Khamis, 10 Februari 2011

membaiki peti sejuk 2 pintu - samsung

Salam... setahun tak update blog ni... huhu... maksudnye takde kerja2 yang dilakukan...
cuma semalam aku dan sorang budak ikbn bm Peter pegi repair sebuah peti sejuk 2 pintu jenama samsung...
Puncanya suis utama (MCB) di rumah tu trip / turun. Jadi selepas di periksa, didapati ia berpunca drpd peti sejuk 2 pintu ini... Wlupun unit lama dah off, tapi suhu panas pd body compressor / pemampat dia terlalu panas... jadi Peter kata, minyak compressor dah takde, ia disebabkan semasa pengangkutan iaitu semasa mengangkat unit tersebut secara baring 180 darjah... selepas sampai di destinasi, unit itu terus di Onkan... Jadi minyak compressor belum sempat turun sepenuhnya ke dalam compressor, menyebabkan ia dikitar sekali bersama-sama dengan bahan pendingin (gas).... huhuhu...
gambar akan menyusul....

Gambar belakang peti sejuk sebelum kerja-kerja dimulakan, hehe..
Buka takungan air limpah (drain pipe) yang berada di atas pemampat.

Antara peralatan-peralatan yang diperlukan untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih peti sejuk. (R22 tu sebenarnya sebagai ganti Nitrogen untuk kerja "flushing" dan membersih sistem paip peti sejuk daripada sebarang kesumbatan dan kekotoran).
Mula-mula cabutkan injap pada servis valve yang asal sebelum dimasukkan dengan "access valve" untuk memudahkan kerja-kerja ^_^.










Panaskan paip saluran discharge sebelum mencabutnya...



Cabut saluran "discharge".

Seterusnya cabut saluran "suction" sebelum pemampat dibawa keluar daripada unit.
Jeng jeng.. pemampat sudah di bawa keluar dari unit peti sejuk... Lepas ni mudah sikit untuk melakukan kerja-kerja pembaikan ke atas pemampat ini.
Sambungkan access valve pada discharge pipe..
Selepas siap dipasang access valve..
Sambungkan ke gas R22 utk melakukan 'flushing' dibahagian pemeluwap sehingga ke bahagian strainer..
Flush...
Tukar access valve ke paip suction pulak..
Flush di bahagian penyejat ke tiub kapilari.
Pada bahagian ini, terdapat banyak minyak yg keluar, bermakna minyak drpd pemampat sudah terbawa ke dalam sistem.
Persediaan sebelum mengisi minyak yang baru ke dalam pemampat.
Selepas diisi minyak, check terminal pemampat dengan menggunakan multimeter.
Check juga terminal ke body pemampat.

Sambung semula paip discharge dan paip suction dengan kaedah brazing.



Vakum dahulu unit sebelum diisi gas bahan pendingin. Selepas divakum, barulah kita charging dengan gas r134a.
Alhamdulillah... selepas di test run, unit dalam keadaan yang memuaskan...

124 ulasan :

  1. salam..kalo satu unit dimatikan selama lebih kurang 1bulan,kemudian bila on,kompresor hidup tapi tidak sejuk..apa yang berlaku ya bos?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam, sori lambat reply.. jika sebelumnya unit masih ok, berkemungkinan larasan pada thermostatnya terganggu, kerana mustahil unit ada masalah walaupun lama tidak dihidupkan...

      Padam
  2. Sori bro tanya ckit aku baru beli peti sejuk Samsung sama jenis macam gambar dekat atas tu,peti sejuk tu baru beli tapi bila on tu tepi peti sejuk tu jadi terlalu panas kenapa erk....?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok, untuk pengetahuan saudara yang bertanya, peti sejuk tidak kira jenama apa pun, jika kita onkan, di bahagian tepinya akan menjadi panas, kadang-kadang panas yang kuat, tetapi jangan risau, ini adalah kerana peti sejuk itu dalam proses untuk menyejukkan bahagian dalam kabinetnya (yang mengandungi penyejat - menyerap haba) manakala di bahagian luar body peti sejuk di tepi atau di atas (yang mengandungi pemeluwap - menyingkir haba). Dan proses ini sememangnya normal. Jika ia terlalu panas, pastikan adakah ianya berterusan begitu atau hanya untuk beberapa ketika waktu sahaja..
      sekian, harap membantu ^_^

      Padam
  3. salam, compressor peti sejuk dengan compressor aircond sama ke? saya plan nak buat sistem penyejukan air 500 liter. nak tahu compressor mana lebih baik.

    BalasPadam
  4. Salam..
    compressor utk aircond tidak sama dengan compressor peti sejuk, kebanyakkan aircond rumah menggunakan comp jenis rotary (bilah putar) manakala comp peti sejuk menggunakan comp jenis salingan (pergerakan omboh). Kedua2nya ada saiz yang berbeza mengikut kapasiti unit aircond atau unit peti sejuk... ^_^

    BalasPadam
  5. Assalam bro wai bee, fridge saya brand LG.. setahun x on sebab letak dlm stor..bahagian atas sejuk/beku tapi bahagian bawah x sejuk...lampu semua ok.. boleh tau x sebab apa yg rosak? ada yang kata timer, ada yang kata defrost hiter & ada jugak yang kata termo sensor.. or compressor? agak2 kalau nak repair berapa kos nya ye? aien

    BalasPadam
  6. Salam aien..
    peti sejuk tu simpan dlm stor sebab rosak seperti yg aien bagitau tu ke?
    emm.. kalau bahagian atas sejuk, tetapi bahagian bawah tak sejuk, seolahnya kipas tidak berfungsi untuk mengedarkan udara sejuk ke bahagian bawah. Biasanya bilah kipas diselaputi frost ataupun gegelung kipas yang sudah rosak adalah penyebabnya. Dan tidak mustahil juga 'defrost heater'rosak kerana tidak boleh mencairkan ais yang tebal dibahagian atas. Apa pun, penyelesaiannya berdasarkan dgn menguji satu persatu komponen yg saya sebutkan tadi. Tentang caj, saya tidak boleh sebutkan disini kerana ia bergantung kepada komponen apa yg rosak.
    harap membantu ^_^

    BalasPadam
  7. Salam tuan. kat mane nak beli spare part kipas utk peti ais LG tu. Saya duk kat area ukay perdana, ampang.

    BalasPadam
  8. Salam kembali, tuan boleh cari kedai spare part aircond dgn peti sejuk "Raco" di area Pandah Indah..

    BalasPadam
  9. Aslm bro.. Peti sejuk kt umh sy brand sharp.. Bru je beli... Bila nk buang air kt blkg peti sejuk 2 sy bru perasan... Compressor peti sejuk ni.. Cm kemek.... Normal ke bnda cm ni???? Stkt ni.. Peti sejuk ni keadaan dia ok ag..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam.. kemek tu mmg begitu.. standard manufacturing.. air takungan tu x perlu dibuang secara manual.. air tu akan menyejat secara automatik..

      Padam
    2. Ok thankz bro... Ingt npe r kemek2 kt compressor 2... Hehe...

      Padam
  10. Oooo.. Cm 2.. Sory bro.. Sy kurang skit pngetahuan dlm bab2 ni.. Tq bro.. ;-)

    BalasPadam
  11. peti ais kita mcm sama... cuma nak tanya.. nape ada buat kuat vsft2 kat belakang peti sejuk tu????

    BalasPadam
  12. maaf saya tak paham soalan awak.. huhu..

    BalasPadam
  13. Assalam wai bee petisejuk saya ada sikit droo tempreature dia. Saya jenguk bhgn belakang bwh dia ada habuk tebal. Adakah ini penyebab temp turun? Boleh jawap pd email tak zaza_hadi@yahoo.com tq

    BalasPadam
  14. Salam..nak tanya, kalau peti sejuk tu kita baringkan 180 darjah semasa proses pemindahan, berapa lama diperlukan untuk biar ia rest sebelum switch on suis? TQ.

    BalasPadam
  15. Salam kembali.. Selepas kita baringkan peti tu semasa pindah, dirikan ia dan biarkan ia sekurang-kurangnya 8 jam atau biarkan sehari baru kita onkan..

    BalasPadam
  16. Salam tuan, saya nak tumpang tanya. Hari tu sy off kan peti ais beberapa hari sebab nak pindah rumah. Lepas sy on balik peti ais tu, dia jadi berbau. Dah 3minggu.sebab apa ye. Ada tak cara2 supaya bau tu dapat dihilangkan? Terima kasih tuan.

    BalasPadam
  17. Salam tuan. Sebaiknya sebelum digunakan semula, awak bersihkan dulu dgn mengelap bahagian dalamnya dgn kain lembab bersabun sedikit utk menghilangkan bau makanan yg melekat..

    BalasPadam
  18. Salam bro..saya duduk area pandan mewah dkt hospital ampang.boleh tinggalkan contact no sbb peti ais saya meragam

    BalasPadam
  19. Salam zack. Saya duduk Sarawak. Area Kota Samarahan / Kuching..

    BalasPadam
  20. Bro... Peti sejuk umah aku pakai brand toshiba GR-R30MPT. Dari dulu beli... Sampai la skang dah 2 tahun lebih. Atas cepat sgt sejuk tp bawah kurang sejuk... Set temp atas no 1 pun masih cepat sejuk padahal set tem bawah sampax max... Sama jer. Bleh bantu sblum nak hantar repair... Takut depa charge yg bukan2. Kalau tgk gambar atas tu... Peti sejuk tu sama.

    BalasPadam
  21. hi bro frenchy.. cuba offkan dulu peti sejuk tu sehari smlm.. klu masih juga, check kapasitor kipas dia..

    BalasPadam
  22. Salam bro nk tnya boleh x peti ais kita simpan dlm keadaan baring untuk beberapa hari?nnti nk on ada efek apa2 x??nk g outstation takut rumah banjir tu yg simpan dlu.

    BalasPadam
  23. Salam bro..
    Emm.. boleh je.. tp nti masa nk guna, dirikan peti ais tu dan biarkan sehari semalam sebelum dionkan suisnya..

    BalasPadam
  24. As salam..Engin peti ais sllu run jadi panas...x ada cut off automatic..ada kah masalah relay ..?? Ke sensor y rosak

    BalasPadam
  25. Waalaikumsalam.. kene tgk bberapa faktor lain, adakah awak letak terlalu byk brg makanan dlm peti ais? Adakah termostat diset pd kedudukan tinggi? Atau mgkin anak2 terlalu kerap membuka pintu peti ais? Perhatikan getah pintu, mgkin ada tmpt yg rosak atau tidak melekat. Jika semua ini ok, mgkin masalah termostat atau masalah defrost termostat atau masalah compresor sendiri. 

    BalasPadam
  26. Salam bro. Ade buat servis repair peti sejuk kat rumah x bro. Peti sejuk rumah buat hal xbak sejuk. Saya stay kat Taman Sukma PJ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam bro.. maaf sy x repair peti ais ke rmh.. maaf ya..

      Padam
  27. Salam chip..saya bidayuh padawan..boleh beri contact no?..saya baru dlm bidang ni nak minta pertolongan..sms 0109616546..terima kasih kerna berkongsi pengalamn..

    BalasPadam
  28. Salam chip..saya bidayuh padawan..boleh beri contact no?..saya baru dlm bidang ni nak minta pertolongan..sms 0109616546..terima kasih kerna berkongsi pengalamn..

    BalasPadam
  29. Salam pok..ada contact no x..aku dari padawan bidayuh..nak minta pertolongan ckit..0109616546..gud blog for evryone thx

    BalasPadam
  30. Salam pok..ada contact no x..aku dari padawan bidayuh..nak minta pertolongan ckit..0109616546..gud blog for evryone thx

    BalasPadam
  31. Sy baru saja membeli peti sejuk penghantaran dalam.jam 3.30 petang. Seelok2nya jam brapa sy boleh on kan peri sejuk?minta pandangan

    BalasPadam
  32. Dunia Alin,
    Seeloknya dalam jangka masa 24 jam

    BalasPadam
  33. rabak kandis - dh settle ye.. :)

    Dunia Alin - seperti yg khairul diy bgtau :)

    Khairul diy - tq :)

    BalasPadam
  34. Salam. Nak tanya. Bolehka peti sejuk dipindahkan dalam keadaan baring? (Nak pindah rumah)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. boleh je.. tp jgn terus on klu dh smpai ke destinasi. Biarkan 24 jam berdiri sblm dionkan..

      Padam
  35. Selepas kita baring kn unit..Dan on DL ms 30mint Ada msalah tk?? Mohon pencerahan tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maksudnya lps peti sejuk tu baring, awk terus on ye? Skrg mcmana keadaan peti sejuk tu? Masih ok ke atau macamana? Sy tak dpt nk bg pencerahan dulu.. huhu..

      Padam
  36. Assalamualaikum. .sya nak tnya..knape peti ais sya di bahagian frezer x membeku..sejuk tp x membeku..pti ais Samsung 1 pintu
    Trima kasih

    BalasPadam
  37. Assalamualaikum. .sya nak tnya..knape peti ais sya di bahagian frezer x membeku..sejuk tp x membeku..pti ais Samsung 1 pintu
    Trima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam. . Cuba tgk setting termostat. Naikkan setting ke high.. brapa lama dh usia peti ais tu?

      Padam
  38. Salam bro.. saya baru pindahkan peti ais guna van dan peti dlm keaadaan baring.. saya biarkan sehari itk on balik.. masaalahnya peti ais xsejuk2 dah hanya wap2 jer yg kuar.. sbb sebelum ni ok jee..

    BalasPadam
  39. salam.. aduh.. payah klu gini.. :(

    BalasPadam
  40. salam tuan sya nak tany peti sejuk sy sblm ni rosak dan dah repair.. Kemudian sy angakt pindah rumah smasa pindah kedudukan peti sejuk menegak kdudukan atas lori (masa pjalanan 30 minit)... Cuma waktu nak angkat peti sejuk tu dlm posisi melintang.... Masa rehat peti sejuk tu lebih kurang 7 jam... Bila sy nak switch on ( guna extension wayer heavy duty) berlaku trip... Bole terangkan punyca berlaku begitu..ada disebabkan tempoh rehat peti sejuk tu x cukup lama......

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kembali.. sy kurang pasti sebab apa berlaku trip.. kena check satu persatu cari punca dia baru kita boleh confirm apa masalah sebenar dia..

      Padam
  41. Salam Az Mal

    Pada pandangan saya 7 jam tidak mencukupi. Setakat sy ketahui , sy akan biarkan peti sejuk berkenaan selama 48 jam.

    Tuan boleh google dengan carian "Leaving a fridge or freezer (Used or new) to stand after being transported"

    Sy nak letakkan disini telalu panjang penjelasannya.

    Berkenaan trip.
    semcm Wai Bee berpendapat. Banyak faktor penyebab trip tersebut.
    Kemungkinan sedikit sy dapat kongsikan
    1. Kepala soket rosak
    2. Kabel terkapit antara satu sama lain
    3. kabel atau komponen terkena air.
    4. Soket utama rosak.

    BalasPadam
  42. Salam wai bee..peti sejuk samsung 2 pintu inverter sya baru je tukar pcb board...skarg dlm keadaan elok..cuma..bhagian bwh sejuk tpi kurg..n the compressor bekerja tanpa henti kecuali waktu auto defros.pada pendapat awk..pcb board yg ditukar tu tk sesuai dengan peti sejuk inverter sya ke???

    BalasPadam
  43. Inverter compressor mmg bekerja tanpa henti kan??.sbb dia hanya menurunkan kelajuan comp apabila suhu mencapai tahap maksima..tpi comp tu bekerja keras..atas beku sngt cepat tpi bwh sejuk tpi tk sejuk mana pon.semoga ada jalan😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye betul tu.. mgkin masalah kipas yg menghembus angin sejuk ke bawah tu kurang kuat..

      Padam
    2. Wai bee...peti sejuk sya tu dari pcb board pakai timer...baru sejuk dan beku..cuma compressor bekerja tanpa henti dengan kelajuan yg tk berubah..bising betul bunyi dia..dh 2 kali antar repair..lecehlah pakai inverter..

      Padam
  44. Tuan,saya punya samsung dua pintu..baru beli..lps 4 jam masuk umah,sy on kan..selang 15 min bahagian tepi jadi panas sangat,kt tepi2 macam ada kesan minyak padahal sebelum on tkde pun kesan tu..normal ke..klu tk normal nk kol kedai ni..huhu

    BalasPadam
  45. Tuan,saya punya samsung dua pintu..baru beli..lps 4 jam masuk umah,sy on kan..selang 15 min bahagian tepi jadi panas sangat,kt tepi2 macam ada kesan minyak padahal sebelum on tkde pun kesan tu..normal ke..klu tk normal nk kol kedai ni..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ..rasanya itu operasi normal dia taun.. tunggu dlm sehari dua ni..

      Padam
  46. Bos peti ais sy jenis 3 pintu..bru ni jdi tk beku tpi cuma dingin ja..panggil org repair ktanya timer dan thermostat rosak lalu d gnti. Lepas beku la. Selang 2 hari jdi tk beku balik. Air batu mula cair..panggil semula org repair. Bila dia check katanya kompressor jadi panas dan dia pn off kan suis peti ais...esok hari dia dtg dan on semula...peti ais berjalan seperti semula dan beku. Sambil2 tu orh repair mnta monitor bhg body peti ais tu panas atau tidak. Klau panas ok katanya. Kompressor tak sepatutnya panas. Selang sehari sy monitor body peti ais tetap panas akan tetapi kompressor jgak jadi panas melampau dan peti tidak membeku. Cuma dingin sahaja. Apa agaknya masalah mcm ni ya? Tukang repair pulak mula endah tk endah mcm nak mengelak bila call panggil utk check...tolong info sat bos..kot nak whatsapp sy trus pn blh ja..0195166649

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan Ikmal, masa peti ais running tu cuba rasa strainer atau penapis dia rasa suam panas tak? Sepatutnya ia suam panas, jika ia terasa sejuk, maksudnya ia tersumbat sebab itu peti ais kurang prestasinya.. jika tersumbat kena buat flushing dan tukar strainer yg baru..vakum dan isi gas semula..

      Padam
  47. Salam,



    1. Saya ada peti ais LG.



    2. Beli second hand dan nak dekat 2 tahun kami menggunakan nya.



    3. Masalah berlaku akan ada trip apabila saya on peti ais tersebut baru baru ini.



    4. Tapi apabila sy test dan menggunakan rice cooker pula di main plug yang sama tiada trip berlaku.



    Mohon bantuan.



    Terima kasih,

    Bazlee.

    011-10010099

    BalasPadam
  48. Salam bazlee..
    Peti ais yg trip biasanya disebabkan oleh pemampat yg bermasalah, kadang2 boleh juga disebabkan oleh heater utk peti ais 2 pintu.

    Itu saja yg biasa sy jumpa 😊

    BalasPadam
  49. Assalam nk tya..knp peti sejuk samsung 2 door side by side bawah keluar air?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.. ia disebabkan oleh saluran air keluar tersumbat, kena cuci buangkan lendir yg menyumbat di situ..

      Padam
    2. Tuan.., saya ada masalah yang sama. Mcmana nak buka saluran air untuk peti sejuk samsung dua pintu? Kena buka besi kat belakang tu ke?

      Padam
  50. Assalam bro wai bee, saya ada water cooler...masalahnya kurang sejuk, suhu hanya capai takat 17-18 celcius je dan compressornya mudah panas.terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.. kena check satu persatu cari punca masalah dia..

      Padam
  51. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  52. Salam..
    Baru2 ni suami ade bersih kan belakang peti ais dua pintu guna penyedut vacum.. suami off kn peti dlu then dia sedut di bahagian tepi pemampat.. adakah cara tersebut memberikn kesan kepada pemampat peti ais seperti meletop atay fatal yg lain?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. x de masalah.. boleh je, ia tidak akan mengganggu sistem peti ais..

      Padam
  53. Salam...bro wai bee...nak tnya..apa yg berlaku sekiranya kita on peti sejuk yg baru dibeli selepas 1 jam..sbb pekerja kedai tu bgtahu on selepas 1 jam...

    BalasPadam
  54. Bila sy on...dia panas dibahagian tepi...dalam sejuk..tp belum btl2 sejuk..selalunya berapa lama sejuk dia akan stabil ye?.. Skrg sy offkan dulu...tunggu pg esok bru on or sy ptt biarkan je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg keadaan dia begitu, jgn risau, awk biarkan dia on sehingga dia betul-betul stabil..

      Padam
  55. asalamualaikum... semalam saya beli peti ais 2nd panasonic.. so bila sampai rumah saya saya tak on sbb diver lori tu kata biar 2 ke 3 jam baru on.. so selepas on.. saya dapati body peti sejuk jadi panas.. namun peti ais berfungsi dengan baik sejuk beku dan bahagian bawa pun ok.. yang saya risau panas di body tu sampai ke pagi dia panas je.. risau dgn keadaan tersebut saya offkan dulu mungkin kata orang nak tunggu hingga 12 ke 24 jam selepas tu baru on balik.. nak tanya mmg masalah ke peti ais bila body dia panas sentiasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.. iye mmg prinsip kerja peti ais, di dalam sejuk dan di luar panas, mmg sentiasa panas utk pembebasan haba berlaku, jgn risau itu keadaan normal..

      Padam
  56. Assalamualaikum... saya nak tanya...saya baru beli peti sejuk samsung 2pintu... br sampai pg ni...tp selepas 4jam baru saya on...selepas on mmg sejuk tp body luar nya panas...kenapa yer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..
      Wah, best nye ada peti ais baru.. Pn jgn risau mmg body di luar dia panas sbb proses kondensasi

      Padam
  57. Bos mahu tnya..peti ais 2pintu jnis samsung..tepi peti dye panas..kt dlm dye xsejuk atas dan bwah..check smua setting dye ok..kt atas frost tp xsjuk adakah sebab heater dye dah rosak

    BalasPadam
    Balasan
    1. klu masalah ini biasanya defrost termostat yg problem, dia x boleh detect suhu sejuk apabila ais menebal dan masa yg sepatutnya heater on utk mencairkan ais tebal tu..

      Padam
  58. Peti ais saya samsung 2 tingkat' pintu atas ok sejuk' tpi pintu bwah tak sejuk'bleh bgi penjelasan apa yg rosak' bru jdi 2 mggu'sblum tu ok sjuk ja' whatapps sya 01128445533. Mntak pnjelasan yg pakar tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu atas ok bwh x sejuk biasanya masalah kipas yg x dpt hantar angin sejuk ke bhgn bwh..

      Padam
  59. Peti ais sy 2 pintu jenama sharp..7 thn...tp baru shj berpindah rumah n sy on kan semua slps 7 jam..bhgn luar panas..bhgn freezer sudah berjaya beku ais..tp bhgn bawah kurang sejuk..apa perlu sy buat..skrg sy off semula sbb risau..harap tuan dpt bantu..tq

    BalasPadam
  60. Salam tuan..mlm td karen umah sy trip..then sy pun on kn semula..pg2 esoknye br sy perasan peti ais samsung 1pintu sy xberfungsi..bile sy off plug peti ais n on semula trus karen umah trip..then sy tukar overload relay n ptc relay peti ais..then on kn peti ais tp still trip..lepas tu sy try buka mentol peti ais..bile dh buka mmg dh terbakar..sy pun on semula peti ais,karen dh tak trip,tp kompresor xrunning..adakah kompressor sy rosak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. maaf lmbt reply..
      Klu nk tahu compresor ok ke tidak, kena check dan test.. awk kata dh tukar overload dan relay.. cara paling senang, test direct dr supply 240v ke compresor, kena sambung overload dgn relay ye.. klu compresor boleh hidup bermakna ia ok.. klu x mmg dia rosak 😊

      Padam
  61. Assalamualaikum, saya ada peti sejuk panasonic. Pagi ni saya sedar peti ais sy mulai tidak sejuk. Enjin ada bunyi,bhgn luar peti ais kbiasaan nya panas tp skrg xrsa apa2. Jenis plasma 2 pintu. Bhgn bwh utuk sejuk beku sparuh sejuk. Tp bhgn atas dh x sejuk. Sy xda idea apa yg rosak? Boleh mintak penerangan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..
      Kemungkinan kipas nk tolak angin ke bhgn atas ada masalah.. awk cuba offkan peti ais dlm masa yg lama, dlm 6 - 12 jam, lps tu on semula tgk result dia mcmana.. klu masih jugak kena panggil pomen yg pakar utk check ye

      Padam
  62. MASLAH PETI SEJUK LG TIDAK SEJUK BHGN BAWAH.
    BERKEMUNGKIN KE KALAU MOTHERBORD INVERTER ROSAK JUGAK KALO KIPAS MMG DAH DIDAPATI ROSAK DAN JEM.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mother board jarang rosak kecuali kena kilat, klu kipas yg rosak mmg mempengaruhi yg lain2.. cuba tukar kipas tu dulu

      Padam
  63. Selamat sejahtera Wai Bee. Peti sejuk 2 pintu Toshiba saya ada masalah. Atas tak beku dan bahagiab bawah juga tak sejuk. Lampu menyala. Compressor juga berjalan. Jadi dari pengalamn tuan Wai Bee, apakah terlebih dahulu yang perlu diperiksa? Jika tidak keberatan harap dapat WhatsApp saya di 0179318346
    Zul, Kuantan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sejahtera.. maaf lambat reply.. pertama sekali kena check strainer, klu sejuk bermakna sistem sumbat, kena buat flushing sistem tu.. cuba Google cara flushing peti ais, klu ada basic aircond dan peti ais boleh cuba buat tp klu xda basic kena panggil pomen yg pakar..

      Padam
  64. Salam tuan...sy nk tnya skit...peti ais samsung rt32 sy x sejuk n beku tiba2...ais mncair n peti tu baru berusia 3 thn...sbb leaking gas ke or sbb ln?

    BalasPadam
  65. Sy dh utk lbh krg 8 jam bl on still sama...warranty samsung hnta utk kompresor n inverter kompressor...tlng bg pndapat..tq tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan.. ini agak sukar sedikit kerana ia mgkin melibatkan board inverter..

      Padam
  66. Salam...tuan sy nk tny peti ais sy tiba2 tak sejuk atas dn bwh.. sy perhatian ade cecair bercampur minyak di tray belakang peti ais tersebut.. jenis same seperti gmbr diatas..

    BalasPadam
  67. Salam...tuan sy nk tny peti ais sy tiba2 tak sejuk atas dn bwh.. sy perhatian ade cecair bercampur minyak di tray belakang peti ais tersebut.. jenis same seperti gmbr diatas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. klu ada myk dlm tray tu maksudnya air buangan tu bercampur dgn myk makanan, sy rasa bkn myk drpd sistem tu.. kena check satu persatu knpa ia x sejuk..

      Padam
  68. salam tuan Wai Bee.. kalau peti ais sharp 1 pintu terbocor pada bahagian freezer dan gas hbs keluar.. perlu flushing ke sistem utk tambah gas selepas buat penampalan pada kebocorab tersebut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. ye memang kena buat flushing slps buat penampalan..

      Padam
  69. Salam...peti ais samsung dua pintu I tak sejuk. Comp. ada bunyi tp bila bukak pintu takde pun bunyi hembusan dari kipas? Tolong beri pandangan sebelum I nak hantar repair. Makseh

    BalasPadam
  70. Salam Encik..

    Peti ais di rumah saya kompressor x hidup ( Tiada udara sejuk keluar, cuma lampu sahaja yg menyala)

    Pernah berlaku dalam sebulan lepas, saya bersihkan takuangan belakang, dan matikan peti ais selama beberapa jam sebelum hidupkan semula, Alhamdulillah hidup kembali.

    # Isunya semalam, terjadi semula..(sy repeat semula cara di atas) tp kompressor xhidup...

    Harap encik boleh berikan pandangan:

    # Apa ya masalah dengan peti ais ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. maaf sy Tak pasti.. tp klu peti ais 2 pintu cuba usik tombol timer dgn memusing sedikit hingga bunyi "klik"

      Padam
  71. Salam tuan,
    Peti sejuk samsung dua pintu saya kena tukar heater.

    Mcm mna saya nk tukar heater tu?

    Modelnya sama seperti gambar dlm blog tuan diatas.

    Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. kena buka semua skru yg ada pada cover yg menutup bhgn heater, lain model lain tmpt skru dia..

      Padam
  72. salam En..peti ais da berusia 7 tahun..baru smlm terus xsejuk..mula2 ingat xde pape sbb kipasnya kadang berhenti dn hidup kembali dgn sendiri..tp ni langsung xbergerak da.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. Kena panggil pomen yh pakar Peti ais utk check apa masalah sebenarnya..

      Padam
  73. Ade buat servis repair peti sejuk kt rumah tak?

    BalasPadam
  74. salam bos..peti ais samsung inverter 2 pintu beli bulan 5 2016. Skrg langsung xhidup, mcm xda power supply. Cek suis ok...adakah sbb fius atau benda2 lain?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. Mula2 check fius Kat plug dia lps tu tgk diagram current dia lalu mana pulak, biasanya kat termostat dulu baru pergi ke overload di pemampat. Kadang2 boleh jd board yg bermasalah..

      Padam
  75. Baca komen..ramai juga masalah dgn samsung inverter 2 pintu. Sbb sy baru beli 2 taun. Skrg ada ais pd lubang udara bawah..menyebabkan bhgn bawah kurang sejuk..dan ada air mengalir keluar. Hmm..harap lepas defrost oklah..kalau gitu jugak mmg peti ais jenis ni byk masalah lah agaknya.

    BalasPadam
  76. Salam..nak tny..sya bru bli peti ais..courier xckp apa2..tpi sya still tunggu 4jam then baru on..msa mula2 on dgq bunyi fan tu..lepas 1min..sya xdgr dah..peti ais xsjuk bwah and atas..lampu menyala..sya kna off blik ka?or mmg ada masalah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. jenama apa? Dua pintu ye.. tggu dulu sehari dua.. klu masih problem boleh call kedai tmpt awk beli peti sejuk tu..

      Padam
  77. Untuk peti sejuk Satu pintu,Sukatan minyak berapa Milimeter untuk kompressor?Terima Kasih

    BalasPadam
  78. Assalam...nk tnya berapa jumlah minyak untuk kompressor peti sejuk?sebab minyak yg sy keluarkan dari kompressor ni hanya 125ml

    BalasPadam
  79. Salam semua.. maafkan saya kerana lambat reply..

    Zul Malik - peti sejuk 1 pintu biasanya dlm 200ml

    Along Zam - minyak utk compressor peti sejuk dlm 200ml

    gila lunatic - ikut brand jugak, tapi biasanya tak boleh buka sbb ia diseal sekali dgn body, cuma mula dan hujung saja boleh kita servis.

    BalasPadam
  80. Assalam tuan...sy nak tanya apa masaalah dgn peti ais saya...sy beli second,jenis samsung!lebih kurang 9bulan yg lepas,sy dh repair sbb compressor rosak,tukar baru,masaalah skrg ni,kalau on suis akan berlaku trip...1 rumah tak de eletrik...
    Sy try tukar plak lain tapi tetap berlaku...apa masaalah tuan!!!mohon pencerahan

    BalasPadam
  81. Waalaikumsalam, klu trip biasanya berpunca dari masalah elektrik, mgkin compressor tu dh rosak atau heater dia rosak (peti 2 pintu) atau ada part lain yg rosak. kena check satu satu punca dia.

    BalasPadam
  82. Assalam wai bee, berapa lama nak kena tggu utk on semula peti klu kita pindah peti sejuk guna lori (keadaan baring hanya ketika angkat peti)??? Ada beza ke masa menunggu utk peti 1 pintu dgn 2 pintu??? Min waktu menunggu???

    BalasPadam
  83. waalaikumsalam.. paling elok tunggu dlm 4 jam lbh kurang..

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.