..sekadar berkongsi maklumat dan bertukar pendapat tentang permasalahan penyaman udara, peti sejuk rumah dan beberapa peralatan elektrik rumah.. sebagai rujukan sendiri di masa lain andai terlupa.. semoga dapat manfaat untuk bersama.. saya beri yang hak dan saya ambil yang hak saja, yang lain-lain jika ada saya pulangkan.. ^_^
Khamis, 10 November 2011
Peti sejuk 3 pintu, frost pada bahagian freezer..
Saya cuba tukar defrost thermostat dan biarkan peti on selama sehari..
30/10/2011 - Setelah dibiarkan unit on sehari semalam, Alhamdulillah frost sudah berkurangan dan bahagian tengah peti sejuk sudah dapat tahap sejuk yang dikehendaki.
Peti sejuk National, model NR-C43TA..
Selasa, 8 November 2011
Menyimpan pemampat jika tidak digunakan dalam jangka masa yang lama.
Pemampat @ Compressor peti sejuk atau aircond yang sudah dikeluarkan dari unit (masih berfungsi dengan baik), jika tidak digunakan untuk jangka masa yang lama, eloklah disimpan dalam keadaan yang baik.Tutup semua salurannya supaya udara dan lembapan tidak masuk ke dalam pemampat kerana ia boleh mengakibatkan bahagian dalamnya cepat berkarat.
Sambungkan tiub kuprum pada saluran yang satu lagi dan brazingkan.
Pemampat yang sudah dikeluarkan dari unit peti sejuk.
Pemampat siap untuk disimpan.