Jumaat, 7 Oktober 2011

Mengecas Menggunakan Silinder Pengecas (Charging Cylinder)

Salam...
Minggu lepas saya telah melakukan kerja-kerja mengecas peti sejuk dengan menggunakan silinder pengecas. Melalui cara ini, bahan pendingin dapat dimasukkan ke dalam sistem peti sejuk dengan lebih tepat iaitu tidak kurang dan tidak lebih. Langkah-langkahnya ialah seperti berikut :

1. Sediakan peralatan-peralatan seperti :
    - Tolok pancarongga;
    - Pam vakum;
    - Bahan pendingin R134a;
    - Silinder pengecas.

2. Masukkan bahan pendingin secukupnya daripada tong R134a (13.5kg) ke dalam silinder pengecas mengikut kadar unit peti sejuk iaitu 90 gram. Sebelum itu, laraskan getah hitam pada sukatan 90g.


3. Lakukan pengungsian (vakum) pada unit.


4. Selepas vakum, sambungkan hos servis (kuning) pada injap pengecas dan lakukan pelegaan (purging). Ini bertujuan membuang udara yang ada di dalam hos servis semasa memindahkannya dari pam vakum.



5. Semasa mengecas, sistem adalah dalam keadaan off, buka injap servis (tombol biru) dan biarkan bahan pendingin dalam bentuk gas perlahan-lahan masuk ke dalam sistem. Biarkan kira-kira 5 minit sebelum unit dihidupkan. Jika buih terjadi di dalam silinder pengecas, injap servis hendaklah ditutup dan goncangkan silinder ke atas dan ke bawah beberapa kali. Jangan terlalu lama, kemudian bolehlah mengecas semula.

6. Jika tekanan dalam pengecas menjadi seimbang, kita boleh menambah tekanan pada pengecas dengan menggunakan air suam untuk memanaskanya apada suhu lebih kurang 51 darjah celcius. Sesetengah silinder pengecas disertakan dengan heater sebagai pemanas. Jangan gunakan api untuk memanaskan silinder.

7. Setelah casnya cukup, buat kapitan (pinching) pada tiub servis dan potong kemudian silfoskan (pateri dengan silfos rod).


19 ulasan :

  1. salam, boleh tanya kalau 90gram agak2nya berapa bacaan bagi psi?

    BalasPadam
  2. Salam kembali... untuk unit peti sejuk rumah, bacaan psi dia di antara 5 - 10 psig dan ia tidak fix pada 90gram sahaja keranan ada juga unit yg menggunakan 110gram, 120gram, 160gram, dsb...

    BalasPadam
    Balasan
    1. okeh, selepas vakum pemampat saya masukan gas sebanyak 10 psi, selepas on power bacaan pada manifold menurun perlukan saya tambah gas sehinga bacaan seimbang atau pun berpandukan bacaan baca clampmeter.

      Padam
    2. ok, jika sudah mencapai 10psi tekanannya, jgn tambah lagi, cukup berpandukan kpd clamp meter pula..

      Padam
  3. okeh, selepas vakum pemampat saya masukan gas sebanyak 10 psi, selepas on power bacaan pada manifold menurun perlukan saya tambah gas sehinga bacaan seimbang atau pun berpandukan bacaan baca clampmeter.

    BalasPadam
  4. tapi jika bacaan clamp masih belum mencecah nilai pd unit, baru tambahkan lagi tekanannya @ gasnya..

    BalasPadam
  5. Kenapa cooling coil chiller membeku slps compressor nya ditukar?

    BalasPadam
  6. mgkin saiz compressornya lebih besar drpd yg asal atau mgkin gas terlebih diisi semasa di'charging'..

    BalasPadam
  7. salam,tuan kalau service comp vacuum semua dah buat dan nak isi balik gas berapa psi utk diplay chiller 1pintu?

    BalasPadam
  8. salam,tuan kalau service comp vacuum semua dah buat dan nak isi balik gas berapa psi utk diplay chiller 1pintu?

    BalasPadam
  9. Salam faizal, kadang2 dia ada bgtahu kat pelekat dia. Tp klu x ada, biasanya utk display chiller 1 pintu dlm 20 psi, lps tu tgk Amp dia dgn Clamp meter. Jgn lebih drpd spec yg sepatutnya..

    BalasPadam
  10. boleh bagi no contact x..ada service

    BalasPadam
  11. Salam tuan. Utk chiller 2pintu berapa tekanan dlm psi semasa running. Sebelum saya tukar compressor saya check tekanan 100psi dn penunjuk pada bacaan gas r134a ialah +4 semasa compressor mati. Semasa pengisian semula bacaan 40psi dn gas -15 compressor jadi sejuk dan berpeluh di bahagian bawah compressor. Adakah saya terlebih cas atau masi kurang. Semasa saya mematikan compressor tekanan menjadi 60psi dn gas -10

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan, klu chiller r134a tekanannya ikut spec ampere yg diberi, biasanya ia x melebihi drpd 20 psi.

      Padam
  12. Compressor saya r134a 1/3hp 1.6A

    BalasPadam
  13. Salam tuan. Tekanan sekarang14psi dan ampere saya 2.05. Compressor Made USA model AQAW110 watt 260 hp1/3 R134A 220v. Adakah ampere saya ok. Model yang lepas QD110h r134a 1/3hp 1.6a 215watt. Model yang baru tidak beritahu berapa ampere. Yg jadi keraguan sy ialah apabila saya jalan kan ciller saya dari permulaan start 28C auto stop 1C mengambil masa 45 minit dan berlaku fross dari paip keluar evaperator sampai hujung paip evaporetar yg bersambung dengan coil paip yg kecil bersambung strainer.coil kecil tak menjadi fross hanya sejuk sedikit dan apabila auto start ia akan ambil beberapa kali start baru mahu hidup. Bacaan ampere gagal start adalah sekitar 9.89A dan yg berjaya start sekitar 2.35A dn akan turan sekitar 2.03A. Fross yg jadi tidaklah terlalu banyak nampak bintik2 salji saja. Adakah saya perlu tambah gas lagi. Utk makluman sy telah cuba turun sampai 3psi masa running utk dapatkan 1.6A tapi fross jadi lagi tebal dn suhu lambat naik. Ok baca setelah 5 -6 kali auto on off ialah 10psi 1.96A dlm 5-6 kali itu ada kala start terus hidup. Harap dapat bimbingan dari tuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan, chiller tu tuan tukar compressor baru ke? Klu begitu kena buat flushing kesemua piping, tukar strainer @ filter, vakum, baru isi gas, dptkan bacaan tekanan Dan ampere.. biasanya klu ikut prosedur ni unit akan run dgn lancar..

      Padam
  14. Maaf tuan. Maksud sy (fross) membeku.

    BalasPadam
  15. Ya sy tukar compressor baru. Vacuum telah buat selama 15minit strainer sy tidak tukar lagi. Kena tukar strainer ya. 15 minit mencukupi ka utk vacuum atau kena lebih lama lagi.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.