iklan2

Rabu, 24 Disember 2014

Servis aircond kereta Pajero..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Beberapa minggu lepas, rakan sepejabat telah menyuruh saya untuk memeriksa sistem aircond kereta pajeronya. Ini kerana dia telah membawa keretanya ke kedai dan tauke kedai hanya mengisi gas sahaja kemudian siap. Dia memberitahu saya, tauke kedai menggunakan gas R134a tanpa menukar minyak pemampatnya. Keesokan harinya aircond kereta dia jadi panas semula.

Setelah diteliti secara kasar, didapati salah satu valve pada pemampatnya sudah rosak. Ini menyebabkan gas keluar melaluinya. Setelah diganti dengan yang baru, sistem dicheck kebocorannya melalui pam vakum dan buih sabun.




Kemudian sistem dicaj dengan gas R12.


Tekanannya adalah sekitar 34 psi.


Manakala suhu pada blowernya kita dapat 3.5 darjah celcius. Sebab itu ramai orang kata gas R12 lebih sejuk berbanding gas R134a. 

Selesai sudah.. :)



Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akbar..





7 ulasan :

atanlap berkata...

Biar btl 3.5.. beku ooo

Wai Bee berkata...

betul, sistem R12 akan cut off apabila suhu 3'C dan akan cut in pada 5 @ 7'C..

khair ktmd berkata...

Bole tak jika kita gunakan gas R410a untuk aircond kenderaan.

Wai Bee berkata...

Rasanya tak boleh la khair sbb R410a khas utk aircond rumah seperti R22, ia menggunakan pemampat jenis rotary. Manakala utk aircond kereta ia biasanya menggunakan R12 ataupun R134a kerana ia menggunakan pemampat dr jenis scroll..

Faiz Hussin berkata...

Salam saya punya kenderaan mencecah -5'c saya menggunakan gas jenis r134a tetapi saya sudah buang cut off di cooling coil dan membuat cut off manual kadang2 smpai keluar ais di blower...

Faiz Hussin berkata...

Adakah ia baik untuk sistem air cond?

Wai Bee berkata...

Salam faiz. Klu awk dh modified cut off dia. Awk kena jaga betul2 sbb compresor x akan cut off automatik. Sbb tu smpai jd ais. Sbnarnya ia x brpa baik utk sistem aircond utk jangka waktu yg panjang..