Jumaat, 25 Mei 2018

Kenapa peti ais saya bawah tak sejuk tapi atas sejuk seperti biasa?

Assalamualaikum..

Salam 9 Ramadhan 1439H..
Di sini saya ingin kongsikan satu soalan yang begitu popular, yang sering diajukan dalam blog ini, mahupun di luar dari blog.. ''Arum bulak dlm seminggu ya mesti ada orang nanyak soalan tuk ngan kamek'' - Bahasa Sarawak hehe.. jangan marah aa..

Ok, apa soalan dia?
Kenapa peti ais saya bawah tak sejuk tapi atas sejuk macam biasa?

Soalan ini berkisar pada peti sejuk dua pintu atau tiga pintu. Mustahil berlaku pada peti sejuk satu pintu atau mini bar.

Jenis di bawah ni freezer (sejuk beku) kat atas manakala chiller (sejuk biasa) kat bawah.





Jenis ini pulak freezer kat bawah.



Jadi udara sejuk yang datang dari penyejat di bahagian freezer akan ditolak ke bahagian chiller oleh kipas. Jadi kipas memain peranan dalam hal ini.



Setelah dibuka penutup atas atau di bahagian freezer, kita akan Nampak kipas angin di situ.
Kipas ini biasanya datang bersama dengan kapasitor untuk menyimpan cas elektriknya.
Jadi jika peti sejuk bahagian bawah tak sejuk, maka kipas ini gagal menyebarkan angin sejuk ke ruangan bawah.

Persoalannya kenapa kipas ini tak dapat menyebarkan angin sejuk ke bawah? Ini disebabkan lubang untuk laluan angin ke bawah sudah diselaputi oleh ais. Cuba tengok gambar di bawah.


Kesimpulan nya :

1. Ais menebal di bahagian penyejat (evaporator) disebabkan oleh pemampat (compressor) yang sentiasa on. Pemampat sentiasa on pula disebabkan oleh kekerapan membuka pintu peti sejuk, atau pintu tidak tertutup rapat. Kadang2 disebabkan oleh thermostat (defrost thermostat) yang sudah rosak. Boleh jadi juga disebabkan oleh pemanas (defrost heater) yang gagal berfungsi untuk mencairkan ais itu. Jadi pemampat, pemanas, thermostat dan kipas masing-masing saling kait mengait. Komponen2 ini dikawal oleh pemasa (defrost timer). Fuhh.. harap-harap korang paham ye.. Kalau susah nak paham, baik ikut kursus yang saya jalankan tu :)


Jadi, kalau peti sejuk anda tidak sejuk di bahagian bawah tetapi bahagian atas sejuk seperti biasa, maka periksalah komponen2 yang telah saya sebut di atas tu :)
Nak periksa kena ada multimeter dan kena ada sedikit ilmu tentang peti sejuk :)

Rasanya cukup setakat ini dulu ye.. kepala saya dah berat ni nak berfikir, malam tadi tido lambat pagi bangun awal sahur, hehe.. apa-apahal boleh komen nanti ye..

Maaf kalau ada kekurangan..

Sekian..

Wassalam..

Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..


Wai Bee,
Kota Samarahan..






Jumaat, 13 April 2018

Tools @ alatan kerja yang perlu ada untuk membaiki peti sejuk rumah.

Assalamualaikum, salam sejahtera semua..

Sebelum kita membaiki peti sejuk di rumah kita atau di rumah pelanggan, kita perlu menyediakan peralatan yang secukupnya supaya kerja kita tidak akan terganggu dan mencapai kepuasan yang diingini. Di sini saya ingin berkongsi beberapa peralatan yang perlu ada sebelum kita memeriksa dan seterusnya membaiki peti sejuk mahu pun aircond, freezer, chiller, showcase display dan yang seangkatan dengannya.


Antara peralatan yang perlu ada ialah ;

1. Manifold Gauge - bertujuan untuk membaca tekanan bahan pendingin @ gas dalam sistem dan untuk mengisi gas (refrigerant). Ia juga untuk memvakum dan mengesan kebocoran dalam sistem.

2. Tube cutter - bertujuan untuk memotong tiub kuprum pada sistem untuk kerja-kerja pembaikan.





3. Multimeter - bertujuan untuk memeriksa kefungsian elektrikal terutamanya pada bahagian terminal compressor untuk mengenalpasti terminal common, starting dan running. Ia juga dapat memeriksa komponen seperti thermostat, relay dan overload pada compressor tersebut dan komponen yang lainnya.




4. Flaring / Swaging tools - bertujuan untuk membuat 'swaging' ketika memasang ''access valve'' pada compressor.


5. Vacuum pump - bertujuan untuk menyingkirkan benda asing seperti kekotoran dan kelembapan yang tertinggal di dalam sistem. Ia juga dapat membantu mengesan kebocoran sebelum kita mengecas bahan pendingin.


6. Clamp meter - bertujuan untuk memeriksa dan membaca nilai ampere pada unit yang diukur supaya bersesuaian dengan tekanan yang diperolehi melalui 'manifold gauge'.


7. Strainer - asalnya bertujuan untuk menapis dan mengering kekotoran di dalam sistem, jd ia perlu ditukar ke strainer yang baru ketika kerja pembaikan dilakukan.

8. Acces valve - bertujuan untuk memasang hos 'manifold gauge' supaya mudah membuat kerja-kerja memvakum, mengisi bahan pendingin juga mengisi minyak pemampat. Ia juga penting untuk melakukan kerja ''flushing'' untuk menyingkirkan lebihan minyak dan kotoran di dalam piping.



9. Mapp gas + hand torch - bertujuan untuk memanaskan tiub kuprum dan seterusnya menyambung dua tiub kuprum dengan menggunakan rod silfos.

10. Silfos Rod - bertujuan untuk menyambungkan dua tiub kuprum dengan cara memanaskan dengan map gas atau set oxy acetylene.



11. Gas Refrigerant (R134a) - bertujuan untuk mengisi bahan pendingin ke dalam sistem.


12. Rod ''heat seal stik'' - bertujuan untuk menampal kesan bocor yang kecil pada permukaan cooling coil peti sejuk.



Selain dari peralatan di atas, ada juga yang tidak disebutkan di sini seperti peralatan asas iaitu

- test pen,
- set skru driver,
- set spanar,
- set playar,
- minyak compressor,
- dan tools lain yang bersesuaian..

Semoga memberi manfaat kepada kita semua.. hingga jumpa lagi..


Subhanallah..
Alhamdulillah..
AllahuAkhbar..

Kota Samarahan..
Sarawak..


Rabu, 4 April 2018

Kelas Asas Aircond & Peti Sejuk Wai Bee

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Salam 1 Malaysia..
Alhamdulillah.. dengan izin Allah SWT, kelas asas aircond dan peti sejuk telah dijalankan dengan jayanya utk batch pertama tahun 2018 ini yang mana ianya telah berlangsung pada 31hb Mac sehingga 1hb April 2018 yang lalu.
Kelas teori diadakan di bilik kegiatan bertempat di tingkat bawah Dewan Suarah Kota Samarahan manakala kelas amali telah diadakan di ruang letak kereta di rumah kediaman saya di Kpg Tanjung Bundong lot fasa 1.
Seramai 3 orang peserta yang telah menghadiri kelas pertama ini. 😊😁
























 









Alhamdulillah..
Terima kasih semua..
Keep in touch..



Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..


Kota Samarahan..
31/3/2018 - 1/4/2018..