iklan2

Ahad, 9 Julai 2017

Perhatian ketika menukar kapasitor kipas meja..

Assalamualaikum..
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin..
Bertemu kembali setelah 2 tahun tidak update blog ini..

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi di atas pemberian ilmu yang walaupun sedikit tetapi saya dapat berkongsi dengan orang-orang di luar sana. Saya juga memberi kesempatan kepada seorang lagi kawan saya yang sudi dan sanggup berkongsi ilmu dan pendapat dalam bidang yang lebih kurang sama.. Terima kasih kepada En. Khairul Izwan Jaafar..

Oh ya.. berkenaan dengan tajuk thread ni, 'perhatian ketika menukar kapasitor kipas meja' seperti gambar di atas tu.. Sebelum ni, ada seorang kawan saya tu menyuruh saya membaiki kipas meja dia yang rosak. Kipas meja @ desk fan ini berkapasiti 40Watt. Dia kata tidak mahu hidup. Jadi setelah dibuka penutup belakang kipas, saya dapati kapasitornya telah ditukar. Kebiasaannya untuk kipas berkapasiti 40 Watt, nilai kapasitornya adalah 1.0uF ataupun 1.2uF (mikroFarad).

Kapasitor kipas ini telah ditukar menjadi 2.0uF. Itu adalah nilai yang terlalu besar bagi kipas ini. Kipas yang menggunakan nilai 2.0uF ialah kipas berkapasiti 72W - 80W seperti kipas siling @ ceiling fan atau kipas berdiri @ stand fan yang berkapasiti sehingga 100Watt.

Lihat gambar di bawah :

 
                                               
                                  Kapasitor yang telah ditukar kepada 2uF.



Sepatutnya nilai kapasitor kipas ini ialah 1.2uF. Jadi daripada apa yg owner dia kata, lepas beberapa hari kapasitor ini ditukar, tiba2 kipas ini langsung tak mau hidup. Selepas di periksa beberapa penemuan yg sudah dijangka iaitu thermal fuse nya putus, kabel berdekatan dgn coil motor jadi rapuh sebab panas berlebihan. Ada sedikit kesan hangus pd coil motor kipas.
Jadi, sebagai pengajaran bersama, sebelum kita menukar kapasitor kipas angin, pastikan nilai uF dia sama atau besar sedikit saja, sebagai contoh, jika 1.0uF, boleh tukar ke 1.2uF. Jika 1.2uF boleh tukar ke 1.5uF. Jika 1.5uf boleh tukar ke 1.8uF. Jika 2.0uF boleh tukar ke 2.2uF. Begitulah seterusnya tetapi lebih baik tukar ikut nilai yang asal ye..
Lihat gambar di bawah, kipas yg lain tp sama nilai kapasitor nya ditukar dengan nilai yang sama iaitu 1.2uF.


Sekian coretan untuk kali ini.. semoga ketemu lagi.. doakan saya dan keluarga baik2 saja..
Amin.. Ya Rabbal'alamin..



Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahuakbar..

Kota Samarahan, Srwk..