Selasa, 8 November 2011

Menyimpan pemampat jika tidak digunakan dalam jangka masa yang lama.

Pemampat @ Compressor peti sejuk atau aircond yang sudah dikeluarkan dari unit (masih berfungsi dengan baik), jika tidak digunakan untuk jangka masa yang lama, eloklah disimpan dalam keadaan yang baik.Tutup semua salurannya supaya udara dan lembapan tidak masuk ke dalam pemampat kerana ia boleh mengakibatkan bahagian dalamnya cepat berkarat.


Pemampat yang sudah dikeluarkan dari unit peti sejuk.

Sambungkan tiub kuprum ke salah satu saluran pada pemampat kemudian brazingkan hujungnya.

Sambungkan access valve.


Sambungkan tiub kuprum pada saluran yang satu lagi dan brazingkan.

Kemudian, lakukan pengosongan / vakumkan pemampat tersebut. (lebih kurang15 minit).

Selepas itu, masukkan bahan pendingin / refrigerant ke dalam pemampat.

Masukkan refrigerant perlahan-lahan sehingga jarum pada low side berhenti.

Lakukan 'pinching' pada access valve.

Brazingkan hujung access valve tadi.
Pemampat siap untuk disimpan.

5 ulasan :

  1. macam mane nak tukar minyak pemampat mengikut langkah2 dan sukatan?

    BalasPadam
  2. tuang minyak yang lama.. topup sedikit drpd myk itu ke dalam pemampat semula...

    BalasPadam
  3. saya pernah tgk ada setengah org gunakan pemampat nie dan diubahsuai jadikan kompreser/pam untuk tayar motosikal dan kereta... adakah ia tidak membahayakan..

    BalasPadam
  4. memang ramai yang menggunakan pemampat terpakai ini sebagai pam angin dan juga sebagai pam vakum.. ianya tidak membahayakan, cuma udara dan lembapan akan sentiasa terkumpul di dalam pemampat dan keadaan ini akan menjadikan ianya cepat rosak ^_^

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.