehe
PadamSlm...saya mempunyai peti sejuk 1 pintu jenama haier..ia mengalami kebocoran, dan sudah pun diservice & tambah gas...fridge sudah boleh berfungsi dengan baik..malangnya, selepas sehari diservis, fridge sudah kembali kepada keadaan asal ( tak sejuk )...pomen beritahu motor fridge xberfungsi...adakah cara lain utk baiki fridge tersebut? terima kasih..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalam saudara wai bee. Peti ais saya bermasaalah selepas defrost. Sekarang ni peti ais saya mengeluarkan bunyi ketak diikuti kompresor mcm off...selang brapa saat bunyi kompresor seakan on balik diikuti bunyi ketak..hal ni jd berlanjutan sampai ade masaanya kompresor bergegar dgn kuat dan berhenti dan berulang kembali.
BalasPadamSalam...sy nak tnya aritu sy ada cungkil frost guna benda tajam..pisau..pastu tersilap cucuk,mcm berlubang skit dekat dinding plastik tempat beku..bnyi mcm gas kuar..pastu sy tampal ngan plekat logam...tggal 1hari,pasang dah xsejuk..mcm mana erk nk repair?apa kerosakan yg berlaku tu cik dan agak2 brapa kos utk repair?tq
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalam kembali en mohd fauze, ketak tu maksud dia macam bunyi gegar dgn kuat ye? seolahnya ada masalah pada compresor tu.. skrg ni masih jadi lagi masalah tu?
BalasPadamSalam en ahmad eziwan, akibat tercucuk benda tajam, gasnya sudah bocor, kena tampal, isi gas semula.. kos tu lbh kurang dlm rm150 :)
en azim bumzz, fb sy wai bee..
BalasPadamZyraibtisam.. maaf tak perasan soalan awak.. sepatutnya peti sejuk awk tu dh ok slps di servis.. saya x pasti.. tp baik awak refer balik kat pomen yg repair tu, dia mesti ada jaminan slps servis, paling kurang pun seminggu, itu paling ciput tu kalo seminggu.. huhu..
BalasPadamsalam, sy nak bertanya, sy baru je beli peti sejuk baru 2 hari, biasanya tepi peti sejuk mksdnye dinding peti akn rasa pns tandanya peti beroperasi, tp tiba2 peti da tak berfungsi, tmpt ais pun xsejuk..kat bwh pu xsejuk..tiada pun bunyi tp lmpu menyala..bahagian tepi peti pun sejuk..da tak panas.kenapa ye??sblm sy mrh kat tokey kedai tu sy nk mntk pendapat en. dulu..tima kaseh.
BalasPadamSalam aidilfitri sue kama.. maaf lambat reply.. almaklum raya pastu line internet slow kat felda ni.. huhu.. pasal peti sejuk awak tu.. mula2 tgk setting pd termostat, mana tau set kpd '0', cuba alih ke 1 atau 2. Klu masih jugak.. cuba usik 'timer' kat belakang peti tu yg ada t
BalasPadamkat kotak putih dan ada tombol bulat kecil.. usik sikit je smpai dgr bunyi compresor.. klu x mau jgk.. mgkin masalah pd compressor dan sblm tu awk bersedialah utk keluarkan ayat2 marah kat tokey kedai tmpt awk beli peti tu ye.. hehe...
salam saya nk tanya peti ais sy belah ats frezer beku ok.. bahgn bwh pun jd ais sama.. mcm mn nak buat? dh try adjust smpi yg plg low.. tp mcm tu jgk..
BalasPadamsalam shima.. peti ais awk jd bgtu mgkin disebabkan terlalu kerap membuka pintunya atau pun getah pintu peti ais awk sudah rosak. cuba perhatikan betul2 getahnya.. mesti ada lubang ataupun ia sudah mengeras..
BalasPadamhmm.. betulla ada lubang & dh mengeras getah bhgn bwh tu.. apa perlu sy buat yer?
BalasPadamape lg.. tukor la getahnya.. hehe.. awk pegi tanya service center jenama peti ais awk.. bgtau model ape..
Padamok tq so much
PadamSalam saudara,peti ais saya jenis sharp 2 pintu (freezer bhgian atas)...baru2 ini masakan panas diletakkan dalam peti ais di bahagian bawah..sekarang peti ais bahagian bawah dah tak sejuk..bahagian freezer masih berfungsi macam biasa...mohon pandangan saudara untuk atasi masalah ini.terima kasih.
BalasPadamsalam kembali..
Padamok.. awk offkan dulu peti ais awk utk waktu yg lama. cthnya dr pagi smpailah ke ptg atau dr mlm smpai ke pagi.. biarkan ais di freezer mencair dulu.. barulah awk onkan semula peti ais itu..
Cara ini berkesan..terima kasih saudara wai bee....:-)
PadamEn wai bee ada contact no pomen peti ais ygboleh dipercayai area KL terima kasih
BalasPadamAdventurer.. cuba contact en termizi (Putrajaya) 0196979251
BalasPadamterima kasih wai bee
Padamhi,nak tnya..kalo freezer x sejuk tp lampu nyala & kompresor panas,apa problem ye? tuk pngetahuan freezer tu da lama x pakai.
BalasPadamhi joanne, saya rasa freezer tu kena servis, ganti minyak compresor, tukar strainer dan isi gas semula.. :-)
BalasPadamtp kompresor mmg x rosak la kan?rsa2 mahal x kalo nak servis smua tu? sbb freezer tu sy bli 2nd..kalo bnyk lg nak kluar duit tuk servis @ repair, baik sy return ja..x bbaloi kan? ^_^ agak2 barget brapa ye?
Padamoya..freezer tu brand caravell, nak tau brand tu ok x kualiti?
Padamsebenarnya sukar utk pastikan yg compresor tu ok atau x sbb kena panggil pomen utk check baru kita boleh pastikan keadaannya.. ttg bajet, sprti yg saya bgtau kalo tukar myk compresor, tukar strainer (filter) dan isi gas lbh krg rm150 bgtu.. ttg jenama caravell sy kurang pasti :-)
BalasPadamok,tq wai bee! ^_^
BalasPadamsalam, tuanpunya blog. berkenaan peti sejuk yg mempunyai masalah 'frost' yg agak kritikal (pembentukan ais yang menebal pada permukaan bahagian freezer). bolehkah ianya diatasi/dibetulkan. atau mmg perkara yang "tidak dapat dielakkan" kerana model peti ais saya ini merupakan keluaran lama, yang tidak mempunyai ciri-ciri 'anti-frost' seperti model2 keluaran terkini?
BalasPadamSalam en Ahmad.. tentang masalah frost itu mmg kerap berlaku terutamanya pada peti sejuk lama. ini kerana getah pintunya yg sudah rosak, mengeras dan mgkin koyak. jadi masalah ini boleh diatasi dgn menggantikan getah yg baru cuma agak sukar utk mendapatkan getah ini. cuba pergi ke servis center dan beritahu model peti sejuk tuan. tima kasih..
BalasPadamterima kaseh atas penjelasan tuan. teruskan usaha murni tuan menjawab soalan & perkongsian info yg diberikan. u rocks!
BalasPadamsama2 tuan.. terima kasih juga kerana melawat blog yg tak seberapa ini.. teruskan usaha memberi soalan kepada tuan punya blog ni.. hehe..
BalasPadambro,peti sejuk tak sejuk,lampu menyala..apakah yg rosak biasanya?
BalasPadampeti sejuk brapa pintu? ia x sejuk sbb compressor mati. mula2 perhatikan setting termostat, kalo minima, pusing ke atas maksudnya 1, 2, 3 dan sterusnya. Jika masih tak mau hidup compressor, usik timer di tepi compresor (peti sejuk 2 pintu). Kalo x mau jugak, check terminal compresor (overload dan relay) juga terminal common , starting dan running. jika perlu panggil pomen atau technician berhampiran, tq..
BalasPadamsalam sejahtera,
BalasPadampeti sejuk saya brand toshiba. masalahnya bahagian tempat simpanan barangan seperti sayur jadi beku seperti ais. formen tukar termostat tapi masih sama masalah...mohon bantuan apa yang saya perlu lakukan
salam sejahtera encik subramaniyan,
BalasPadambiasanya kalau masalah begitu disebabkan oleh getah pintu yang sudah mengeras, terkoyak atau rosak (tidak melekat dgn kuat). Jika getahnya masih elok,mungkin juga kerana terlalu kerap membuka pintunya. Cuba offkan peti sejuk untuk sehari kemudian barulah onkan semula..
Salam tuan wai bee.. saya baru hantar peti ais jenis samsung dua pintu ke kampung halaman saya. Tiba di destinasi, peti ais samsung tersebut sebelah tepi kiri dan kanan terasa panas. Adakah ia perkara biasa atau adakah ia boleh memudaratkan peti ais tersebut. Di harap tuan boleh jelaskan sbb mak di kampung risau kenapa ia panas. Terima kasih
BalasPadamSalam tuan darwisy.. panas di tepi kiri dan kanan peti sejuk adalah perkara biasa.. di mana haba sedang disingkirkan.. sebaiknya selepas perjalanan, peti sejuk dibiarkan berehat selama 2 - 3 jam sebelum di onkan..
BalasPadamSalam bro..nak tanye sket..adakah dgn mgkikis ais akn myebabkn petiais rosak?? Sy punye petiais dh tak sejuk 2-3 hari dah..jenama panasonic 1 pintu..die mcm nyahfros scara auto..
BalasPadamsalam ezlerk.. mengikis ais tidak mnyebabkan peti ais rosak, cuma dikhuatiri semasa mengikis tu ia terkena penyejat dan boleh merosakkannya.. hati2 semasa mengikis ais.. lbh2 lg dgn benda tajam seperti pisau, gunting dan skrudriver..
BalasPadamSalam Wai Bee,
BalasPadamMohon pandangan sikit ye.
Peti sejuk saya, jenama Panasonic jenis freezer di bawah. Masalah saya begini, malam semalam, bila saya buka pintu freezer, saya dapati semua barang dalam tu dah defrosting, dengan lain perkataan, tak sejuk la.. Siap ada titik-titik air pada cermin divider drawer tu.. basah dan memang tak beku la. Bila check bahagian chiller pun, memang takde rasa sejuk… takde mist langsung.
Saya keluarkan barang-barang dalam freezer SAHAJA dan pindahkan ke peti sejuk adik di sebelah rumah. Tapi saya tak la pula OFF suiz peti sejuk tu.. Bangun pagi ni, Alhamdulillah… chiller dah kembali sejuk, mist pun ada bila buka je pintu chiller. Bahagian freezer pun dah berfungsi sepertimana sepatutnya… kering. Untuk perhatian, semasa saya keluarkan barang dari freezer semalam, saya terperasan ada satu Tupperware berbentuk segi empat tepat dalam kedudukan berdiri dan menutup 1/5 dari ruangan penyejukan (tempat keluar mist) di dinding belakang bahagian freezer tu (boleh bayangkan tak, Wai Bee?).
Soalan saya,
1. Adakah Tupperware di bahagian freezer tu penyebab seluruh peti sejuk (freezer dan chiller) jadi tak sejuk?
2. Adakah sebenarnya gas dah berkurangan dan bakal habis tak lama lagi atau ada masalah-masalah lain?
3. Perlukah saya bersiap sedia kerana perkara ini boleh berlaku lagi dan lagi dan lagi?
Salam kembali..
BalasPadambrapa lama dh peti sejuk tu?
ok, utk menjawab soalan,
1. tidak mungkin tupperware itu yg menyebabkan peti sejuk jd begitu, mgkin ada masalah lain tu..
2. gas habis atau berkukrang adalah mustahil melainkan ada tempat yg bocor..
3. Masalah tuan / puan ni saya agak la :
a) mungkin barang di dalam peti terlalu banyak manakala setting termostat adalah rendah. Jadi jika barang banyak, tinggikan lagi setting supaya compressor boleh bekerja dengan lebih lagi utk menyejukkan barangan yg banyak itu..
b) kerap membuka pintu pun boleh jadi juga..
c) jd selalu perhatikan setting termostat ya.. dan jgn letak brg yg masih panas atau suam ke dalam peti sejuk..
- Kemungkinan masalah ini akan berulang saya tidak pasti juga ^_^
Peti sejuk tu umurnya dalam 3 - 4 tahun...
BalasPadamMmm... termostat tu yang tombol mengawal suhu dalam peti sejuk tu kan...? Ada dalam peti sejuk kan..? Yang tu sememangnya di nombor 3 dan saya pilih untuk maximum cold di bahagian freezer...
Yang saya pelik... sampai basah habis di bahagian freezer.. macam dah takde harapan lagi dah.. Tapi alhamdulillah pagi ni okay pulak.. Barang-barang yang ada dalam freezer tu pun sebenarnya aiskrim je pun.. sebab saya berniaga aiskrim malaysia.. hmmm
kalau 3 - 4 tahun kira masih baru tu, huhu.. kalau boleh jgn la setting maxima di bhgn freezer, nanti terlebih jd ais dan terlalu sejuk sekaligus memaksa compressor bekerja keras tu, lantas bil letrik pun naik sikit la ^_^
BalasPadamTima kasih ye Wai Bee... Semoga Allah sentiasa memberi kemudahan pada Wai Bee sebab banyak menyalurkan ilmu pada masyarakat... :)
BalasPadamSubhanallah.. terharunya..
BalasPadamAlhamdulillah.. semua ilmu ni datang dari Allah.. apa salahnya kita kongsi sama2.. selagi hayat dikandung badan.. ^_^
Assalam bro..byk info berguna disini..terima kasih byk2..tapi sy masih lost nak bli peti sejuk jenama apa, hasil servey saya dengan bajet saya 900je saya ada 4 pilihan Samsung Inverter & Panasonic (latest design) Sharp & Toshiba (Old fashion)...hehee diharap bro dapat membantu:)
BalasPadamSalam Wai Bee,
BalasPadamSorry nak tanya pendapat lagi la.. Saya yang empunya freezer tiba-tiba basah yang jual aiskrim semalam.
Kan saya maklumkan yang over the night, peti sejuk saya dah kembali ok kan.. Freezer dah tak basah lagi.. dan saya juga dah selaraskan kesejukan pada taham 3 dan balance untuk chiller dan freezer (tidak lagi maximum cold pada freezer sahaja).
Walaubagaimanapun.. saya rasa seolah-olah kesejukan pada chiller tu macam fluctuate la.. kekadang bila buka rasa sejuk... kekadang buka rasa cam buka pintu bilik je.. serious ... Kenapa ye agaknya..? Barang dalam chiller memang tak banyak..
waalaikumsalam zue chocolate house.. sama2..
BalasPadampasal nk pilih jenama dan brand peti sejuk ni saya tak brapa pasti.. huhu.. cuma mgkin boleh bg tips sikit.. klu yg jenis inverter maksudnya jimat tenaga elektrik.. tp masalahnya nti apabila ia rosak, pastinya kos utk repair agak mahal sbb ia melibatkan penggunaan pcb elektronik, bg saya baik guna yg old fashion.. tetapi jika awk berminat dgn rekabentuk dan design yg jenis inverter apa salahnya klu nk beli.. hehe..
salam cik / puan izian.. emm.. tak pasti jugak apa masalahnya tp saya agak seolah sensor yg detect suhu dlm ruang freezer dan ruang chiller mgkin ada masalah (rosak). Sensor ini akan menghantar kadar suhu yg telah kita set pd termostat dan apabila suhu mencapai tahap sejuk yg dikehendaki, ia akan menghantar signal pd compresor utk cut off dan sebaliknya.. huhu.. try suruh pomen peti ais check..
BalasPadamTerima kasih sekali lagi Wai Bee.. Nampaknya kena juga mencari pomen peti sejuk ni... Alahaai..
BalasPadamJd mcm mne nk wat ye..petiais sy dh tak sejuk lgsg..bru beli tak smpai stahun :-(
BalasPadamkene panggil pomen datang utk check dgn lebih detail..
BalasPadamOk time kaseh byk2 ye..
PadamAssalam tuan,peti ais jenis panasonic 2 pintu bahagian beku di bawah baik,bahagian sayur di atas tak sejuk langsung,dah pakai 5 tahun,saya tanya pomen dia kata tersumbat kena tukar 1 barang,tapi dia tak nak bagitau barang yg kena tukar tu,minta nasihat tuan sikit,saya juga telah menutup peti ais saya 24 jam tapi sama juga hasilnya,TQ.tuan
BalasPadamwaalaikumsalam.. lps tuan dh off peti dlm masa 24 jam, masa on balik tu ada angin tak yg keluar dr bawah pergi ka atas? atau boleh dgr bunyi pusingan kipas? saya agak masalah peti ais tuan, kalau bukan kipas dia, mgkin masalah defrost timer atau masalah sensor.. utk defrost timer rupanya begini http://www.youtube.com/watch?v=US6fMRRsU6k
BalasPadamharap membantu..
Untuk pengetahuan tuan saya dah cek kipas tu ok tapi tak jalan, tapi bila saya uji dgn bateri dia pusing baik,saya juga telah buka semua bahagian atas iaitu gabus & plastic cover,kalau masalah dsfrost timer & sensor tu letaknya di bahagian mana tuan? TQ
BalasPadammaaf tuan, sy salah taip, bukan defrost timer tp defrost thermostat, klu peti yg bhgn beku diatas, defrost thermostat letajnya di sini http://sejukpeti.blogspot.com/2011/12/salam.html
BalasPadamsensornya pun ada di situ, ia seperti bebuli perasa yg dilekatkan d penyejat berbentuk silinder pjg lbh kurang 2cm dan disambungkan dgn wayar...
BalasPadamSalam en... nak tanya sikit .. en tahu tak kat mana ada kedai yg jual pintu peti sejuk sebelah dlm, yg tutup tempat ais sebelah atas... peti ais sy 1pintu . Tq ..
BalasPadamSalam aida nano.. maaf lmbt reply.. pintu peti sejuk sebelah dalam tu agak sukar kalau nk cari di kedai biasa. awk kena pegi servis center jenama peti sejuk awk tu dan nti diorang akan orderkan utk awk.. :)
BalasPadamassalam.........saya dah gunakan peti ais jenama samsung ni selama 1 tahun 7 bulan. baru2 ni masalahnya peti ais sy tidak sejuk dibahagian bawah dan bahagian atas tidak membeku. lampu pada peti ais sy menyala. blh tuan bantu saya.
BalasPadamwaalaikumsalam rosizrul.. baru lg tu blum smpai 2 tahun, dh problem ye.. klu seperti yg awk bagitau tu, compresor dia x jalan tu.. cuba setting thermostat dulu, mana tau ada anak yg pusing ke '0' kan.. kalau dah setting tp masih jugak, try usik tombol kecil kat tepi compresor tu (tombol utk timer), pusing sikit je nk bg compresor tu hidup.. try dulu dua perkara ni ye.. selamat mencuba :)
BalasPadamAs slm..blh sy tahu brape hrga kompressor fridge 2pintu muatan 290 liter..tqvm..
BalasPadamsalam don.. harga compresor utk muatan 290 liters mgkin berbeza oleh beberapa faktor: tmpat sprt KL, Kuchg, Kota Kinabalu.. brandnya ada yg mahal dan ada yg biasa2.. tetapi klu harga di Kuchg utk peti sejuk 2 pintu harganya di antara Rm330 - Rm380 lebih kurang..
BalasPadamLampu Peti saya tak nyala tapi running. Adakah IA ROSAK?
BalasPadamsalam..
BalasPadampeti sejuk saya sejuk dan normal kalau sy off and on blek..tp klau biar lama2..bhg atas sejuk tp bhagian bwah peti da tak sejuk..apa sebabnye yea?
Princess ariyana.. lampu peti sejuka awk je yg rosak tu.. klu peti tu sejuk ok je la..
BalasPadamrgym.. biasanya masalah peti awk ni ialah pd getah pintunya.. cuba perhati klu2 ada yg rosak atau berlubang.. dan jgn terlalu kerap membuka peti sejuk, itu antara sbb nya juga..
yke bos?
BalasPadamtp sy check mcm ok plak getahnye...hmmmm buntu mmikirkn mende ni...kol technician dier kte timer rosak...yke eh? T_T
salam. sy nk tnya skit la bang. peti ice sy ni compresor jalan, kipas pn jalan. tapi x sjuk la pulak. bahagian freezer n chiller x sejuk. biasa apakah msalah dia. adakah sbb heater? defrost timer? atau thermostat? thermostat tu mmg dh set pling maximum. defrost timer tu pn sy dh pusingkn n ad bunyi klik skali compresor on double klik compresor mati. mnta tolg pndapat abg skit. tq. dh puas dok belek bnde ni. tp sme jugak. hrp abg dpt membntu.
BalasPadamrgym.. mmg buntu klu kena masalah begini, paling baik apabila ada pomen yg datang sendiri ke site dan check di situ.. huhu..
BalasPadamsalam shahmaz, bagus awk ada usaha utk membelek peti ice awk tu.. dan drpd apa yg awk bagitau tu saya cuma boleh agak peti ais awk mgkin tersumbat sistemnya.. lebih baik awk panggil pomen dtg check ye..
biasanya brapakah charge utk membaiki sistem yg tersumbat ini. kalau coil yg berfungsi dgn bagus adakah ia akan menghasilkn frost dan frost akan cair bila heater diaktifkan? apa yg saya nmpk coil tu hanya frost di pangkal coil shj. tmpat lain di coil tiada frost terhasil. blh x abg bg contact number pomen yg ad di area klang. blog abg ni byk membantu newbies yg mhu blajar mngenai pembaikan peti sejuk. sy harap abg dpt upload video bgaimana nk troubleshoot sistem peti sejuk ni skali dgan cara membaikinya. mgkin dpt membantu ank2 melayu seperti sy berkecimpung dlm bidang ini yg pastinye byk d trajui kaum cina. mudah2an Allah memberikan balasan yg setimpal dgn penyebaran ilmu yg baik ini. Tq boss.
BalasPadam..lupa nk suruh shahmaz check pada strainer, condenser dgn compresor dia.. ketiga2 ni rasa panas tak kalau awk pegang dgn tangan?
BalasPadamjika salah satu atau semuanya sejuk mmg sah sistem sumbat. Caj pula bergantung pd pomen la, klu saya, ia melibatkan kerja2 flushing, tukar strainer, vakum dan isi gas, dan lebih baik tukar minyak compresor, paling tidak tambahkan myk compresor.. semua ini mgkin cajnya dlm rm70 - 80 begitu..
pasal coil yg frost d pangkal tu antara simptom sumbat, jd kena flushing bagi sumbatan tu keluar. emm, awk emel saya je la kalau nk tau cerita yg lebih ttg ni.. kat sini utk pertanyaan yg biasa2 saja.. hehe.. emel sy ke yuseri78@yahoo.com.my InshaAllah sy akan bantu apa2 yg termampu :)
salam wai bee..nak tnya skit..smlm peti sejuk saya tiba2 off. saya check power ada. dalam masa 5 minit dia on balik. tngahri td dia jadi balik. pastu 5 minit dia on kembali. apa punca dia jadi mcmtu. peti sejuk saya brand singer 2 pintu. dah lebih 2 tahun pakai.
BalasPadamSalam.. kalau masalah begini saya kurang pasti, hehe.. mgkin masalah termostat, masalah sensor atau masalah pemampat. kene suruh pomen datang check la.. huhu..
PadamSalam tuan,kalau beku bhgn bawah dah di penuhi salji dan bahagian atas pula tak sejuk sebab apa ya,sebelum ni ok sikit skrg atas dah tak sejuk langsung dan di bawah yg freeezer tu dah di oenuhi salji.TQ.tuan
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsalam tuan.. try offkan pastu onkan balik.. biasanya perkara ini terjadi sebab kerap buka pintu atau getah pintu dah rosak..
BalasPadamSalam tuan.. boleh kah saya off peti sejuk jenis chiller pada waktu malam untuk jimat elektrik. Sebab dengar orang cakap off suis peti sejuk ni boleh mengakibat cepat rosak.
BalasPadamsalam tuan muhammad azri, boleh saja klu nk off kan, tp x ke berbau nti makanan yg tersimpan slm chiller tu? sy rasa x perlu offkan, sbb chiller tu akan off sendiri apabila suhu nya sudah cukup. Sbg contoh, waktu mlm kita jarang buka tutup peti ais, jd ia akan off sendiri. secara automatik elektrik dpt dijimatkan.. ๐
PadamAssalammualaikum Tuan Wai Bee,
BalasPadamsaya tercari2 akaun tuan di fb.tp x ketemu.rmai jgk nm Wai Bee.hihi.saya ada membeli sebuah peti sejuk brand sharp.nak dijadikn cerite, ada hamba Allah ni telah tercungkil zink/plat besi dlm tu.so, ada gas keluar.kecik je lubang tu.cm kena cucuk jarum je.andaikata tiada jaminan utk baikpulih kerosakan tu, boleh x sy diy sendiri?buh gam besi atau antr welding?boleh x tanggalkn camtu je?4
waalaikumsalam tuan eddy, takpela.. sbnarnya sy jarang posting pasal peti ais ni kat fb, berkenaan dgn bhgn yg tercungkil itu mmg boleh diy, itupun kalau cukup peralatannya kerana ia memerlukan welding gas utk memanaskan plat aluminium kemudian baru kita letakkan gam khas yg biasa sy pakai ialah "heat steel stik", ada juga yg guna rod aluminium, boleh try di tmpt lain dulu sblm dibuat ke peti ais. ini kerana takut terkena plastik d bhgn dalaman peti ais.. ๐
BalasPadamwaalaikumsalam tuan eddy, takpela.. sbnarnya sy jarang posting pasal peti ais ni kat fb, berkenaan dgn bhgn yg tercungkil itu mmg boleh diy, itupun kalau cukup peralatannya kerana ia memerlukan welding gas utk memanaskan plat aluminium kemudian baru kita letakkan gam khas yg biasa sy pakai ialah "heat steel stik", ada juga yg guna rod aluminium, boleh try di tmpt lain dulu sblm dibuat ke peti ais. ini kerana takut terkena plastik d bhgn dalaman peti ais.. ๐
BalasPadamAsalamualaikum brader....smlm peti ais sy jenis panasonic 1 pintu tu pintu tak rapat....dok tak dok pg ne usya tgok apa pun xdak...api xd bunyi click compreser pun xdak bila on...'lampu memang dh tbkar so xtw la ada karen ke x....apa patot sy bwt bro brader
BalasPadamAsalamualaikum brader....sy tlupa tutup peti ais smlman....bgun pg tgok dah x idup.....karen ada ka xdak xtw pasal lampu dah memang tbkaq.....toloong saya....apa patot sy buat
BalasPadamalaikumsalam bro amir,
BalasPadamcuba offkan dulu peti ais tu dlm masa sehari kemudian baru onkan semula, saya rasa tidak ada masalah apa2 sbb awk kata terlupa tutup pintu rapat2 je..
Sy dah bwt smlm smp arini...td sy on xleh gak bro....kalo nk riper brapa agaknya bro???....
BalasPadamtuan, saya nak Tanya apasal peti ais saya badannya terasa amat panas macam seterika dan kompresernya terus beroperasi tanpa rehat. biasanya dulu peti ais saya bila dah sejuk kompresor akan berhenti rehat beberapa minit dan setelah hawa sejuk semakin kurang komperaser akan kembali berorasi secara automatic.
BalasPadambro amir, klu peti sejuk dua pintu, cuba usik timer dia.. klu nk repair bgantung pd part yg ditukar..
BalasPadamtuan shahrul zaman, pd asasnya mmg body peti ais terasa panas suam, jika panas macam seterika sepatutnya ia trip bg memberikan keselamatan kpd pgguna. kena check satu persatu masalah dia terutamanya kompresor..
BalasPadamSalam tuan wai bee,
BalasPadamSy ada membeli sebuah peti ais 2 pintu (2nd hand) jenama elba bau-baru ni. Seblm ni peti ais tu bolh dikatakan sejuk di kedua-dua bhgian. Maslahnya sekrg peti ais tu hanya sejuk dan beku di bhgn atas shj tp x sejuk di bhgn bwh. Sy dh cuba offkn peti sejuk tu selama 1 hari tp tdk mendtangkan hasil. Blh ke tuan bantu, kalau blh sy nak d.i.y je. Tq.
Salam.. emm, biasanya masalah getah pintu saja,tp ia mgkin merebak ke defrost termostat @ defrost timer @ kipas blower kat bhgn atas tu yg x berfungsi..
BalasPadamSalam tuan wai bee,,
BalasPadamPeti ais saya tiba2 mati.....agak2 nye apa kerosakan nya....modek sharp 2 pintu tq....
salam..
BalasPadamemm, check ada current masuk x? mgkin trip ke, sy pun x pasti..
Current ada masuk....agak2 tuan wai bee apa kerosakan nya.....tq
PadamSalam,
BalasPadamPeti toshiba 2 pintu sy dh berusia 6 tahun, tp semalam peti ais sebelah bawah dh x sejuk. Kenapa jd mcm tu ye?
Tq
Salam wai bee...
BalasPadamSy dh check getah pintu, defrost termostat dan kipas blower kat bhgn atas tu semuanya berfungsi...hembusan udara sejuk kat bhgn bwh tu sedikit je...
Sy cuba pulas bhgn termostat tu tp xde dgr bunyi klik dan xde perubhn pd tahap sejuknya..... mohon pndgn tuan.
Salam en..saya nak tanya..
BalasPadamSaya gunakan peti ais samsung 2 pintu..guna baru dekat 2 tahun..masa awal dulu, bila nak buka pintu peti ais tu mmg kena kuat2..sebab getah sangat kuat..tp sejak bulan lalu, pintu senang saja dibuka...anak saya pun boleh buka peti ais sesuka ati...bhgn beku takda masalah, tapi bhgn bwh kurang sejuk..mungkin disebabkan getah pintu...semut pun boleh masuk..apa masalah yg menyebabkan getah pintu tu tak kuat? Perlukah saya matikan peti ais saya?
en. Mohd Azmi, cuba offkan dulu peti tu sehari semalam.
BalasPadamAdie78, defrost termostat berbeza dgn termostat biasa. def termostat terletak bdkatan dgn cooling coil dan disimpan dlm plastik lutsinar. klu termostat biasa, ia boleh disetting dr 0 - 6.
en. Mohd Fairudz, cuba check compressornya ada bunyi atau ada gegaran tak..
baby B, tentang getah pintu, sy x pasti. Cuba bersihkan dgn kain lembab jika ada kekotoran d antara getah pintu dgn body peti ais.
terima kasih atas penjelasan....
BalasPadam1) tuan, thermostat yang sy maksudkan tu adalah thermostat biasa yg blh dipusing2kan tu, tp w'pun tlh dipusingkan, masih tetap xde perubhn pd tahap sejuknya..... mhn bantuan tuan.
2) Utk defrost thermostat tu, sy dh check guna multimeter dan didapati ada pergerakan jarum (semasa suhu sejuk). Kalau diuji semasa suhu panas adakah akan ada pergerakan jarum jgak?