Jumaat, 23 Mac 2012

Peti Sejuk Ada "Curent" Pada Body nya..

Semalam (21.3.2012) ada orang tanya saya tentang masalah peti sejuknya di kampung (Lawas). Jika di on peti sejuk itu, maka MCB (miniature circuit breaker) atau pemutus litar kecil di rumahnya akan terturun atau 'trip'. Maka beliau pun menanggalkan kabel 'earth' pada plug 3 pin pada peti sejuk tersebut. Akibatnya, peti sejuk itu boleh on tanpa MCB menjadi trip. Tapi satu masalah yang timbul, apabila beliau memegang body peti sejuk itu, terdapat "leakage curent" atau arus elektrik pada body peti sejuk itu. Apa tindakan seterusnya?..


Okay, memang litar elektrik pada peti sejuk tersebut ada "short circuit" atau litar pintas. Jika di lihat pada litar pendawaian peti sejuk, bekalan kuasa 240v akan masuk ke litar pendawaian peti sejuk seperti rajah di bawah iaitu peti sejuk satu pintu jenama National model NR-A16D :













1. Life akan masuk terus ke geganti @ relay sebelum masuk ke terminal pemampat.
2. Neutral akan masuk ke pelaras suhu @ thermostat sebelum masuk ke pelindung beban lampau @ overload protector seterusnya ke terminal common pemampat.


Biasanya kes-kes litar pintas berlaku apabila ;
1) Dulang tadahan air limpah yang terletak di atas pemampat ;
- Air akan terkeluar mengenai pemampat @ relay @ overload apabila ia terlalu penuh;
- Air akan terkeluar apabila ada kebocoran pada dulang tadahan air akibat gigitan tikus.


2) Boleh jadi juga kerana pemampat itu sendiri yang "gagal" ujian rintangan penebatan peralatan elektrik rumah. Ini kerana jika nilai pemampat kurang daripada 0.5 Mega Ohm ia dikategorikan sebagai tidak baik @ tidak selamat dan jika ia melebihi 1 MegaOhm maka ia dikategorikan sebagai baik rintangan penebatannya.

Menguji rintangan penebatan sebuah pemampat peti sejuk.


3) Boleh jadi juga kerana ada wap air pada pendawaian elektrik di dalam sistem peti sejuk terutamanya "thermostat" yang terletak berdekatan dengan tempat pembeku.


4) Dan juga bahagian-bahagian lain yang kadang-kadang sukar untuk dikesan ^_^.

Khamis, 22 Mac 2012

Keselamatan Elektrik Di Rumah..


1. Elektrik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita. Walau bagaimanapun, ia mempunyai potensi untuk menyebabkan kemudaratan yang besar.

2. Peralatan elektrik seperti peti sejuk perlu dijaga dan diberi perhatian selalu. Peti sejuk perlukan ruang untuk bernafas (membebaskan haba). Elakkan menyimpannya di dalam kabinet tanpa bukaan yang betul, dan tidak meletakkan kertas atau kain di sekelilingnya.

3. Jika apa-apa perkakasan atau alat elektrik yang mengeluarkan kejutan sesemut, cabut plugnya, dan panggil orang yang berkelayakan membetulkan masalah tersebut. Kejutan elektrik yang besar boleh membawa maut.

4. Periksa peralatan secara berkala untuk mengesan penebat yang dipakai mungkin sudah retak, terminal yang longgar, wayar berkarat, bahagian yang rosak dan mana-mana komponen lain yang mungkin tidak berfungsi dengan betul.

5. Gantikan perkakasan elektrik yang rosak atau panggil orang yang berkelayakan untuk membaikinya.



Beberapa tips keselamatan elektrik yang perlu diingati:

• Jangan sekali-kali menggunakan apa-apa logam untuk menggantikan fius pada plug 3 pin. Gunakan kadaran fius yang sesuai untuk melindungi litar.


• Jangan memegang wayar atau litar elektrik yang hidup ketika tangan anda masih basah.


• Jangan gunakan satu soket dengan sambungan yang banyak sekali gus.

  

• Jangan masukkan pisau, anak kunci atau skrudriver ke dalam lubang soket.

  

• Pastikan anak-anak tidak bermain dengan soket elektrik.





• Jangan sekali-kali meletakkan kabel sambungan (extension cord) di bawah permaidani.


• Jangan biarkan pokok yang berhampiran dengan talian kuasa elektrik.

• Simpan tangga, layang-layang, peralatan dan apa-apa saja dari talian kuasa atas.

Rabu, 21 Mac 2012

Masalah Peti Sejuk dan Alternatif Penyelesaiannya..

1. Air bocor di dalam atau di bawah peti sejuk;
- Saluran paip air limpah tersumbat, patah atau bocor. Cuba tolak dengan dawai atau air paip. Jika perlu, ganti dengan yang baru.
- Pastikan hos paip tidak tersumbat dan dulang tadahan tidak dipenuhi air.





2. Bau busuk;                                                  
- Saluran paip tersumbat. Tolak dengan air (flush).
Bersihkan hos dan dulang tadahan air.
- Mungkin unit tidak hidup yang menyebabkan makanan tidak sejuk lalu berbau.





3. Bunyi luar biasa;
- Pastikan kaki unit selaras pada keempat-empat kakinya.
- Pastikan dulang tadahan air berada pada kedudukan yang betul.
- Pastikan getah penahan pada kaki pemampat berada dlm keadaan baik (tidak pecah atau keras getahnya).
- Pastikan kipas penyejat dan kipas pemeluwap tidak terhalang oleh benda asing, biasanya habuk yg terlalu tebal ataupun material lain bawaan tikus.





4. Ais berlaku dengan cepat / Tidak defrost habis;
- Pastikan pintu peti sejuk tertutup rapat.
- Pastikan getah pintu dalam keadaan baik. Jika rosak, gantikan dengan yang baru.
- Periksa juga keadaan thermostat, mungkin ianya rosak.
- Periksa juga pemanas (heater), jika ianya rosak, maka ia tidak dapat mencairkan (defrost) ais.



5. Kurang sejuk / Sentiasa running;
- Pastikan larasan suhu pada thermostat dalam keadaan betul.
- Pemeluwap kotor. Bersihkan.
- Pastikan gasket pintu elok. Gantikan jika perlu.
- Dalam cuaca panas, peti sejuk akan kerap running.
Pindahkan peti sejuk ke tempat / bilik yg kurang panas. Contohnya jika peti sejuk terletak di tepi tingkap, pindahkan sedikit dari tingkap supaya pancaran cahaya matahari tidak mengenai badan peti sejuk.
- Bilah penyejat atau pemeluwap mungkin tersekat, patah atau rosak.
- Pemasa nyahfrost (defrost timer) mungkin rosak dan perlu diganti.


                                                                              
 6. Unit kerap on dan off sendiri; 
- Mungkin masalah pada voltan bekalan.
- Jika ini berterusan, pemampat akan cepat rosak.
- Bersihkan pemeluwap yang kotor. (Khasnya peti sejuk jenis "chiller display").


7. Unit berhenti beroperasi, tetapi voltan bekalan ada;
- Bersihkan pemeluwap yang kotor. Pastikan kipas pemeluwap beroperasi seperti biasa.
- Mungkin masalah pada voltan bekalan.
- Pastikan thermostat dalam keadaan baik.
- Pastikan pemampat dalam keadaan baik.





8. Unit berhenti terus, tiada bunyi dan tiada lampu menyala;
- Periksa kotak fius di rumah, pada MCBnya mungkin tiada bekalan masuk atau suisnya terturun.
- Jika ada bekalan pada MCB di kotak fius, check fius 13 Ampere pada plug 3 pin pada unit.
- Jika fius 13 A masih ok, kemungkinan thermostat rosak atau pemampat rosak. Rujuk pada juruteknik peti sejuk.

Rabu, 7 Mac 2012

Peti sejuk yang menawan ^_^

Salam.. gambar-gambar peti sejuk ni aku cari kat google.. cantik dan menarik sangat kalau aku tengok.. hehe..