cuma semalam aku dan sorang budak ikbn bm Peter pegi repair sebuah peti sejuk 2 pintu jenama samsung...
Puncanya suis utama (MCB) di rumah tu trip / turun. Jadi selepas di periksa, didapati ia berpunca drpd peti sejuk 2 pintu ini... Wlupun unit lama dah off, tapi suhu panas pd body compressor / pemampat dia terlalu panas... jadi Peter kata, minyak compressor dah takde, ia disebabkan semasa pengangkutan iaitu semasa mengangkat unit tersebut secara baring 180 darjah... selepas sampai di destinasi, unit itu terus di Onkan... Jadi minyak compressor belum sempat turun sepenuhnya ke dalam compressor, menyebabkan ia dikitar sekali bersama-sama dengan bahan pendingin (gas).... huhuhu...
gambar akan menyusul....
Antara peralatan-peralatan yang diperlukan untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih peti sejuk. (R22 tu sebenarnya sebagai ganti Nitrogen untuk kerja "flushing" dan membersih sistem paip peti sejuk daripada sebarang kesumbatan dan kekotoran).
Mula-mula cabutkan injap pada servis valve yang asal sebelum dimasukkan dengan "access valve" untuk memudahkan kerja-kerja ^_^.
Jeng jeng.. pemampat sudah di bawa keluar dari unit peti sejuk... Lepas ni mudah sikit untuk melakukan kerja-kerja pembaikan ke atas pemampat ini.
Pada bahagian ini, terdapat banyak minyak yg keluar, bermakna minyak drpd pemampat sudah terbawa ke dalam sistem.Persediaan sebelum mengisi minyak yang baru ke dalam pemampat.
Selepas diisi minyak, check terminal pemampat dengan menggunakan multimeter.
Vakum dahulu unit sebelum diisi gas bahan pendingin. Selepas divakum, barulah kita charging dengan gas r134a.
Alhamdulillah... selepas di test run, unit dalam keadaan yang memuaskan...