Khamis, 14 Mei 2009

Lagi-lagi peti sejuk...

Salam...
Oklah... sekarang ni aku nak post sedikit pasal peti sejuk domestik ataupun peti sejuk rumah...
Sebagai pengenalan...
Peti sejuk atau peti ais adalah satu peralatan elektrik yang kebanyakan setiap rumah memilikinya. Ia diambil daripada perkataan ‘sejuk’ yang bermaksud memberi kesejukan atau menyegarkan makanan dan minuman yang disimpan di dalamnya. Sistem kerjanya adalah dengan menyedut haba panas dari dalam kabinet keluar dan memberi kedinginan kepada makanan dan minuman yang tersimpan di dalamnya.
Kebiasaannya peti sejuk rumah terbahagi kepada tiga bahagian iaitu ruang pembeku (freezer), ruang penyejuk (chiller) dan ruang penyegar (freshner). Manakala untuk peti sejuk 4 pintu, satu lagi ruangan ialah ruang penyejuk kedua (second chiller).

Jadi yang pintu di atas sekali itu adalah ruang pembeku, manakala pintu kedua di bawah tu adalah untuk ruang penyejuk (tengah) dan bahagian bawah sekali adalah ruang penyegar (biasanya kita akan simpan sayur-sayuran ataupun buah-buahan di sini...
Suhu di dalam kabinet di setiap ruang peti sejuk:-
i. Ruang Pembeku = -2°C ~ -10°C
ii. Ruang Penyejuk = 0°C ~ 5°C
iii. Ruang Penyegar = 7°C ~ 10°C

JENIS-JENIS PETI SEJUK

Terdapat banyak jenis peti sejuk di pasaran hari ini dengan pelbagai jenama dan model mengikut citarasa para pengguna. Biasanya terdapat dua jenis peti sejuk yang utama dan mudah didapati iaitu dari jenis Pembeku (Freezer) dan jenis bukan pembeku (non Freezer).
Peti sejuk jenis pembeku (freezer) akan membekukan barangan yang disimpan didalam kabinetnya, sebagai contoh peti pembeku ais krim atau ais batu. Kebiasaannya terdapat di kedai-kedai. Manakala peti sejuk bukan pembeku (non freezer) pula adalah seperti peti sejuk biasa yang terdapat di rumah kita. Satu lagi contoh peti sejuk bukan pembeku iaitu peti sejuk kaca yang digunakan khusus untuk menyimpan aneka minuman dalam tin, kotak dan juga minuman dalam botol. Pintu peti sejuk ini diperbuat daripada kaca yang membolehkan ianya kelihatan dari luar.



BAGAIMANA MENJAGA PETI SEJUK?

Seperti barangan elektrik yang lain, peti sejuk juga perlulah dijaga supaya ianya beroperasi dengan baik dan tahan lama.

Membersih Peti Sejuk - Makanan dan minuman yang disimpan di dalam peti sejuk akan menyebabkan kulat dan bakteria lambat untuk membiak. Jika peti sejuk panas atau tidak cukup sejuk, maka kulat dan bakteria akan cepat membiak. Sebelum membersihkan peti sejuk, offkan unit terlebih dahulu, keluarkan semua isinya dan cuci atau lap bahagian dalam peti sejuk dengan kain dan buih sabun yang kurang baunya supaya tidak merebak ke makanan apabila peti sejuk di on semula. Jangan lupa mencuci bahagian getah penebat di pintu peti sejuk.

Menjaga Penyejat - Jika berlaku timbunan ais atau frost di bahagian penyejat, jangan cungkil dengan benda tajam seperti pisau, gunting dan skrudriver kerana dikhuatiri akan menyebabkan kebocoran pada bahagian penyejat.

Menyimpan makanan - Pastikan makanan dan minuman yang panas dan suam sebelum disimpan di dalam peti sejuk berada pada suhu bilik. Tutup atau bungkus makanan yang kuat baunya supaya tidak merebak ke makanan yang lain. Pastikan kapasiti makanan tidak terlalu penuh supaya pemampat bekerja dengan lancar.

Posisi Peti Sejuk - Pastikan jarak di bahagian kiri kanan dan atas badan peti sejuk tidak terlalu rapat ke dinding untuk pelepasan haba yang baik. Jangan meletakkan peti sejuk berdekatan dengan dapur yang panas dan tingkap yang memungkinkan air hujan masuk atau pancaran cahaya matahari yang terus mengenai badan peti sejuk.

Sambungan palam elektrik - Pastikan soket penyambungan tidak berkongsi dengan peralatan elektrik yang lain untuk mengelakkan arus berlebihan melaluinya.

Terputus bekalan utama - Jika berlaku putus bekalan utama, matikan unit dan cabut plag soket supaya apabila bekalan kembali ada, tidak mengganggu sistem dikhuatiri bekalan belum stabil sepenuhnya.

Peti Sejuk Baru - Jika peti sejuk baru, penggunaan kali pertamanya hendaklah dilaraskan suhu pada thermostat pada tahap 1, tunggu sehingga 2 jam barulah diisikan dengan makanan dan minuman kemudian dilaraskan suhu ke tahap yang seterusnya.

Peti sejuk lagi...





Salam...
ha, ini ada lagi gambar peti sejuk yang diambil dari internet...
mini bar (kecil), satu pintu (sederhana) dan 2 pintu (besar sikit)...
Tapi kat pasaran sekarang ni terdapat sehingga 6 pintu untuk satu peti sejuk... fuhhh... banyak barang makanan boleh muat tu... huhu...
Tapi harus diingat, harganya pun banyak jugak lo... hehehe...

Khamis, 7 Mei 2009

Peti sejuk baru...




Salam... Ini contoh peti sejuk baru...
Jenama : Panasonic
Model : NR-B261M
Ampereage : 0.90 A
Volume : 255 Liters