iklan2

Jumaat, 19 Jun 2015

Pentingnya menukar fius yang sama kadarannya..

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera dan Salam Ramadhan..

Masuk bulan 6 2015, agak lama saya tidak update blog ini. Emm.. tiba-tiba hari ini, Jumaat 19/06/15 bersamaan dgn 2 Ramadhan 1436H rasa kelapangan sedikit mengadap PC di opis lalu tergerak hati ingin berkongsi sedikit ilmu pengetahuan kepada para pembaca di luar sana.

Kali ini berkenaan dengan 'Printer Canon Pixma iP4000R yang tidak mahu dihidupkan walaupun ada 'power supply' masuk.


Saya cuba membuka penutup pada bahagian 'power supply' pergi ke 'board'nya untuk memastikan ianya berada dalam keadaan baik kerana biasanya ada fius kecil pada 'board' sebagai perlindungan terakhir selain daripada fius dalam plug 3 pin. Baru buka sikit dah ada part yang patah, aduh.. macamana nak teruskan.. last2 tutup balik.. belek sekali lagi sampai ke plug 3 pin dia dan tengok dia menggunakan fius kartrij 13 A. Biasanya peralatan elektronik seperti printer, scanner, laptop dan sebagainya ia menggunakan fius yg kurang daripada 13A. Tv di rumah pun biasanya menggunakan fius 10A.


Jadi saya dapat kesimpulan, yang fius asalnya 3A telah ditukar ke 13A dan ini telah mengakibatkan kerosakan kepada 'board' printer tersebut. Ini kerana arus elektrik yang masuk ke printer mestilah tidak boleh melebihi 3A. Jika ia masuk melebihi 3A maka fius itu akan memutuskan dawainya sebagai perlindungan kepada board seterusnya kepada printer.

Jadi, jika peralatan elektrik / elektronik di rumah anda terputus fiusnya, tukar fius dengan kadar yang sama. Seperti di dalam gambar ini.





Sekian, untuk kali ini..

Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..

Tiada ulasan :