Sebelum ni aku pernah letak gambar bahagian2 peti sejuk dalam versi english, yang ni pulak versi bhs melayu ^_^
..sekadar berkongsi maklumat dan bertukar pendapat tentang permasalahan penyaman udara, peti sejuk rumah dan beberapa peralatan elektrik rumah.. sebagai rujukan sendiri di masa lain andai terlupa.. semoga dapat manfaat untuk bersama.. saya beri yang hak dan saya ambil yang hak saja, yang lain-lain jika ada saya pulangkan.. ^_^
Selasa, 11 Oktober 2011
Bahagian-bahagian peti sejuk...
Salam...
Sebelum ni aku pernah letak gambar bahagian2 peti sejuk dalam versi english, yang ni pulak versi bhs melayu ^_^
Sebelum ni aku pernah letak gambar bahagian2 peti sejuk dalam versi english, yang ni pulak versi bhs melayu ^_^
Jumaat, 7 Oktober 2011
Pamphlet / Risalah...
Salam...
Alhamdulillah, siap sudah pamphlet / risalah ringkas mengenai peti sejuk rumah (domestik). Antara lain ia mengandungi :
i. Pengenalan;
ii. Jenis-jenis peti sejuk;
iii. Bagaimana menjaga peti sejuk;
iv. Kenapa peti sejuk boleh rosak;
v. Panduan membeli @ memilih peti sejuk baru atau terpakai.

Mengecas Menggunakan Silinder Pengecas (Charging Cylinder)
Salam...
Minggu lepas saya telah melakukan kerja-kerja mengecas peti sejuk dengan menggunakan silinder pengecas. Melalui cara ini, bahan pendingin dapat dimasukkan ke dalam sistem peti sejuk dengan lebih tepat iaitu tidak kurang dan tidak lebih. Langkah-langkahnya ialah seperti berikut :
1. Sediakan peralatan-peralatan seperti :
- Tolok pancarongga;
- Pam vakum;
- Bahan pendingin R134a;
- Silinder pengecas.
2. Masukkan bahan pendingin secukupnya daripada tong R134a (13.5kg) ke dalam silinder pengecas mengikut kadar unit peti sejuk iaitu 90 gram. Sebelum itu, laraskan getah hitam pada sukatan 90g.
3. Lakukan pengungsian (vakum) pada unit.
4. Selepas vakum, sambungkan hos servis (kuning) pada injap pengecas dan lakukan pelegaan (purging). Ini bertujuan membuang udara yang ada di dalam hos servis semasa memindahkannya dari pam vakum.
Minggu lepas saya telah melakukan kerja-kerja mengecas peti sejuk dengan menggunakan silinder pengecas. Melalui cara ini, bahan pendingin dapat dimasukkan ke dalam sistem peti sejuk dengan lebih tepat iaitu tidak kurang dan tidak lebih. Langkah-langkahnya ialah seperti berikut :
1. Sediakan peralatan-peralatan seperti :
- Tolok pancarongga;
- Pam vakum;
- Bahan pendingin R134a;
- Silinder pengecas.
3. Lakukan pengungsian (vakum) pada unit.
4. Selepas vakum, sambungkan hos servis (kuning) pada injap pengecas dan lakukan pelegaan (purging). Ini bertujuan membuang udara yang ada di dalam hos servis semasa memindahkannya dari pam vakum.
5. Semasa mengecas, sistem adalah dalam keadaan off, buka injap servis (tombol biru) dan biarkan bahan pendingin dalam bentuk gas perlahan-lahan masuk ke dalam sistem. Biarkan kira-kira 5 minit sebelum unit dihidupkan. Jika buih terjadi di dalam silinder pengecas, injap servis hendaklah ditutup dan goncangkan silinder ke atas dan ke bawah beberapa kali. Jangan terlalu lama, kemudian bolehlah mengecas semula.
6. Jika tekanan dalam pengecas menjadi seimbang, kita boleh menambah tekanan pada pengecas dengan menggunakan air suam untuk memanaskanya apada suhu lebih kurang 51 darjah celcius. Sesetengah silinder pengecas disertakan dengan heater sebagai pemanas. Jangan gunakan api untuk memanaskan silinder.
7. Setelah casnya cukup, buat kapitan (pinching) pada tiub servis dan potong kemudian silfoskan (pateri dengan silfos rod).