iklan2

Jumaat, 25 Mei 2018

Kenapa peti ais saya bawah tak sejuk tapi atas sejuk seperti biasa?

Assalamualaikum..

Salam 9 Ramadhan 1439H..
Di sini saya ingin kongsikan satu soalan yang begitu popular, yang sering diajukan dalam blog ini, mahupun di luar dari blog.. ''Arum bulak dlm seminggu ya mesti ada orang nanyak soalan tuk ngan kamek'' - Bahasa Sarawak hehe.. jangan marah aa..

Ok, apa soalan dia?
Kenapa peti ais saya bawah tak sejuk tapi atas sejuk macam biasa?

Soalan ini berkisar pada peti sejuk dua pintu atau tiga pintu. Mustahil berlaku pada peti sejuk satu pintu atau mini bar.

Jenis di bawah ni freezer (sejuk beku) kat atas manakala chiller (sejuk biasa) kat bawah.





Jenis ini pulak freezer kat bawah.



Jadi udara sejuk yang datang dari penyejat di bahagian freezer akan ditolak ke bahagian chiller oleh kipas. Jadi kipas memain peranan dalam hal ini.



Setelah dibuka penutup atas atau di bahagian freezer, kita akan Nampak kipas angin di situ.
Kipas ini biasanya datang bersama dengan kapasitor untuk menyimpan cas elektriknya.
Jadi jika peti sejuk bahagian bawah tak sejuk, maka kipas ini gagal menyebarkan angin sejuk ke ruangan bawah.

Persoalannya kenapa kipas ini tak dapat menyebarkan angin sejuk ke bawah? Ini disebabkan lubang untuk laluan angin ke bawah sudah diselaputi oleh ais. Cuba tengok gambar di bawah.


Kesimpulan nya :

1. Ais menebal di bahagian penyejat (evaporator) disebabkan oleh pemampat (compressor) yang sentiasa on. Pemampat sentiasa on pula disebabkan oleh kekerapan membuka pintu peti sejuk, atau pintu tidak tertutup rapat. Kadang2 disebabkan oleh thermostat (defrost thermostat) yang sudah rosak. Boleh jadi juga disebabkan oleh pemanas (defrost heater) yang gagal berfungsi untuk mencairkan ais itu. Jadi pemampat, pemanas, thermostat dan kipas masing-masing saling kait mengait. Komponen2 ini dikawal oleh pemasa (defrost timer). Fuhh.. harap-harap korang paham ye.. Kalau susah nak paham, baik ikut kursus yang saya jalankan tu :)


Jadi, kalau peti sejuk anda tidak sejuk di bahagian bawah tetapi bahagian atas sejuk seperti biasa, maka periksalah komponen2 yang telah saya sebut di atas tu :)
Nak periksa kena ada multimeter dan kena ada sedikit ilmu tentang peti sejuk :)

Rasanya cukup setakat ini dulu ye.. kepala saya dah berat ni nak berfikir, malam tadi tido lambat pagi bangun awal sahur, hehe.. apa-apahal boleh komen nanti ye..

Maaf kalau ada kekurangan..

Sekian..

Wassalam..

Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..


Wai Bee,
Kota Samarahan..






4 ulasan :

Unknown berkata...

Salam tn wai bee, bleh kongsikan cara cek defrost thermostat dan defrost heatert menggunakan meter

Unknown berkata...

Salam, boleh tahu tak, mana nak dapat compressor r600a?

mankecik berkata...

Salam Tuan, Peti sejuk saya mengalami masalah kurang sejuk. Bahagian atas, air yg diisi dlm bekas mengambil masa 1 hari utk jadi ais. Dan bahagian bawah pula, hanya sejuk seperti AIRCOND saja. Setelah sy periksa, keadaan Compressor terlalu panas dan sy lihat kompartment untuk timer ada kesan terbakar. Sy syak timer yg mempunyai masalah sebab bila sy ON kan semula, compressor jalan tanpa henti. Sy pun membeli timer dan menukarnya. Alhamdulillah, Compressor running berselang dengan CUT OFF. Tetapi masalah yg sy hadapi tetap sama, KURANG SEJUK. sedangkan saya telah melaras suhu sehingga maksimum utk bahagian bawah dan separuh utk bahagian atas.
Lagi satu soalan, berapakah setting yang sesuai untuk timer. (NO berapa?)

Wai Bee berkata...

Salam semua.. maaf sbb lambat reply..

Mick micke, cuba awak taip kat youtube how to check a defrost thermostat sy ada add kat situ, klu defrosrt heater set guna x1 ohm, klu ada keterusan jarum akan naik sedikit bermakna heater tu ok.

Liyana - cuba cari kat kedai yg jual spare part aircond.

mankecik - timer tidak ada setting yg khas. ia mmg begitu.. klu masih kurang sejuk biasanya ada berlaku sumbat kecil dalam piping system. Penyelesaiannya kena buat flushing, tukar strainer, vakum dan isi gas semula.